Jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, Eskayvie komited meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan nutrisi kepada rakyat Malaysia melalui penganjuran karnival Eskayvie Inspirasi Generasi Masa Hadapan.
Sebagai permulaan, jenama itu menjejaki Sekolah Kebangsaan Seksyen 24, hari ini (22 Februari) bagi mendekati golongan pelajar dan ibu bapa.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada misi jenama itu untuk menangani isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak serta melahirkan generasi pemimpin masa depan yang cemerlang dan berkualiti melalui amalan pemakanan sihat.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan 21.2% kanak-kanak mengalami masalah bantut (stunting), 46.5% mengalami anemia, 15.3% berada di bawah berat badan normal (underweight) dan 6% obes, meningkat kepada 14.3% pada usia remaja.
Isu ini bukan sekadar statistik, malah ia cabaran yang menjejaskan perkembangan otak, emosi dan produktiviti anak-anak.
Malnutrisi Beri Kesan Serius
Malnutrisi memberi kesan serius dalam jangka pendek di mana ia boleh melemahkan sistem imun, menyebabkan keletihan, menghalang tumbesaran, menjejaskan fokus dan prestasi akademik.
Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, lebih membimbangkan, kesan ini boleh berlanjutan hingga dewasa, menghalang pencapaian akademik dan peluang pekerjaan, sekali gus menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.
Ads
‘’Melalui kempen ini, Eskayvie bekerjasama dengan komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.
“Masalah malnutrisi ini amat kritikal kerana ia memberi kesan langsung kepada potensi minda generasi masa hadapan. Melalui kempen ini, kami ingin memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti mengenai peri penting nutrisi lengkap dalam setiap hidangan anak-anak supaya mereka membesar dengan sihat dan perkembangan minda dapat dioptimumkan.
“Dengan pendekatan yang menyeluruh, kami berhasrat membina komuniti keibubapaan dengan menyediakan panduan praktikal, sokongan motivasi, idea aktiviti serta perkongsian kesihatan dan nutrisi untuk membantu ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat, cerdas dan berdaya saing,” kata Kartika Wati.
Pemakanan Pengaruhi Prestasi Minda
Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula menekankan bahawa pemakanan anak-anak sangat mempengaruhi perkembangan dan prestasi minda mereka.
“Ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau mendapatkan tutor peribadi tetapi mereka mungkin terlepas pandang satu asas penting iaitu pemakanan yang menyokong keupayaan kognitif anak-anak.
Ads
“Nutrisi seperti Phosphatidylserine dan Omega-3 memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan fokus, daya ingatan, dan keupayaan memahami pelajaran dengan lebih baik.
“Makanan harian kanak-kanak hari ini lebih banyak terdiri daripada makanan segera yang bukan sahaja kurang nutrisi malah memberi kesan negatif kepada kesihatan otak mereka. Ini menjadi cabaran utama dalam memastikan mereka mendapat nutrisi yang mencukupi untuk prestasi akademik yang lebih baik,” kata Dr Syid Ayob.
Justeru, menyedari cabaran ini, Eskayvie memperkenalkan Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas dengan Phosphatidylserine dan Omega-3, juga vitamin dan mineral bagi menyokong perkembangan otak kanak-kanak.
Ads
“Suplemen ini membantu meningkatkan fokus, daya ingatan dan keupayaan pembelajaran, sekaligus memberikan kelebihan kepada anak-anak dalam pencapaian prestasi akademik mereka.
“Eskayvie juga kekal komited dalam meningkatkan kesedaran dalam kepentingan nutrisi dalam masyarakat. Isu ini bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi satu usaha bersama untuk memastikan ibu bapa dapat membesarkan anak-anak yang cemerlang, sekaligus menjadi pemangkin kepada kemajuan dan produktiviti negara.
“Dengan generasi yang lebih sihat dan cerdas, negara dapat terus berdaya saing, memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan melindungi masa depan bangsa. Eskayvie berdiri teguh dalam usaha membentuk generasi yang sihat, berilmu dan bersedia mencorak masa depan yang lebih gemilang,” kata Dr Syid Ayob.
Sementara itu, pada acara sama, Duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi, turut mengadakan demonstrasi memasak dengan memperkenalkan resipi sihat yang ringkas dan menyelerakan untuk anak-anak.
Seramai lapan orang ibu bapa turut berpeluang menyertai sesi memasak menu sihat bagi merasai sendiri pengalaman secara langsung dalam penyediaan makanan berkhasiat.
Wanita moden hari ini bukan sekadar mahu tampil cantik, tetapi juga mahu bergaya dengan penuh keyakinan.
Memahami keperluan ini, Sabella Holding tampil memperkenalkan jenama baharu mereka, Sabella Luxe, yang membawakan koleksi tudung eksklusif berkonsepkan gaya mewah, elegan dan anggun, khas buat wanita dalam kategori M50 hingga T20 yang tahu menilai kualiti.
Koleksi Sabela Luxe tampil sebagai simbol keanggunan moden yang memadukan nilai eksklusif, keselesaan, dan sentuhan sopan santun yang menawan. Direka khusus untuk wanita yang menghargai gaya mewah tanpa berlebihan.
Perincian halus seperti sulaman kemas, pilihan warna mewah serta rekaan yang memancarkan keyakinan menjadikan Sabela Luxe bukan sekadar hijab, tetapi cerminan gaya hidup wanita berinspirasi dan berjiwa besar.
Tudung Eksklusif, Rekaan Premium
Pelancaran sulung Sabella Luxe menampilkan dua jenis tudung istimewa yang bukan sahaja cantik di mata, tetapi memberi keselesaan maksima kepada si pemakai:
Tudung Bawal Sabella Luxe
Tudung Bawal Batu 4 Kayangan
Apa yang menjadikannya begitu eksklusif? Tudung ini diperbuat daripada kain Japanese Cotton berkualiti tinggi yang lembut dan senang dibentuk. Malah, setiap helaian dihiasi dengan batu kristal Solvariski, yang memberi sentuhan glamor tetapi tetap sopan dan sesuai digayakan setiap hari.
Dihoskan Madammu, Tudung Edisi Khas Akan Datang!
Sementara itu, pelancaran tudung khas yang berlangsung pada 4 Jun 2025 turut diserikan dengan kehadiran Madammu sebagai hos siaran langsung TikTok Sabella Luxe. Menariknya, pihak Sabella turut mengumumkan tudung khas Madammu bakal dilancarkan dalam koleksi kedua tidak lama lagi.
Buat wanita yang meminati gaya sofistikated dan eksklusif, koleksi Sabella Luxe pastinya pilihan yang dinanti-nantikan!
Boleh Didapati Secara Eksklusif Di TikTok
Nak dapatkan tudung ini? Ia hanya boleh didapati secara eksklusif di TikTok Sabella HQ dan TikTok Sabella Luxe. Pastikan anda ikuti kedua-dua platform ini untuk info terkini tentang koleksi dan promosi akan datang.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan pada sijil nikahnya dan Kamal Adli.
Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendakwa dirinya bernikah pada 5 November namun di dalam sijil tercatat 4 November 2021.
Uqasha Senrose Ragui Status Perkahwinan
“Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pasa pukul 9 pagi.
“Tapi dalam sijil nikah, aku dinikahkan 4 November 2021 pada pukul 9:30 malam.
“Allahuakbar adakah sah perkahwinan ini? Cukupkah syarat sah perlahwinan?,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Dakwa Diri Diperbodohkan
Pada masa yang sama Uqasha turut mendakwa dirinya diperbodohkan kerana pihak Kamal Adli dan keluarganya telah memanipulasi tarikh perkahwinan mereka.
“Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya.
“Bapa aku juga dimanipulasi oleh si dia dan keluarga (Kamal) untuk kata sah sebab sudah ada wali?,” tulisnya.
Hadir Ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur
Sebelum ini Uqasha telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu ditemani peguam, Nurfarhana Abd Manap bagi prosiding perceraian yang difailkan pada 1 Oktober lalu.
Jelas Nurfarhana, perceraian difailkan susulan tiada persefahaman. Memandangkan Kamal Adli gagal menghadiri prosiding harinini, mahkamah menetapkan prosiding ditangguhkan pada 28 Oktober nanti.
Isu status perkahwinan pasangan selebriti popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, akhirnya terjawab apabila Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan bahawa pernikahan mereka sah di sisi syarak.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Khamis, JAIP memaklumkan bahawa pasangan tersebut telah dinikahkan pada 4 November 2021, jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, dengan wali mujbir pengantin perempuan yang juga bapa kandungnya, Nik Sen Mat Ripin.
“Berdasarkan Rekod Pendaftaran Nikah Negeri Pahang, Ahmad Kamal bin Ahmad Adli (Kamal Adli) telah sah bernikah dengan Nik Zaris Uqasha binti Nik Sen (Uqasha Senrose) melalui persetujuan dan kehadiran wali mujbir, Nik Sen bin Mat Ripin.
Bapa pengantin mewakilkan (secara wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1 untuk menjalankan akad nikah tersebut,” jelas kenyataan itu.
Majlis akad nikah pasangan selebriti berkenaan dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa.
Penjelasan Tentang Wali Mujbir
Wali mujbir ialah wali yang mempunyai kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih dara tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu, dengan syarat perkahwinan itu mendapat kerelaan anak dan persetujuan bakal suami.
Terdahulu, nama pasangan ini kembali menjadi perhatian selepas Uqasha mempersoalkan tarikh pernikahan mereka dalam satu hantaran di media sosial, mendakwa tarikh dalam sijil perkahwinan berbeza daripada tarikh sebenar.
Pelakon drama Hati Tanpa Rasa itu mendakwa akad nikah berlangsung pada 5 November 2021, dan menuduh pihak suami serta keluarganya telah memanipulasi tarikh pernikahan.
Namun begitu, hantaran berkenaan kemudiannya dipadam, dan JAIP tampil menjelaskan kedudukan sebenar berdasarkan rekod rasmi.
Sebelum ini, Uqasha dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi tentang hubungan mereka.
Bapa kepada arwah Nurin Jazlin membuat permintaan menyentuh hati untuk menyunting gambar bersama arwah anak, mengundang sebak rakyat Malaysia. Baca kisah penuh dan pengajaran di sebaliknya.