Selebriti, Fazura dilihat semakin cantik dan beraura! Selain memiliki wajah yang dianggap klasik dan fotogenik, beberapa faktor lain turut menyumbang kepada imejnya.
Fazura Kongsi Tip Awet Muda


Malahan Fazura juga dikenali dengan kulit yang kelihatan bersih, sekata dan terjaga, hasil rutin penjagaan kulit hariannya.
Okay, kali ini anda boleh tahu apa rahsia cantik ibu kepada Nur Fatima Aisya ini.
Menerusi satu hantaran seorang pengguna Threads, dia mendapati ramai individu popular yang sudah masuk 40an masih mengekalkan rupa paras remaja mereka — termasuklah pelakon, pengacara tempatan, Nur Fazura.
Yang Dah Masuk 40an Elok Amalkan 9 Rutin Ini


Tidak lokek berkongsi, Fazura senaraikan beberapa tips dan amalannya.
1. Minum air putih 2.5 liter sehari
2. Jangan guna produk kecantikan yang kasar (harsh). Kunci utamanya adalah hidrasi & kelembapan (hydration & moisture) Ekonomi
3. Bersenam
4. Jaga pemakanan. Setiap hari ada buah & sayur
5. Kurangkan makan pisang goreng
6. Jangan stres.
Pada masa sama Fazura turut kongsikan suplemen yang diambilnya –
1. Habbatus Sauda
2. Omega 3
3. CoQ10 100mg
4. Vitamin K2 + D3
5. Folic Acid
6. Probiotic + Prebiotic
7. Magnesium dan Potassium
8. Biotin 5000mg
9. Advanced Antioxidant Formula by Solgar
Sebenarnya daya tarikan Fazura bukan hanya terletak pada raut wajah tetapi pada gabungan penampilan yang terjaga, gaya yang konsisten dan personaliti yang memberi imej anggun serta berkelas.
Haaa.. buat anda yang nak awet muda dan sihat, boleh lah amalkan tip Fazura ini! Moga kita sam-sama cantik dan sihat walau umur sudah cecah 40an ke atas.