Faisal Halim dan isteri kembali hidup bersama – “Rasa macam baru kahwin semalam.” Isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya yang memberi isyarat positif mengenai hubungan mereka.
Dalam perkongsian itu, Nur Syazwani dilihat berkongsi semula posting Faisal yang memuat naik gambar mesra bersama dirinya dan anak mereka, Khalish Aryan.
Menariknya, Faisal menggunakan lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai muzik latar dan pada masa sama meluahkan rasa syukur, sekali gus mengisyaratkan bahawa rumah tangga mereka kini kembali harmoni.
Tidak ketinggalan, Nur Syazwani turut menzahirkan ucapan penuh syukur di ruang IGs miliknya yang seolah-olah mengesahkan khabar gembira tersebut.
“Alhamdulillah. Memaafkan dan melupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.
“Sayang awak. Rasa macam baru berkahwin semalam.”
Untuk makluman, sebelum ini timbul laporan mendakwa Nur Syazwani pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal.
Sebagai rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish.
Sumber: Instagram Faisal Halim dan Instagram Nur Syazwani
Baca artikel lain juga: Isteri Faisal Halim Mohon Cerai di Mahkamah Syariah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE