Personaliti media sosial dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee, menerusi laman Instagramnya menyeru rakyat Malaysia untuk memakai baju T-shirt putih sebagai simbol hijab ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.
Menurut Farah Lee, tindakan itu bertujuan menunjukkan sokongan moral kepada wanita Palestin yang terus menghadapi penindasan dan penghinaan terhadap nilai Islam. Katanya, serangan terhadap wanita, khususnya yang berhijab, jelas menunjukkan usaha sistematik untuk menghina serta menjatuhkan identiti Muslimah.
“Dari Gaza hingga Kuala Lumpur, semangat wanita Muslim tidak pernah luntur,” tulisnya sambil menegaskan bahawa solidariti ini bukan sekadar pakaian, tetapi manifestasi maruah dan kekuatan iman yang tidak dapat ditundukkan oleh mana-mana rejim,” ujarnya.
Delegasi Malaysia Bukti Keutuhan Maruah Muslimah
Farah Lee turut menyatakan bahawa delegasi wanita Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan menjadi bukti bahawa maruah dan prinsip tidak boleh dikalahkan dengan senjata mahupun penjajahan. Sebaliknya, tekanan yang dihadapi menjadi bahan bakar untuk memperkukuh solidariti antara umat Islam di seluruh dunia.
Beliau menegaskan, seruan itu bukan sekadar satu perhimpunan, tetapi panggilan hati nurani untuk berdiri bersama mereka yang dizalimi. “Ia lambang kasih sayang dan persaudaraan rentas sempadan yang menyatukan kita sebagai satu ummah,” katanya lagi.
Panggilan Solidariti Untuk Semua
“Panggilan Solidariti! Bersama saya, Farah Lee dan Delegasi Malaysia. IOF sangka mereka sudah menjatuhkan maruah wanita Muslim, tetapi mereka lupa, selagi ada sehelai benang pada tubuh, wanita Muslim akan tetap berusaha menutup auratnya dengan penuh harga diri. Tindakan mereka tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya menjadi modal untuk kita bersolidariti!
Mari kita sama-sama penuhi KLIA dengan berpakaian T-shirt putih sebagai simbol hijab, tanda sokongan dan kasih terhadap delegasi wanita Malaysia serta wanita-wanita di Palestin yang terus berjuang dalam penindasan,” tulisnya lagi di Instagram.
Ads
Seruan Untuk Semua Lapisan Rakyat
Seruan ini bukan hanya ditujukan kepada wanita, tetapi kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu kemanusiaan. Farah Lee menyeru agar semua tampil ke KLIA dengan berpakaian putih sebagai tanda kebersamaan dan penghormatan kepada mereka yang terus mempertahankan maruah, agama dan hak asasi.
“Mari kita zahirkan kasih dan solidariti ini melalui simbol kesatuan — putih yang melambangkan suci, hijab dan kekuatan iman,” katanya mengakhiri seruan yang kini mendapat sambutan luar biasa di media sosial.
Mak-mak yang nak pilih ketam segar, manis & banyak isi ada tip tertentu.Ketam bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin nak makan ketam, bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya. Harga ketam boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli.Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti.
Berikut merupakan perkongsian tip oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika membeli ketam.
1.Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2.Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3.Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4.Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7.Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
*Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar.
Selain membaca dan memahamkan isi kandungan, kita juga sangat digalakkan untuk menghafal ayat-ayat dan surah di dalam Al Quran.
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Sebagai seorang pelakon menghafal setiap baris skrip bagaikan satu kemestian dalam melengkapkan watak yang dibawa. Memanfaatkan waktu rehat makan, pelakon versatil dan berbakat besar Noorkhiriah Ahmad Shapie,43 berjaya menghafal Surah Al-Kahfi, Ayat 1-10 di set penggambaraan drama lakonannya “Nikah Cerai Rujuk” baru-baru ini.
Sekali Hafal 10 Ayat Pertama Surah Alkahfi
Berita gembira tersebut dikongsikan di laman Instagram pelakon ini sendiri. Malah lebih manis, dengan hanya sekali hafalan pelakon ini berjaya menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi.
“Tak pernah terjadi dalam hidup akak kat set shooting. Time ni break makan. Sekali abang @gib_idris cakap ‘Jom Nor kita tasmik nak’? Masa ni ramai bukan akak berdua. Memula segan, surah apa je akak hafal..sekali abang Gib cakap jom Al Kahfi Ayat 1-10”
“Akak try my best. Akak sejenis suka cabaran dik..sekali hafal..MasyaAllah akak sendiri terkejut,”
“Inilah suasana kerja akak sekarang..Positif vibe yang sangat kuat..Alhamdulilah Allah permudahkan urusan kerja akak bersama Tok Sidang @jinggo_jspictures Sis @sheilarusly_jspictures @uzairhaqimy69 serta team #nikahcerairujuk.We are One Happy Big Family,” ujar Khiriah.
Ramai yang meninggalkan komen positif, mengucapkan syukur dan turut menjadikan inspirasi atas pencapaian Khiriah ini.
Mingguan Wanita:Alhamdulillah, tahniah Khiriah memanfaatkan waktu rehat dengan berjaya menghafal 10 ayat pertama Surah AlKahfi sebaiknya. Kesungguhannya menghafal ayat-ayat suci Al Quran wajar dijadikan inspirasi buat kita juga.
Selepas nekad mengambil tindakan drastik tinggalkan dunia seni, aktres Bollywood, Sana Khan umum bernikah dengan ulama, Mufti Anas.
Rupanya selepas penghijrahannya, Sana Khan sedang mengatur langkah lebih baik dengan mendekatkan diri dengan Allah. Pernikahannya dengan seorang lelaki yang kuat agama tentu lagi memberi kebahagiaan buat Sana Khan.
Sana Khan Umum Bernikah Dengan Ulama
Aktres Bollywood yang pernah muncul dalam filem Jai Ho, Sana Khan mengejutkan semua orang dengan berita pernikahannya dengan seorang ulama, Mufti Anas yang berasal dari Surat, Gujarat.
Tidak lama selepas itu, gambar dan video perkahwinan mereka menjadi viral di media sosial. Sana Khan berkongsi gambar pertama dengan suaminya di media sosial akhirnya menjadi bualan hangat di kalangan netizen.
Dia kelihatan berpakaian pengantin berwarna merah dan gambar itu menjadi viral.
Nama Sana Berubah Selepas Nikah Ulama
Sementara itu, nama Sana telah berubah selepas rasmi berkahwin dengan Mufti Anas.
Sekiranya peminat mengunjungi akaun Instagramnya sekarang, mereka akan melihat nama ‘Saiyed Sana Khan’ muncul di biografinya. Ada sumber mengatakan pasangan itu dikatakan telah bernikah pada 20 November 2020.
Ini bukan kali pertama Sana Khan menjadi berita utama di media. Pada bulan lalu, dia telah mengumumkan untuk mengundur dari dari industri hiburan.
Dia berkongsi sebuah penulisan panjang di Instagram dan mengungkapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan dan mahu menjalani kehidupan yang baru.
Dan sekarang, dia sudah siap untuk memulakan kehidupan baru bergelar isteri dan berbahagia dengan suaminya.
MW: Ternyata hidayah itu milik Allah, siapa sangka Sana Khan yang mengambil Tindakan drastik meninggalkan dunia glamor kini disatukan dengan lelaki yang membimbing dirinya ke jalan Allah. Semoga berbahagia Sana Khan.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!