
“Kalau jadi apa-apa nanti…” – persoalan ini mungkin tidak diluahkan, tetapi sering bermain dalam fikiran ramai wanita.
Dalam diam, ramai wanita pernah terfikir, bagaimana nasib anak-anak jika sesuatu berlaku pada diri mereka?
Kita mungkin tidak menyebutnya secara terbuka, tetapi kita sedar bahawa kita adalah tulang belakang keluarga. Segala urusan harian, kestabilan emosi, dan juga kewangan banyak bergantung kepada kita.
Apabila kita tiada, bukan sekadar kehilangan yang dirasai, tetapi keseimbangan seluruh keluarga boleh terjejas. Di sinilah pentingnya perlindungan yang bukan sahaja menjaga diri sendiri, tetapi semua yang kita sayang.
Baca artikel: Pesakit Wanita Cabut Lari, Insurans Tak ‘Cover’ Bil Rawatan Hospital
FWD Life First oleh FWD Takaful direka dengan memahami realiti kehidupan sebenar wanita. Ia bukan sekadar pelan biasa yang melindungi individu, tetapi merangkumi keseluruhan ekosistem keluarga.
Perlindungan ini meliputi:
Hakikatnya, apabila sesuatu berlaku kepada kita, kesannya akan dirasai oleh semua. Oleh itu, pelan seperti FWD Life First memberi pendekatan yang lebih menyeluruh dan praktikal.
Risiko Penyakit Yang Semakin Dekat
Di Malaysia, penyakit seperti denggi, malaria, dan hepatitis bukan sesuatu yang asing. Malah, ramai antara kita pernah berdepan situasi kecemasan melibatkan ahli keluarga sendiri.
Di samping itu, jika berlaku kematian akibat penyakit bawaan nyamuk, pelan ini menawarkan sehingga 200% daripada jumlah dilindungi (maksimum RM200,000). Manfaat, ini bukan sekadar pampasan, tetapi sokongan kewangan ketika keluarga amat memerlukan.
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana – di rumah, tempat kerja atau ketika bercuti. Dengan FWD Life First, tahap perlindungan adalah lebih tinggi dan relevan dengan gaya hidup aktif wanita masa kini.
Bagi wanita yang aktif bekerja, sering bergerak atau mengurus keluarga ke sana sini, perlindungan ini sangat penting dan praktikal.
Salah satu kekuatan utama FWD Life First adalah perlindungan terasnya. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, keluarga akan menerima:
Ini membantu keluarga meneruskan kehidupan harian, memastikan pendidikan anak-anak tidak terjejas, dan mengelakkan tekanan kewangan secara mendadak.
Kehilangan emosi sudah cukup berat. Kewangan tidak sepatutnya menjadi beban tambahan.
Baca juga artikel: Dapat Selesaikan Baki Hutang, Beli Rumah PENTING Ambil Insuran MRTT Atau MLTT
Apa yang membezakan pelan ini adalah pendekatan holistik yang ditawarkan. FWD Life First bukan hanya tentang wang, tetapi tentang membantu keluarga bangkit semula.
Sehingga 10 sesi kaunseling dengan nilai sehingga RM2,000 untuk membantu ahli keluarga menghadapi kehilangan.
Bantuan berkaitan wasiat, harta pusaka dan penjagaan anak bagi memastikan urusan berjalan lancar.
Diuruskan sepenuhnya untuk pelanggan Muslim, atau alternatif tunai RM2,000 untuk bukan Muslim.
RM15,000 bagi setiap ahli keluarga terdekat (sehingga 6 orang ahli keluarga) jika berlaku kematian akibat kemalangan.
Wanita jarang meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan. Kita lebih risau tentang anak-anak, pasangan, dan ibu bapa. Namun, satu perkara penting yang sering diabaikan adalah perlindungan untuk masa depan mereka apabila mereka tiada lagi
Dengan adanya FWD Life First, ketenangan itu datang bukan kerana kita kebal daripada risiko, tetapi kerana kita sudah bersedia menghadapinya.
Hidup memang tidak boleh dijangka, tetapi membuat persediaan adalah satu pilihan bijak. Perlindungan hari ini boleh menjadi penyelamat untuk keluarga di masa hadapan.
Ketahui lebih lanjut tentang FWD Life First dan mulakan langkah pertama untuk melindungi insan tersayang anda. Kerana bagi seorang wanita, ketenangan sebenar adalah apabila keluarga tetap kuat walau apa pun yang berlaku.