Pesanan buat mak-mak jika mengalami kecederaan seperti terseliuh, jangan terus sapu minyak panas dan terus berurut. Sebaliknya cuba teknik rawatan menggunakan prosedur R.I.C.E. (Rest, Ice,Compression, Elevation) agar mempercepatkan penyembuhan sekaligus mengurangkan kesakitan.

Boleh rujuk perkongsian daripada Public Health Malaysia ini sebagai panduan;

Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) , kalau boleh, elakkan ;

  • Mengurut terlalu awal
  • Menyapu minyak panas

Ia akan akibatkan radang menjadi bertambah serius dan semakin sakit. Sekaligus memperlahankan proses penyembuhan. Biasanya cedera akibat terseliuh memang boleh sembuh sendiri namun tip ini dapat membantu mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan kesakitan.

Langkah yang disarankan adalah dengan;

1. Berehat
Kurangkan pergerakan dan beban pada kecederaan

2. Ais Batu
Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan. Tetapi elakkan meletakkan ais secara berterusan, ia akan menggangu peredaran darah dan boleh akibatkan frostbite

3. Compress atau Balut
Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik. Jangan terlalu ketat

4. Letak Tempat Lebih Tinggi
Tinggikan bahagian yang tercedera dengan letakkan ditempat yang lebih tinggi seperti atas kerusi dan timbunan bantal.

Dapatkan pemeriksaan lanjut jika kesakitan semakin serius.

Baca Disini: Jangan Main-Main Dengan Minyak Angin, Salah Guna Boleh Sebabkan Keracunan!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila ada anggota badan yang terseliuh, jangan terus sapu minyak panas dan berurut. Sebaliknya boleh cuba lakukan teknik asas R.I.C.E ini agar cepat sembuh dan kurangkan kesakitan yang dialami.

Sumber: Public Health Malaysia