“Saya sangat sedih mengenangkan arwah kerana dia dijangka menimang cahaya mata sulung bulan depan iaitu pada hari kelahirannya. Namun dia pergi buat selama-lamanya meninggalkan isteri yang sarat mengandung.”
Demikian luahan pilu Zaiton Abdul Rahman, 64, ibu kepada Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang maut ditembak di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Luahan ibu arwah Mohd Fuad Fahmie
Menurut Zaiton, kesedihan yang dirasainya bertambah apabila mengenangkan anak keempat daripada enam beradik itu baru sahaja pulang ke rumah mereka di Pasir Mas pada Khamis, sebelum kembali semula ke Golok sekitar jam 3 petang semalam.
“Rutin arwah setiap kali mahu kembali ke Golok, dia akan peluk cium saya dan suami. Selepas enam jam anak kembali ke Thailand dalam keadaan sihat, siapa sangka saya menerima panggilan anak meninggal dunia ditembak.
“Malah hasrat arwah Fuad untuk melihat anak sulung bulan depan juga tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka.
Kehidupan arwah dan keluarga di Sungai Golok
Zaiton yang merupakan pesara guru memberitahu, anaknya telah mendirikan rumah tangga dengan Wan Fatihah Mat Husin, 35, dari Rantau Panjang kira-kira dua tahun lalu.
Ads
“Selepas berkahwin anak ulang-alik tinggal di Pasir Mas dan Golok memandangkan besan saya tinggal di Golok, jadi anak saya tinggal di sana sambil berniaga beg dan batu permata dalam talian.
“Boleh dikatakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu arwah akan pulang ke rumah memandangkan suami saya sedang sakit dan terlantar.
“Menantu juga menjalani pemeriksaan kandungan di sini dan sepatutnya Selasa ini dia akan pulang semula kerana menantu perlu berjumpa doktor pakar.
Ads
“Saya tidak sangka pelukan kami semalam adalah yang terakhir. Tiada tanda pelik ditunjukkan arwah dan kami berborak seperti biasa sambil memaklumkan akan pulang semula pada esok. Apa yang berlaku memang sedih namun reda dengan ketentuan Allah,” katanya.
Jenazah dikebumikan di Kampung Apam
Jenazah Mohd Fuad Fahmie yang maut ditembak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra di sini pada jam 2.30 petang Ahad.
Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat penyanyi terkenal, Nabila Razali. Bukan sahaja menyambut Hari Raya Korban, beliau dan suami, Nik Iruwan Nik Izani bakal meraikan majlis akikah dan kesyukuran anak sulung mereka, Baby M.
Majlis yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 Jun ini bertempat di Franky Corner, Kota Bharu, Kelantan. Lebih istimewa, Nabila menjemput seluruh rakyat Kelantan, khususnya peminat dan penduduk setempat untuk turut sama berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, Baby M adalah hadiah terindah dalam hidup saya dan suami. Jadi ibu adalah satu anugerah, penuh cabaran tapi sangat bermakna,” luah Nabila yang kini bergelar ibu pada usia 33 tahun.
Bagi Nabila, majlis ini bukan sekadar simbol kesyukuran, tetapi juga ruang untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan peminat serta masyarakat sekeliling.
“Kami amat berbesar hati jika anda semua dapat hadir. Bukan sahaja untuk meraikan Baby M, tetapi juga sebagai tanda kasih dan ukhuwah sesama kita, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh keberkatan ini,” katanya lagi.
Pasangan ini menyambut kelahiran Baby M pada 23 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Lembah Klang. Bayi comel seberat 3.1 kilogram itu melengkapkan kehidupan mereka selepas melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember 2023.
Majlis yang diadakan di kampung halaman suami ini dijangka berlangsung dalam suasana yang harmoni dan penuh kemesraan, selaras dengan semangat Aidiladha yang membawa erti pengorbanan, kasih sayang, dan kebersamaan.
Tahniah buat Nabila sekeluarga. Semoga Baby M membesar menjadi anak soleh yang membawa bahagia dan barakah dalam kehidupan mereka berdua.
Ini cara paling mudah nak buat kek tiramisu versi bajet. Tak perlu sampai nak bakar-bakar kek span bagai. Dengan 6 bahan ini dah boleh jadi kek tiramisu yang boleh dimakan terus dalam cawan.
“Kalau tak pandai buat spongecake, boleh pakai kek Apollo macam dalam gambar. Buang intinya yang nipis tu. Tak buang pun tak apa. Pakai biskut Marie pun boleh.
“Senang betul. Tak ada lagi alasa tak mahu buat.” Ini perkongsian resepi kek Tiramisu daripada Iraqis Galfreda.
Tambahnya, hidangan ini juga best buat minum petang. “Sambil lepak dengan husben lepas balik dari kerja pun okay banget.”
Peralatan Yang Digunapakai
Kebanyakannya memang ada di rumah punkan? Tak perlu yang heavy duty. Kita kan buat dalam skala kecil ja untuk makan di rumah.
Bahan-bahan Kek Tiramisu Versi Bajet
250 gram cream cheese( pastikan suhu bilik) *a
4 sudu makan Gula caster *a
2 senduk susu cair *b
APOLLO layer cake (plastik merah) @ biskut Marie
Serbuk koko untuk di ayak di setiap lapisan
Min kaffe + air untuk melarutkan
Cara-cara
1. Pukul bahan (a) sehingga sebati (tiada ketulan).
2. Masukkan bahan (b) sehingga lembut.
3. Alihkan adunan cheese ke tepi. Kita susun Apollo & cream cheese plak k?
4. Larutkan Min kaffe @ 3 in 1 & neskefe pun boleh + air suam. Ini untuk kita rendamkan Apollo kita kejap sebelum susun dalam bekas comel.
5. Susun layer by layer seperti dalam gambar (rujuk video).
Ini luahan hati Misha Omar ketika menjayakan konsert Hot Kool Jam yang lalu. Betapa lagu ‘berhantu’ Sampai Bila yang menjadi OST lagu tema drama Jangan Benci Cintaku buatnya merinding sendiri. Kerana liriknya kah? Atau melodinya?
Rupanya merinding Misha itu disebabkan dia tersentuh hati dengan sambutan para peminatnya yang turut sama menyanyi dengannya semasa Misha mendendangkan lagu Sampai Bila dalam konsert tersebut. Katanya lagu itu perlahan-lahan meresap ke jiwa pendengar.
Sampai macam itu sekali penangan #janganbencicintaku. “Semalam di konsert Hot Kool Jam, sampai saya tergerak untuk membuka ear monitor untuk kepastian. Sungguh saya tak percaya apabila suara-suara di bawah turut menyanyi bersama lagu SAMPAI BILA.
“Saat itu terasa berat benar menghabiskan nyanyian lagu tu. Tak tau nak nyanyi ke nak nangis je kat situ. Semenjak lagu SAMPAI BILA diperkenalkan dan meresap perlahan-lahan ke jiwa kalian semua, percayalah.. perasaan saya sebenarnya tidak aman.
“Saya sering diburu rasa terharu, dan adakalanya bila saya lihat post / stories di instagram dari peminat-peminat berkenaan SAMPAI BILA, jadi merinding sendiri dan kadang-kadang sampai boleh menitiskan airmata.”
Misha Omar 16 Tahun Menyanyi Dalam Industri Seni
Begini agaknya ya respon dari seorang penyanyi yang telah bekerja selama 16 tahun. Di mana setahun yang lalu masa banyak dihabiskan untuk membesarkan anak-anak dan uruskan rumahtangga.
“Jadi sentimental terus atau kau sebenarnya chengeng dari dulu la Misha Omar! TERIMA KASIH kerana menghargai lagu nyanyian saya, percayalah support dari kalian itu jadi tulang belakang yang hebat untuk saya terus bekerja keras dalam industri muzik.”
“Suara saya hanyalah sebuah instrumen yang kecil tanpa melodi yang indah dan susunan muzik yang besar dari Sharon Paul Penceritaan nyanyian saya takkan dapat dirasakan kalian tanpa kata-kata pujangga yang menusuk jiwa oleh Shah Shamsiri dan Fedtri Yahya.”
“Terima kasih Hot FM dan Kool FM yang mengundang saya dalam siri konsert malam tadi. Terima kasih Suhan Movies kerana menjadikan lagu saya ini, lagu tema drama slot akasia #janganbencicintaku.
“Sekalung tahniah buat pihak produksi penggambaran #janganbencicintaku , to all the main cast, pengarahnya, Pali Yahya di atas kejayaan drama mereka yang trending every single day.”
“Terima kasih rakan-rakan artis yang selalu beri kata-kata semangat, rakan -rakan wartawan media cetak & elektronik.
“Dan sekali lagi, terima kasih atas sokongan kalian yang request lagu SAMPAI BILA sehingga menduduki tangga di carta-carta radio, yang mendengarkan di semua digital platform, yang mengundi lagu ini di carta muzik-muzik.”
“Cuma Allah saja mampu membalasnya. Bila support kalian bersatu, energynya sangat luar biasa.” luah Misha Omar dalam instagramnya
Seorang lelaki Malaysia maut ditembak 18 das di Sungai Golok oleh dua suspek yang juga sepupu isterinya. Isteri mangsa, Wan Fatihah, menyaksikan sendiri kejadian tragis itu di depan mata.