Founder “Yuyu” berdepan hukuman mati, suami & tiga ahli keluarga turut didakwa edar pil kuda. Seorang pengusaha salon dari Kelantan yang sering mempaparkan kehidupan mewah di media sosial, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34 berdepan hukuman mati selepas didakwa mengedar lebih 20 kg dadah jenis pil kuda di tiga lokasi berasingan pada kejadian 27 Jun lalu.
Dirinya yang mengusahakan salun dan kedai makan dikenali sebagai “Yuyu” berdepan hukuman mati itu bersama suami serta tiga ahli keluarga dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan.
Memetik laporan Sinar Harian, semasa perbicaraan tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh iaitu Mohd Faizal Ismail, 35, isterinya, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, yang merupakan pemilik salun dan kedai makan, Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39, bersama Mohamad Asmawi Janudin, 25, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Mohd Faizal merupakan abang kepada Mohamad Farid dan mereka berdua adalah bapa saudara kepada Mohamad Asmawi. Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Faizal didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 115 gram di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia di lorong simpang tiga Jalan Gajah Mati di Kampung Banggol Chicha di sini kira -kira jam 11.15 pagi pada 27 Jun lalu.
Bagi pertuduhan kedua, Mohd Faizal dan Nur Ayu Fatihah dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 112 gram di sebuah rumah di Kampung Banggol Chicha di sini kira-kira jam 11.30 pagi pada hari yang sama.
Berdasarkan pertuduhan ketiga, kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 19,866 gram di kawasan kandang lembu di belakang sebuah rumah di Kampung Banggol Chica di sini kira-kira jam 4.30 petang pada hari tersebut.
Kelima-lima tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan. Jumlah yang sama juga mampu merosakkan seramai 177,465 orang, sekiranya tidak dibanteras.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimi manakala Mohd Faizal bersama Nur Ayu Fatihah diwakili peguam, Mohd Norazihan Adnan dan tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 26 Oktober depan sebutan semula kes dan laporan kimia. Kredit:- Sinar Harian.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.