Tidak dinafikan pada masa sekarang, emosi isteri sudah koyak dan tak terkawal kerana setiap hari sejak berbulan-bulan lamanya setiap hari perlu hadap PdPR, suami balik jangan tegur macam-macam.
Silap haribulan, isteri akan melenting kerana seharian dia hadap pelbagai karenah anak-anak hingga akhirnya Meletus bila suami mula komplen itu dan ini.
Jadi sang suami perlu memahami, jika tidak boleh membantu sekali pun, cubalah berdiam dan simpan dalam hati jika ada perkara yang tidak berkenan di hati.
Kongsi Firdaus Shakirin ini, cuba periksa mental isteri kita masih okey atau tidak…
Emosi Isteri Koyak Setiap Hari Hadap PdPR
Sudah lama isteri kita jadi “cikgu”… Kena mengajar anak-anak buat kerja-kerja sekolah… Terus-terang saya katakan, mental isteri saya sudah ke laut… Memang out sangat dah…
Koyak dan rabak…
Ajar anak pun marah-marah, tengking-tengking… Mahu tak marah, anak sambil lewa belajar, endah tak endah… Banyak ragam, banyak songeh, banyak akal…
Kejap itu dan kemudian kejap ini… Sudahnya, terus kena jerit, buatlah kejap elok-elok, selepas itu main-main balik… Kena jerit lagi…
“Ikan tak bersiang lagi, ayam tak cuci lagi… Hampa (Korang) duduk main apa ni…. Tulis pun senget!”
Dia ada kerja lain hendak buat, dia bukan kena tumpu ajar anak-anak saja… Kita yang work from home ini pun faham…
Kita nampak keadaan itu tapi kita pun ada kerja juga hendak dibuat depan laptop… Ada meeting, ada email kena balas…
“Sudah pukul 12 tengahari, ibu tak masak lagi, cepatlah buat anak-anak oiii!!!”
Anak-anak kena lagi… Saya jenguk bilik, saya cakap,
“Ikutlah apa yang ibu suruh itu… Suka ke kena marah selalu, masa buat kerja, kita buat kerja… Masa main, kita main…”
Istsri tertekan hadap karenah anak-anak dan pembelajaran yang online yang tak sudah-sudah. ( Kredit foto : Facebook Firdaus Shakirin)
Semua Kena Marah
Lepas 30 minit, anak-anak keluar dari bilik… Mereka cakap, kerja yang cikgu bagi dah habis… Baru 3 subjek, ada 1 lagi, tapi cikgu tak bagi lagi, kena tunggu…
Wife pun mula memasak, tengah prepare barang semua, baru hendak tumis, handphone dia berbunyi… Masuk lagi satu kerja sekolah, subjek last untuk hari itu…
Ads
“Yang cikgu ini pun satu, bukan hendak bagi awal-awal… Time kita nak start masak, baru dia nak bagi!”
Allahuakbar, cikgu pula kena dengan dia… Dia memang totally stres dan burn out dah tu… Dia bukan PdPR sehari dua, seminggu dua, tapi sudah berbulan-bulan dan dari tahun lepas lagi…
Suami Balik Jangan TEGUR Macam-Macam
“Tak apa sayang, pergi ajar anak-anak. Siapkan kerja yang cikgu bagi, abang keluar beli lauk.”
Itu sajalah yang mampu saya buat, memudahkan urusan dia, dia tak payah masak, kerja rumah saya buat… Selepas itu slow talk dengan anak-anak untuk anak-anak ikut cakap…
Dengan abah ini, anak-anak lain, perangai mereka menjadi-jadi bila dengan ibu sahaja…
Banyak Ibu-Ibu Tertekan
Banyak ibu-ibu di luar sana yang sangat-sangat tertekan, sangat-sangat emosional dari hari ke hari dengan apa yang mereka perlu lalui…
Kita balik rumah, kita tegur pula rumah bersepah, pakaian tak basuh dan berlipat lagi, bawah tudung tidak ada makanan…
Kalau si isteri itu jenis yang tak boleh kawal perasaan, rasanya dia terus jerit dekat kita kata dia tak larat, dia penat, dia sudah tak nak buat apa-apa…
Ads
“Esok abang pula duduk rumah, ajar anak-anak!!!”
TITIK.
Mingguan Wanita : Sememangnya PdPR ini menguji semua orang, bukan sahaja ibu atau isteri tetapi termasuklah guru dan anak-anak. Sesungguhnya belajar di sekolah tetap yang terbaik. Semoga virus ini cepat terhapus dan anak-anak dapat kembali ke sekolah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Kebanyakkan anak-anak menjadi dewasa sebelum waktunya juga berpunca daripada peranan mak ayah itu sendiri.Antaranya yang selalu kita lihat trend anak-anak sering digayakan oleh mak ayah dengan fesyen orang dewasa yang langsung tidak sesuai dengan peringkat usia mereka.Perkara ini sebenarnya dikaitkan dengan Sindrom ‘Hurried-Child’.Oleh itu sebagai mak ayah kena lebih berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan sindrom ini.
Berikut merupakan penjelasan mengenai sindrom ‘Hurried-Child’oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar,Co-founder and Principal Consultant,Parent Connect Consultancy sebagai rujukan.
DEWASA SEBELUM WAKTUNYA
Sindrom ‘Hurried-child’ yang dikenalpasti oleh Dr. David Elkind yang pernah saya kongsikan tahun lalu bukan hanya melibatkan tekanan akademik yang terlalu awal di luar kemampuan perkembangan semulajadi anak-anak kecil, sindrom ini juga merebak ke dalam pelbagai aspek kehidupan seorang kanak-kanak masa kini.
Jika kita mengikuti perkembangan semasa tentang kanak-kanak di seluruh dunia, salah satu isu besar yang mendapat kecaman pelbagai pihak adalah ‘trend’ memaksa kanak-kanak untuk berbusana seperti orang dewasa.
Trend ini lebih ketara bagi kanak-kanak perempuan yang sering dieksploitasikan untuk berpakaian seksi dan kasut bertumit tinggi yang tidak sesuai usia. Dengan adanya rangkaian pakaian kanak-kanak yang didewasakan, kanak-kanak dipaksa untuk menggayakan fesyen pakaian dan dandanan seperti orang dewasa.
Walau apa saja yang dipakai oleh kanak-kanak, mereka tetap comel dan penyejuk mata. Walau bagaimanapun trend yang sebegini menyebabkan berlakunya dua kemungkinan:
2 Kemungkinan
1) Dengan berfesyen yang sedemikian, secara tidak langsung mereka juga diharapkan agar berkelakuan seperti orang dewasa. Harus diingat kanak-kanak bukan ‘mini adults’. Perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelektual dan spiritual mereka belum capai ke tahap orang dewasa. Mereka seumpama ‘work in progress’ yang masih perlu dipupuk dan dibaja.
2) Dengan berfesyen yang sedemikian, didapati ada kanak-kanak yang memaksa diri mereka sendiri untuk berkelakuan seperti orang dewasa. Mereka bertutur menggunakan perkataan orang dewasa yang ada kalanya tidak manis disebut, mereka menonton rancangan tv dan mendengar lagu-lagu yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Mereka cenderung untuk meniru orang dewasa kerana ia bersesuaian dengan imej yang dipaksakan ke atas mereka.
Jika ini berlaku, rugilah kanak-kanak yang ‘hurried’ atau digesa-gesakan ini kerana mereka terlepas zaman riang kanak-kanak yang tidak mungkin akan berulang kembali. Apabila mereka dewasa nanti, zaman inilah yang akan dikenang dengan ungkapan “Seronoknya menjadi kanak-kanak”. Jika mereka dipaksa melalui zaman kanak-kanak mereka dengan menjadi orang dewasa, kenangan ‘good old days’ itu tidak ada.
Trend ini bukan hanya melibatkan kanak-kanak yang dipaksa berpakaian seksi, berdandan dan mengenakan mekap yang tidak sesuai usia, ada juga yang ‘dipaksa’ berfesyen menutup ‘aurat’ sebelum tiba usia kerana comel.
Baby tidak perlu bertudung. Trend anak perempuan dipaksa berpakaian sedondon ibu dengan fesyen fishtail, peplum, jubah beropol dan sebagainya kerana ia menghasilkan imej yang layak-Insta (Insta worthy) juga adalah sebahagian dari sindrom ‘Hurried Child’ ini.
Kanak-kanak menjadi tua sebelum waktunya kerana memenuhi impian ibubapa yang terpedaya dengan tipu daya peniaga dan pengiklan yang suka mengambil kesempatan ke atas kealpaan kita yang tidak memahami perkembangan kanak-kanak.
Berpada-pada dan berhati-hatilah.
Pesanan: Harap pembaca membaca setiap ayat yang saya tulis supaya tiada salah faham sebelum komen. Terima kasih
Oh ya, ramai ‘followers’ yang menghantar mesej kepada saya bertanya tentang buku-buku yang saya baca. Bagi yang berminat dengan topik ini , boleh baca buku ‘The Hurried Child: Growing Up Too Fast Too Soon’ oleh David Elkind.
Nanti saya sarankan buku-buku lain lagi insya Allah.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Kredit Foto: Brunette Diaries dan koleksi sendiri.
Isteri merajuk, diam, marah, suami pergilah pujuk, bukan jauhkan diri. Wanita bergelar isteri memang ‘complicated dan sukar difahami kemahuannya. Suami perlulah lebih bijak memainkan peranan, memahami gaya bahasa badan dan riak wajah isteri.
Isteri Bila Merajuk, Diam, Marah, Suami Pergilah Pujuk, Bukan Jauhkan Diri
Seringkali apa yang diluahkan tak seiring dengan perkara sebenar yang dimahukan. Ketika isteri terasa hati, berdiam diri, merajuk dan marah bukanlah bermakna suami perlu ‘angkat kaki’, menjauhkan diri mahupun buat tak tahu sahaja. Dalam situasi begini, sebenarnya isteri memerlukan ‘lebih’perhatian dan pujukan daripada suami tersayang.
Untuk fahami lebih lanjut jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini sebagai panduan;
Isteri diam. Isteri merajuk. Isteri marah. Bukan bermakna suami perlu menjauhkan diri. Tindakan begitu hanya membuat dia bertambah sedih dan sakit hati.
Adakalanya bila isteri berkata, “Dah pergi! Leave me alone!” itu maksudnya suami perlu lebih-lebih lagi duduk di sisi, peluk, pujuk. Atau kadang cuma perlu pegang tangannya tanpa perlu kata apa-apa. Bukannya keluar meninggalkan isteri terkontang kanting sendirian.
Begitu juga apabila isteri mengamuk, menjerit berkata benci. Bukanlah bermakna dia betul-betul benci melainkan hatinya terluka kerana perbuatan atau ucapan si suami.
Suami, kalau kata setahun pertama perkahwinan bolehlah beri alasan masih tak mengerti bahasa badan, bahasa wajah pasangan. Namun, bukanlah bermakna kalian selamanya perlu buta mata, buta hati dalam mengenali sifat dan peribadi isteri.
Jangan pernah jemu. Jangan putus asa. Ambil masa untuk belajar mengenali isteri. Usaha itu wajib ada.
Apa yang dibencinya jauh-jauhkanlah. Apa yang disukainya selalulah dilakukan.
Ya, isteri memang makhluk complicated. Namun, sebagai makhluk yang fitrahnya untuk membimbing, melindungi dan mencintai kaum wanita, seharusnya suami tidak mudah rasa putus asa menangani emosi dan tingkah isterinya.
Memikat hati wanita ini bukan setakat waktu sebelum dia menjadi isteri, setelah dimiliki, dibuat seperti hal yang tiada harga.
Bahkan sepatutnya setelah menjadi isteri perlu dilipat gandakan usaha untuk memikat hatinya. Kerana dia adalah isteri, suatu perhubungan yang diiktiraf di sisi Allah. Segala perbuatan yang diniatkan untuk menggembirakan isteri adalah pahala belaka, bahkan termasuk dalam nafkah batin sebenarnya.
Rumah tangga yang terbaik ialah apabila kita jatuh cinta berkali-kali dengan orang sama.
Lebih bagus kalau setiap hari! Kalau tidak, masakan ada pepatah berkata, happy wife, happy life? Ye tak?
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan buat suami dalam lebih memahami isteri. Penting belajar ‘kenali’ isteri, jika ingin bahagia dan harmoni dalam rumahtangga.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Kebiasaannya waktu persekolahan anak-anak ada dua sesi, iaitu sekolah kebangsaan pada waktu pagi dan sekolah agama (KAFA) pada waktu petang. Penting anak-anak diberikan didikan seimbang akademik dan agama untuk keperluan mereka.
Namun terdapat segelintir mak ayah yang ‘tak sampai’ hati dan kasihankan anak-anak untuk ke sekolah KAFA. Memandangkan anak-anak telah melalui tempoh pembelajaran yang panjang di sekolah kebangsaan, serta risau anak penat dan tiada masa untuk berehat. Malah tambahan yuran dan buku-buku juga diperlukan untuk sekolah KAFA.
Buat mak ayah yang masih berkira-kira untuk menghantar anak ke sekolah agama (KAFA) ada baiknya fahamkan perkongsian daripada Puan Azlina Yap ini.
Boleh tak kalau tak hantar anak ke KAFA (sekolah agama petang)?
KESIAN anak PENAT, balik Sek Keb pukul 1 tengahari.Pukul 2.30 petang dah kena ada di KAFA sehingga jam 5.45 petang.Bila MASA anak nak REHAT, buat kerja sekolah dan lain-lain.
Tak payah nak KESIAN (manjakan) anak..
Sebaliknya, KESIANkan diri kita sebagai Ibu Bapa, jika kita MENINGGAL kelak..
Anak kita JAHIL ilmu Agama.
Tak kenal 20 SIFAT WAJIB Allah.
Tak tahu BERIMAN kepada Hari Kiamat, Qada’ & Qadar.
Tak tahu 7 jenis air MUTLAK.
Silibus KAFA pun tak berat mana.Buku Teks pun nipis je.
Anak bawa beg kecik/ringan je pergi KAFA.
Jangan risaukan ‘BATERI’ anak. Kalau pemakanan mereka betul, memang tahan lama ‘bateri’ mereka, tak mudah penat atau mengantuk.
Macam mana pula dengan bayaran/YURAN?
Anak ramai, nak sediakan keperluan Sek Keb, lepas tu KAFA lagi.
Pengalaman saya, PENDAFTARAN KAFA dalam RM 100-200 seorang anak, untuk BUKU dan yuran.Bulanan hanya RM 20.
Jangan Berkira Hantar Anak Belajar Ilmu Agama
Teringat kata-kata seorang Ustaz dalam kuliahnya.JANGAN BERKIRA nak hantar anak belajar ILMU AGAMA. Orang kita, sanggup hantar anak tuisyen berpuluh/beratus RM..Tapi hantar KAFA RM 20 sebulan atau upah Guru Mengaji 2 angka sebulan.Kita rasa BERAT sangat.
Kita niatkan DUIT kita hantar anak belajar agama sebagai JIHAD.
Mudah-mudahan, Allah permudahkan/permurahkan REZEKI kita.
Saya bukan USTAZAH..Saya tak pernah (tak sempat) sekolah KAFA.
Saya tak banyak ilmu agama.Maka, saya nak anak-anak saya bukan sahaja dapat ILMU DUNIA.. tapi juga ILMU AKHIRAT yang mungkin saya sendiri tak boleh bagi.
Sekian perkongsian untuk yang pernah tertanya atau sedang buat keputusan nak masukkan anak ke KAFA.
Masukkan Aiman ke KAFA bermula Darjah 2. (Darjah 1 belum hantar sebab dalam proses pindah rumah)
Hasil Anak Belajar KAFA
Saya TAK KECAM ibu bapa yg tak hantar anak ke KAFA.Saya sekadar nak kongsikan, apa yang saya NAMPAK hasil daripada anak belajar di KAFA.
Anas (7 tahun) cakap, HARAM pegang perempuan. Anas pernah tanya, apa itu air MUTLAK, bersuci, Qubul dan Dubur.Semua itu, katanya cikgu ajar di KAFA.
Apabila saya belek buku Teks Darjah 1 KAFA Anas; Feqah, Akhlak, Tauhid. Ada je yang saya sendiri tak tahu atau terlupa/terlepas pandang perkara yang asas.Jadi, jangan hanya fikir, anak-anak hanya diajar SOLAT dan MENGAJI sahaja.
Seperkara lagi, anak-anak boleh MEMBACA dan MENULIS JAWI dengan LANCAR.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah yang masih belum buat keputusan untuk menghantar anak ke sekolah KAFA kerana risaukan anak penat dan berkira-kira soal duit, semoga perkongsian ini dapat membuka mata. Biarlah anak penat sedikit, asalkan dapat ilmu yang seimbang di dunia dan akhirat.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...