Barangkali ramai di antara warga kota yang kecewa kerana sukar untuk mendapatkan juadah kampung yang mampu membuka selera tatkala berkunjung di kebanyakan restoren di tengah ibu kota. Apatah lagi di kala bulan Ramadan, sudah tentu kerap kali teringat menu-menu yang di masak ibu tercinta di kampung halaman.

Feebay.Co yang terletak di pusat beli-belah Aveneu K, menawarkan makanan masakan tradisional, barat, fusion serta minuman dan mocktail yang istimewa. Menurut Eksekutif Feebay.Co, Azri Jamaludin, dia berharap dengan pembukaan kafe ini, ia dapat mengembangkan lagi perusahaan kafe dan restoren fusion yang semakin mendapat perhatian kala ini.

Feebay.Co Buktikan Juadah Kampung Juga Sesuai Masuk Kedai Kopi di Tengah KL
Kini anda berpeluang menikmati juadah ikan patin di Feebay.Co, rasanya yang enak pasti buatkan anda termimpi-mimpi.

“Di Feebay.Co, pihak kami menyediakan hidangan klasik pilihan masyarakat tempatan seperti nasi lemak, lempeng dan nasi ikan patin. Tidak ketinggalan, Feebay.Co juga mengetengahkan hidangan istimewa yang diinspirasikan dari Thailand dan Kanada seperti Chao Praya iaitu ikan barramundi yang dihidangkan Bersama kerabu epal dan Mariposa Ave iaitu hidangan ayam goreng rangup berinti bawang putih mentega,”katanya lagi.

IKLAN

Di samping itu, selain memberi keutamaan kepada minuman seperti kopi, Feebay.Co juga turut menyediakan minuman nitro, coklat dan teh hijau serta jus segar. Selain itu, minuman mocktail, soda berperisa, pastry dan kek.

Majlis pelancaram Feebay.Co telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

IKLAN

“Kafe ini mengetengahkan konsep dinamik bagi rekaan bentuk dalaman yang baru dan moden. Kafe berkeluasan 2,412 meter persegi ini mampu memenuhi acara kasual dan formal seperti mesyuarat korporat, majlis persendirian dan banyak lagi.

IKLAN

“Fasiliti Feebay.Co ini dilengkapi dengan wifi berkelajuan tinggi, ruang pelbagai guna persendirian, projector berdefinisi tinggi dan kedudukan plug berdekatan dengan tempat duduk,” tambah Azri lagi.

Feebay.Co Buktikan Juadah Kampung Juga Sesuai Masuk Kedai Kopi di Tengah KL
Selain menu tempatan, Feebay.Co turut menyajikan makanan dari serata negara.

Selain itu, pemilihan nama Feebay.Co mencerminkan prinsip asas jenama kami iaitu memberi fokus kepada kehendak dan pengalaman pelanggan serta hubungan positif antara kakitangan dan pelanggan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI