Pelakon dan pengacara Elfira Loy berasa terharu dan dihargai kerana dijemput oleh produk kecantikan dan kosmetik, Wardah Beauty untuk menyaksikan momen bersejarah di Doha, Qatar.
Masjid Khusus Untuk Wanita Muslim
Menurut Elfira, tujuan dia ke sana bagi menyaksikan kerjasama global yang berimpak tinggi antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah iaitu sebuah pusat pembelajaran perintis dan masjid pertama di rantau ini yang dibina khusus untuk wanita Muslim.
“Saya benar-benar merasa dihormati kerana berpeluang terbang ke Doha, Qatar, untuk menyaksikan kerjasama global yang berimpak tinggi antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah iaitu sebuah pusat pembelajaran perintis dan masjid pertama di rantau ini yang dibina khusus untuk wanita Muslim, sekaligus menghubungkan iman dan kepimpinan global.
Kata Elfira, 31, dia sangat terinspirasi dengan kata-kata yang disampaikan oleh ahli panel hebat ketika perbincangan mengenai topik kepimpinan wanita.
“Mendengar panel-panel hebat berbincang tentang kepimpinan wanita benar-benar memberi inspirasi dan mencetuskan pemikiran. Pandangan mereka membuatkan saya meremang dan memberi saya visi baharu untuk masa depan.
Dalam masa sama, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut tersentuh dengan hujah daripada Ibu Retno yang menekankan bahawa pendidikan kepada wanita memberi impak yang besar bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada keluarga, komuniti, dan masyarakat.
“Ibu Retno mengingatkan bahawa “apabila kita mendidik seorang wanita, kita mendidik satu generasi.”
“Dr. Siddiqi memberi galakan untuk “pilih musimmu” iaitu mengingatkan kita bahawa kita tidak perlu lakukan semuanya sekaligus. “Pilih musimmu” untuk menjadi ibu terbaik? Kakak terbaik? Atau pemimpin terbaik? Ambil masa kamu sendiri.
“Dan yang paling saya suka, Dr. Sari berkata bahawa apa sahaja yang dia lakukan, keinginannya adalah supaya diberkati (barakah).
Ads
Ibu kepada dua cahayamata turut berkongsi keterujaannya itu melalui laman Instagram miliknya.
Sementara itu, EVP dan Ketua Pegawai Perniagaan Global ParagonCorp, Amalia Sarah Santi berkata, dalam surah Al Mujadilah, suara perempuan bukan hanya didengar, tetapi juga dimuliakan.
“Meninggikan suara bukanlah tanda kehilangan rasa malu, tetapi adalah perbuatan keimanan. Dalam usaha menyumbang kepada dunia, kita kembali kepada fitrah kita, berpandukan petunjuk-Nya, sebagai cerminan tulen siapa kita yang sebenar.
“Bersama Al Mujadilah, kolaborasi ini akan melahirkan program-program konkrit seperti membina ekosistem global untuk wanita berkembang dan memberi impak.
Ads
Kata Amalia, ada dua bentuk kerjasama yang bakal dilaksanakan iaitu pembangunan dan pelaksanaan program pembangunan kapasiti bagi wanita yang sejajar dengan visi dan misi bersama, khususnya dalam pembangunan kepimpinan.
Selain itu, pertukaran informasi, pengetahuan, jaringan, dan narasumber untuk penyelidikan, pembelajaran, pengajaran, dan pemerkasaan program.
Di samping itu, Dewi Sandra iaitu Duta Jenama Paragon Wardah menyifatkan setiap wanita ada ceritanya, dan setiap suara memiliki kuasa.
Dialog Kepimpinan Wanita
Dalam acara ini turut diadakan Dialog Kepimpinan Wanita Global bertemakan “Leading with Purpose: Women in Faith, Business, and Global Policy.” Forum ini menjadi platform yang signifikan untuk meneroka peranan wanita dalam usaha membangunkan masyarakat yang lebih inklusif dan lestari.
Dialog ini menampilkan penceramah ternama seperti Dr. Sohaira Siddiqui, H.E Retno Marsudi dan Dr. Sari Chairunnisa. Sesi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh isteri Duta Besar Indonesia ke Qatar, Lita Kardatin Hassan dan dimoderatorkan oleh Dewi Sandra.
Ads
Dalam sesi sama juga diumumkan pelantikan Dr. Sohaira Siddiqui sebagai Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact.
ParagonCorp iaitu syarikat kecantikan terbesar di Indonesia melalui jenama utamanya, Wardah, mengambil langkah besar untuk memperluas peranannya di peringkat global dengan menjalin kerjasama strategik bersama Al Mujadilah Women Center, ahli Qatar Foundation.
Kerjasama ini dimeterai melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Dr. Sohaira Siddiqui, Pengarah Eksekutif Al Mujadilah Center, dan Amalia Sarah Santi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Perniagaan Global ParagonCorp.
Majlis ini turut disaksikan oleh YBhg. H.E. Retno Marsudi, Menteri Luar Negeri Indonesia (2014–2024) merangkap Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship of Global Impact, serta Dr. Sari Chairunnisa, Sp.KK,FINSDV, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ParagonCorp di Al Mujadilah Women Center, Doha, Qatar, pada 18 Mei lalu.
MoU ini merupakan langkah strategik dalam usaha memperkukuh peranan wanita berimpak di seluruh dunia.
Paragon Wardah terus komited memperjuangkan kemajuan peranan wanita melalui pelbagai inisiatif seperti Women Space, House of W – Women, Wisdom, Wardah, dan program-program pembelajaran, kepimpinan serta sosial di Indonesia, Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Salah satu program unggulannya ialah Ri’āya Young Adult Stewardship Programoleh Al Mujadilah Women Center.
Watie dituduh mandul, baru tiga bulan kahwin Shuib & akui merancang keluarga buat masa ini. Hari ini netizen menjadi hakim di media sosial. Langsung tidak sensitif dengan sesetengah isu, ada sesetengahnya mempunyai jiwa yang rosak.
Rosak kerana sakit hati melihat orang bahagia, rosak jiwa kerana cemburu orang ketawa serta pelbagai hal lagi. Terkini isteri Shuib, Watie Hanifah menjadi mangsa serangan seorang individu yang menulis komen berbaur sakit hati dan sensitif iaitu hal berkaitan anak.
Watie Dituduh Mandul, Baru 3 Bulan Kahwin Shuib
Mengakui baru tiga bulan berkahwin iaitu pada 23 Jun lalu dan merancang keluarga buat masa ini, dirinya ditohmah sebagai mandul hanya kerana pernah mengeluarkan kenyataan tidak kisah jika tidak dikurniakan rezeki anak sebaliknya akan memberi tumpuan membesarkan empat anak Shuib dan arwah Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra,9, Ariq Matin,6 dan Ayash Affan, 2 tahun.
Dilihat sering berkongsi kebahagiaan dirinya dan keluarga di media sosialnya, Watie bagaimmana pun tidak melenting bila dituduh mandul oleh individu tersebut di instagramnya.
“Cakap jela kau tu dah mandul, kan senang. Orang lepas kahwin mesti nak cepat mengandung tapi kau sampai sekarang tak mengandung lagi.
Akui Merancang Keluarga Buat Masa Ini…”
Walau dihentam individu tersebut, jawapannya masih rasional.
“Saya baru 3 bulan berkahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalua Allah bagi Alhamdulillah & kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur. Sebab ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang.
“Semoga doa awak itu berbalik pada awak… Kalau baik maka baiklah juga untuk awak. Kalau baik, baiklah untuk awak juga,” katanya.
Zulin Aziz sokong tindakan Uyaina. Dalam berkomunikasi, lidah yang kita gunakan untuk bertutur dan tangan yang kita gunakan untuk menulis atau menaip memainkan peranan cukup penting. Kedua-duanya berfungsi untuk mengungkapkan apa yang ada di dalam hati dan akal fikiran kita.
Kedua-dua anggota boleh menjadi punca bagi kita untuk meraih pahala melalui ucapan yang baik, nasihat, dakwah dan menolong orang atau menjadi punca bagi kita meraih dosa melalui ucapan keji, dusta, fitnah dan cacian. Dengan erti kata lain, kedua-dua anggota boleh menjadi sebab untuk kita masuk ke dalam syurga atau masuk ke dalam neraka.
Antara bentuk komunikasi yang dilarang oleh Islam, namun dibimbangi semakin berleluasa dengan pesatnya teknologi komunikasi kini ialah perbuatan mengumpat. Maksud mengumpat atau mengata ialah apabila kita menyebutkan seseorang kepada pihak lain dengan sesuatu perkara yang dibenci olehnya jika dia mendengarnya. Sekiranya dilakukan, kita telah mengumpat dan berbuat zalim terhadapnya meskipun apa yang dikatakan itu adalah benar.
Terbaru Uyaina Arshad telah tampil menegur segelintir netizen yang didakwanya suka mengumpat dan menyebarkan fitnah secara terbuka di media sosial.
Menerusi satu hantaran video di akaun media sosialnya, Uyaina menyifatkan tindakan sesetengah individu yang menuduh dan mengata secara berjemaah sebagai budaya yang tidak beradab dan tidak sihat apatah lagi jika dilakukan tanpa usul periksa.
Zulin Aziz Sokong Tindakan Uyaina
Sewaktu ditemubual Zulin secara lantang menyuarakan pendapatnya. Menurut Zulin dirinya juga sudah tiga kali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang meninggalkan komen berbaur sindiran dan tohmahan.
Akui Zulin bukan semua netizen begitu ini kerana ada sesetengah yang memberi komen positif.
Sebagai manusia yang waras, sepatutnya apa pun yang hendak ditulis menerusi ruangan komen di media sosial tolonglah fikirkan kesannya kepada orang lain agar tidak berlaku tekanan.
“Itulah yang Uyaina hadap terang terangan orang mengata tentang dirinya,”
“Media sosial ni tak ada kawalan. Kalau kita nak ajar tentang kebaikan tak ramai yang mendengar.
“Zulin kalau sound orang versi melawak. Walau marah tapi yang tegur melalui cara melawak,” terang Zulin yang pernah mengalami masalah sama dan telah tiga kali menghantar surat saman kepada netizen.
Beringatlah Kepada Mereka Yang Suka Tabur Fitnah
Tambah Zulin lagi sebagai anak seni dirinya akui banyak dugaan yang ditempuhi. Turut menasihati Uyaina apa yang diluahkan di laman sosial sesuatu yang sangat benar.
“Uyaina inilah asam garam dalam industry seni. Apa yang Uyaina luahkan adalah sesuatu yang betul ini kerana sebagai selebriti ada periuk nasi yang nak dijaga malah kita juga perlu menjaga klien-klien kita,” jelas Zulin. ‘
Buat yang suka menfitnah tentang sesuatu hal yang tidak wujud. Ingatlah jangan malukan ahli keluarga anda.
“Pada yang menfitnah selagi tak kena buatlah tapi selagi tak kena beringatlah! Nanti jangan bila orang dah ambil tindakan undang-undang baru nak merayu.
“Tolonglah fikir dulu sebelum beri sebarang komen di media sosial. Nanti jangan bila dah disaman baru nak insaf. Beringatlah anda juga punya ahli keluarga. Mereka turut akan berasa malu jika anda disaman.
“Zulin pernah keluarkan saman kepada mereka yang menfitnah, ahli keluarga mereka berasa sangat malu sehingga sepupu diorang malu dan DM saya minta maaf. Sata tak suka nak saman orang dah tiga kali keluarkan kertas saman kepada netizen,” kongsi Zulin.
Zulin ketika ditemubual di pelancaran produk MyeongDong Topokki X LAVVANY – SPICY GLOW UP menyatakan dirinya cukup bangga dengan jenama kecantikan tempatan Lavvanya Beauty. Dengan pelancaran produk baharu mereka yang diberi nama Seoulful Shine Lip Nectar dirinya begitu selesa bila dioles di bibir. Pelancaran ini dibuat hasil kerjasama bersama restoran popular Korea MyeongDong Topokki di IOI City Mall Putrajaya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penyanyi kecil molek, Elyana kembali mencuri perhatian apabila memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya tanpa rambut. Namun, ramai yang terkejut dan keliru. Bukankah dia pernah disahkan bebas kanser?
Menjawab persoalan ramai, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, tampil menjelaskan bahawa foto yang dimuat naik di Instagram itu bukanlah gambar terkini, tetapi dirakam beberapa bulan lalu, sewaktu sedang menjalani rawatan kemoterapi.
“Kalau anda tengok gambar di media sosial tu, itu bukan foto semalam. Ia gambar lama, masa saya sedang jalani rawatan. Sekarang ni pun, saya masih teruskan kemoterapi,” ujar Elyana ketika ditemui di Majlis Amal KAWAN, yang menghimpunkan pesakit serta bekas pesakit kanser, semalam.
Walaupun tubuhnya diuji dan jiwanya diasak, Elyana kekal menjalani hidup seperti biasa. Ada suami di sisi, ada dua anak perempuan yang memahami dan ada semangat yang tak pernah mati.
“Saya dan suami saling membantu urus rumah dan anak-anak. Itulah manisnya rumah tangga – susah senang bersama,” luah Elyana yang dikurniakan dua cahaya mata, masing-masing berusia 14 dan 6 tahun.
“Saya ini nampak macam Power Rangers di luar. Tapi sampai rumah, lembik juga. Itulah realiti. Sedih juga bila orang kata saya pura-pura sakit nakkan perhatian. Apa yang saya dapat kalau menipu?”
Bagi Elyana, pengalaman bertarung dengan kanser sejak 2010 bukanlah sesuatu yang ingin diratapi. Sebaliknya, ia menjadi ruang untuk memberi harapan kepada wanita lain yang mungkin sedang melalui perjalanan yang sama.
“Saya nak beri semangat pada mereka. Bila mereka tengok saya masih boleh tersenyum, mereka juga mungkin rasa mahu terus berjuang.”
Di majlis yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Elyana tidak hanya hadir sebagai tetamu. Dia menghadiahkan lagu “Tak Tercapai Akalmu”, sebuah lagu lama yang kini mendapat makna baru—lagu untuk mereka yang sedang mencari kekuatan dalam derita.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.