Empat Bulan Lamanya Ambil Hati Mertua, Akhirnya Guru Disatukan Dengan Bekas Pelajar

Share

Empat bulan lamanya ambil ambil hati mertua, akhirnya guru ini disatukan dengan bekas pelajar. Kalau sudah jodoh tak ke mana.

Walaupun pada awalnya pelbagai onak dan duri perlu ditempuhi untuk mendapat restu kedua-dua belah pihak, alhamdulillah akhirnya disatukan juga.

Guru Ku, Suami Ku

Hubungan Mohd Hafirudin Ramli dan Nur Syafieqa Samsawi asalnya tidak lebih daripada sekadar guru dan pelajar, namun jodoh menyatukan mereka sebagai suami isteri.

Jurang usia 10 tahun mahupun latar belakang juga tidak menghalang hubungan Mohd Hafirudin, 29 dan Nur Syafieqa, 19, yang sudah berjanji untuk sehidup semati.

Berkat restu kedua belah keluarga, Mohd Hafirudin yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Saratok dan Nur Syafieqa selamat disatukan pada 12 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Betong, Sarawak.

Tidak Sangka Kahwin Dengan Guru Sendiri

Mengikut perancangan, saya dan suami memilih 7 Julai sebagai tarikh akad nikah namun ditunda kerana mengikut ketetapan daripada pejabat agama.

“Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan walaupun tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jujurnya, saya tidak sangka akan berkahwin dengan guru sendiri, kisah percintaan kami umpama dalam drama atau novel… Tetapi inilah yang dinamakan jodoh,” katanya.

Jatuh Hati Sejak Kali Pertama

Berkongsi kisah perkenalan, jelas Nur Syafieqa, Mohd Hafirudin adalah guru kelasnya yang mengajar subjek Geografi ketika di tingkatan tiga.

Nur Syafieqa mengakui Mohd Hafirudin adalah guru kegemarannya namun mereka tidak bercakap antara satu sama lain kecuali jika ada hal penting.

“Ketika itu, suami baru bertugas di sekolah saya dan dia mula mengajar dalam pertengahan tahun.

“Daripada awal lagi, saya sudah mula jatuh hati dengannya tetapi tidak terfikir untuk menjalin hubungan serius kerana sedar batas seorang pelajar dan guru.

“Suami guru kelas dan saya pula memegang jawatan sebagai penolong kelas, jadi ada bercakap tetapi hanya setakat hal berkaitan kerja sekolah atau subjek diajarnya, tidak lebih daripada itu,” katanya yang kini menetap dengan suami dan keluarganya di Kampung Maludam, di sini.

Menurut Nur Syafieqa, suaminya hanya mengajar dan menjadi guru kelas ketika dia di tingkatan tiga sahaja, dan sejak tingkatan empat hingga habis sekolah mereka tidak berhubung sehinggalah tahun lalu.

Baca Juga Di Sini: 

Hanya 10 Hari Layari Bahtera Perkahwinan, Warga Emas Redha Jodoh Tak Panjang

Bertemu Jodoh Usia 48 Tahun, Pelakon Haliza Misbun Akhiri Zaman Anak Dara

PERCAYA Jodoh Kehidupan Lampau, Adik Beradik KEMBAR 5 Tahun Dikahwinkan;

Mula Berhubung Di Instagram

Nur Syafieqa berkata, hubungan mereka kembali bertaut selepas suaminya menghantar kiriman mesej di Instagram (IG).

“Sejak itu, kami sering berhubung dan dari situ, timbul rasa sayang terhadapnya.

“Dia mula meluahkan perasaannya ketika pertemuan pertama kami di sebuah restoran, saya ingatkan dia bergurau rupanya serius untuk jadikan saya sebagai isteri,” katanya.

Terbuka Hati Selepas Lihat Kesungguhan

Katanya, pada mulanya keluarga keberatan untuk mengizinkannya berumah tangga namun mula terbuka hati selepas melihat kesungguhan Mohd Hafirudin.

“Saya cuba pujuk ibu dan ayah manakala suami turut sama berusaha dengan datang berjumpa serta meyakinkan mereka hingga akhirnya mendapat restu kedua-duanya.

“Ikutkan, hanya sepupu rapat saja yang tahu hubungan saya dan suami kerana kami cuba merahsiakannya termasuk daripada rakan sehingga tarikh pernikahan hampir. Ramai terkejut selepas tahu perkara sebenar,” katanya yang juga anak bongsu daripada enam beradik.

Empat Bulan Ambil Masa Ambil Hati Mertua

Sementara itu, Mohd Hafirudin berkata, hatinya terdetik untuk menghubungi Nur Syafieqa pada Disember tahun lalu dan tidak sangka pertemuan semula serta perkenalan dalam tempoh singkat itu berakhir dengan perkahwinan.

Meskipun begitu, Mohd Hafirudin mengakui perjalanan hubungan mereka tidak mudah kerana banyak dugaan dilalui sebelum sah bergelar suami isteri terutama untuk meyakinkan keluarga kedua belah pihak.

“Empat bulan juga saya cuba pujuk ibu dan ayah selain meyakinkan keluarga mentua sebelum mendapat restu kedua belah pihak.

“Syukur, kami disatukan juga akhirnya dan ramai rakan guru terkejut kerana mereka tidak pernah nampak atau tahu kami bercinta.

“Saya sendiri tidak menyangka akan berkahwin dengan isteri yang dulunya pelajar saya memandangkan tidak ada perasaan terhadapnya ketika di sekolah.

“Saya terharu apabila ramai mendoakan terutama selepas video kisah kami dimuatnaik di TikTok, kelmarin,” katanya yang berasal dari Felda Mengkawang Kuala Berang, Terengganu.

Mingguan Wanita : Tahniah dan selamat pengantin baru. Selamat menempuh alam perkahwinan.

Sumber: myMetro

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran  //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

IKLAN