Baru-baru ini Fiza Halim telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Malah pelakon ini turut memohon maaf kerana tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini berkaitan dakwaan mengaibkan dirinya yang tular di media sosial.
Fiza Halim Tak Dibenarkan Beri Kenyataan
Susulan dakwaan ‘kaki sondol’ dan mata duitan yang dilabelkan terhadap dirinya itu, namanya sebelum ini menjadi bualan hangat di Twitter apabila seorang individu yang dipercayai bekas adik iparnya, mendedahkan cerita yang dikatakan mengaibkan dirinya.
“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan memberi apa apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular itu.
“Ia memang masih dalam siasatan polis. Dalam minggu depan insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan,” katanya seperti mana dipetik menerusi Berita Harian.
Terpaksa Kunci Mulut
Malah akuinya juga dia tidak bermaksud mengelak daripada rakan media.
“Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu. Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dulu. Pasti kalau ada sebarang makluman akan dimaklumkan kelak,” ujar ibu kepada tiga orang anak ini.
Ads
Untuk rekod bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin, Fiza dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12. Mereka bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.
Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.
Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016. Melalui perkahwinan itu, Fiza dan Aizat dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai tahun lalu.
Sumber: Berita Harian
Sumber Foto: Instagram Fiza Halim
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Isteri Dr Taufiq Razif – “Alhamdulillah, sujud syukur…” Semoga semua aktivis pulang (ke tanah air) dengan selamat dan terpelihara,” ujar Dr Nabilah Mohd Rubani, 37, apabila mendapat perkhabaran mengenai pembebasan suaminya, Dr Taufiq Mohd Razif, 35.
Isteri Dr Taufiq Razif Lega Suami Dibebaskan – “Alhamdulillah, Sujud Syukur…”
Dr Taufiq merupakan salah seorang daripada aktivis yang ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza.
Dr Taufiq bersama keluarga di KLIA sebelum menyertai Misi GSF ke Gaza, baru-baru ini. – hsan foto Nabilah Mohd Rubani.
Berkongsi rasa syukurnya, Dr Nabilah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan, penganjur serta penaung misi yang telah memainkan peranan penting dalam usaha pembebasan kesemua tahanan.
Dr Taufiq bersama sukarelawan GSF Jose sebelum memulakan pelayaran dari Greece, ke Gaza baru-baru ini. FOTO Ihsan Dr Taufiq Mohd Razif.
“Terima kasih kepada pihak penaung dan penganjur atas strategi mantap. Ia disertai pertolongan Allah SWT yang datang daripada jalan yang tidak dijangka.
SENTIASA BERI SOKONGAN
“Kami sentiasa menyokong perjuangan ini dan akan kembali jika diperlukan hingga Baitul Maqdis merdeka,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Zionis Israel sudah pun dilepaskan.
Menurutnya, para aktivis akan dibawa terlebih dahulu ke Lapangan Terbang Ramon di Israel sebelum berlepas ke Istanbul, Turkiye.
Anwar turut menyatakan bahawa kumpulan tersebut dijangka kembali ke tanah air sama ada pada malam esok atau lusa.
Gandingan pelakon muda yang hebat dan berbakat besar, Meerqeen dan Erysha Emyra menerusi slot MegaDrama ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ membuatkan penonton drama Melayu tegar terpesona. ‘Sweet couple’ ini digandingkan menerusi drama bergenre romantik komedi memaparkan nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan mereka.
Meerqeen dan Erysha yang sebelum ini pernah menjadi penantian para penonton Astro dan juga peminat selepas bibit-bibit rakaman dan gambar mereka dimuat naik di media sosial. Disiarkan bermula 27 Mei, jam 10 malam menerusi Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan popular seperti Nina Juren, Ozlynn Waty, Haidar Hasanudin, Malle Christian, Nik Rifaie dan juga juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer.
Kejar Cinta Janda Muda
Drama terbitan Playwright Pictures Sdn Bhd ini telah diarahkan oleh Hadith Omar dan diadaptasi daripada novel nukilan Liva Vee yang sama judul. Malah ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ merupakan rantaian 20 episod mengisahkan Anne (Erysha) dan Alan (Meerqeen) yang bertemu kembali selepas lima tahun berpisah apabila abang kepada Anne, Fazlee meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne selepas dia terlibat dengan satu tuntutan mahkamah.
Pertemuan ini menjentik semula perasaan mereka. Alan yang masih mencintai Anne cuba menawan hatinya semula walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada ibunya. Namun dia sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.
Pastinya naratif percintaan antara Alan dan Anne membuatkan para penonton terutamanya golongan muda tidak sabar menantikan episod yang dihidangkan seterusnya.
Kisah Cinta Nafas Baru Genre Romantik
Sewaktu menghadiri sidang media drama ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari menerangkan ‘Cinta Sekali Lagi’ merupakan kisah cinta yang memberikan nafas baharu kepada penggemar genre romantik. Apatah lagi dibarisi gandingan watak utama yang juga pelakon popular, berbakat dan sedang meningkat naik.
“Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di Malaysia, kami ingin memberikan jalan cerita yang segar, sekaligus menepati citarasa semua penonton yang padat dengan nilai-nilai yang boleh diambil dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat.
“Kami berharap para penonton dapat menerima naskhah terbaharu daripada Astro Ria ini dengan memberi sokongan penuh kepada gandingan-gandingan baharu kami menerusi drama ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’,” kongsinya.
Drama hebat ini juga telah mencecah tontonan 109juta di aplikasi Tik Tok dan trending setiap episod (sehingga episode 5) di Platform X.
‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dua tiga hari ini kecoh dengan berita kematian warga emas selepas menikmati hidangan laksa. Sampai ada mak-mak pakat-pakat nak pantang makan laksa. Kenapa pula laksa dipersalahkan?
Dalam posting facebook Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setah, Kedah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor menjelaskan perkaitan laksa dan kematian.
“Dua orang mati selepas makan LAKSA. Apa kaitan antara laksa dan kematian? Inilah yang pernah saya tulis mengenai kaitan di antara punca dan akibat (“causal relationship”).”
“Bila berlaku kes kematian akibat makan laksa, adakah semua orang kena PANTANG MAKAN LAKSA? Jawapannya TIDAK sebab punca kematian bukan laksa tetapi pencemar yang ada di dalam laksa.”
Pencemar ini telah menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makananlah yang menjadi punca kematian.
“Di antara pencemar yang boleh menyebabkan kematian adalah bakteria, virus, toksin, sebatian kimia (racun serangga dan lain lain) dan logam berat.”
Kesimpulannya, punca masalah adalah PENCEMAR dan akibatnya KEMATIAN. Laksa tidak bersalah jika ianya tidak tercemar. Orang lain tidak perlu pantang makan laksa.
Bakteria Dari Jenis Ganas Akan Cepat Merebak
Dalam posting yang lain pula beliau menjelaskan agar penyakit bawaan makanan ini jangan diambil ringan. Sebab makanan keperluan harian manusia.
“Manusia mengendalikan makanan dan minuman sepanjang masa, bakteria sangat mudah dipindahkan daripada seorang kepada orang lain, dari satu lokasi ke lokasi lain.”
“Jika bakteria itu daripada jenis yang ganas dan cepat merebak maka kesannya sangat cepat.”
“Sukar untuk mengesan pembawa sebab mereka tidak ada gejala tetapi mereka melepaskan bakteria di dalam najis dan air kencing.”
Elak Jadi Keracunan Makanan, Doktor Pesan Buat 13 Perkara Ini
Sementara kes keracunan makanan masih lagi dikesan dan berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan, maka kalau boleh :
√ Jangan makan di luar.
√ Inilah masanya kita pakat masak di rumah dan makan di rumah.
√ Beli bahan-bahan mentah secukupnya.
√ Pastikan membasuh makanan sebaik-baiknya dengan air yang dirawat.
√ Elakkan makanan separuh masak.
√ Simpan makanan mentah pada suhu 0-4 darjah selsius.
√ Jangan campur makanan yang sudah masak dan mentah.
√ Nyahbeku makanan mentah dengan sempurna.
√ Masak makanan dengan sempurna.
√ Masak air hingga mendidih.
√ Jika ada gejala keracunan makanan cepat-cepat jumpa doktor.
√ Minum air dalam botol lebih selamat.
√ Akhir sekali pastikan diri sendiri itu bersih dan bukan pengotor.
Seorang pelajar SPM di Melaka mengaku bersalah atas tuduhan rogol bergilir pelajar Tingkatan 3, manakala seorang lagi minta dibicarakan. Kes mendapat perhatian masyarakat dan sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak Alor Gajah.