Erra Fazira Nafi Riak, Anggap Perkongsian Kejayaan Anak Sebagai Sumber Inspirasi. Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, menegaskan dirinya tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk apabila berkongsi mengenai pencapaian akademik anaknya, Engku Aleesya.
Memetik OhBulan! Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, berharap masyarakat melihat perkongsian itu dengan pandangan yang baik serta menjadikannya motivasi, bukannya perkara negatif.
“Kadang-kadang manusia ini hati mereka lain-lain jadi penerimaan mungkin berbeza.
Bagi saya kalau nak melihat perkara itu sebagai satu benda yang positif jadikan ia semangat buat anak-anak.
Kalau tengok dari sudut positif, ia akan jadi positif. Tapi kalau orang itu mata dia ‘sakit’, maka itu hak dia untuk berkata-kata.
Bagi saya, pilihlah yang positif. Jadi berbalik kepada hati masing-masing,” katanya.
Erra turut menjelaskan bahawa beliau sebenarnya jarang mendedahkan secara terperinci mengenai keputusan anaknya kerana bimbang dengan pelbagai reaksi orang luar.
“Saya rasa kalau bahagian saya, saya tidaklah berkongsi terlalu jelas tentang keputusan anak.
Sebab saya pun risau, ada mata-mata yang ‘sakit’ melihat hantaran saya.
Jadi saya sangat general, saya cuma ucapkan tahniah saja,” tambahnya.
Perkara itu dikongsikan Erra ketika menghadiri sebuah program riadah bersama pihak media di Sepang pada Isnin lalu.
Erra turut diraikan sebagai duta jenama makanan Captain Dolphin, sempena tiga tahun kerjasamanya dengan jenama tersebut sejak 2022.
Artikel lain: Engku Emran Bangga Aleesya Cemerlang IGCSE -Tahniah 7A Anak Ayah, 11 Tahun Teman Ulang Kaji & Kelas Tambahan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE