
Meniti usia 56 tahun, dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan Noniswara masih kekal jelita dan sihat.
Memetik perkongsian Noniswara tentang rahsia kecantikannya, ibu kepada tiga orang anak ini mendedahkan dia tidak mengamalkan sebarang petua.

Bagi Noniswara, cukup sekadar konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat. Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.
“Penjagaan asas kulit amat penting. Setiap hari saya akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapan. Kulit yang kering akan mempercepatkan proses penuaan.
“Saya juga banyakkan amalan ibadah untuk menjaga ‘kolam jiwa’ agar sentiasa gembira dan bahagia.
“Saya bersyukur dengan segala nikmat dan kurniaan Allah SWT. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa saya setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah.”
View this post on Instagram
View this post on Instagram
BACA JUGA: Wanita Pakai Emas Bukan Sekadar Nak Melawa, Nampak Awet Muda Tapi Nak Tarik Aura Rezeki
Rapat Dengan Anak-Anak
Menurut Noniswara, hubungannya dengan anak-anak umpama kakak dan adik, adakalanya seperti sahabat.
“Saya banyak berbual dengan anak-anak antaranya tentang isu semasa, agama dan sentiasa mendengar luahan hati mereka.
“Saya juga bersikap terbuka. Mereka boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan saya.”
Untuk info, Noniswara memiliki tiga orang anak hasil perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon (31), Erysha Emyra (26) dan Nazeer Danish (18).
Harapan & Nasihat Buat Wanita
“Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke akhir hayat saya.

“Semoga Allah SWT memberkati apa jua yang kami sekeluarga lakukan. Harap-harap dapatlah saya melihat kehidupan dan kejayaan anak-anak kelak, InshaAllah.
“Nasihat saya buat kaum wanita, jadilah seorang wanita dan ibu yang baik. Banyak bersabar, sentiasa bersyukur, banyak mengalah, tegas serta rajin melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu.
“Usah mengeluh dan cepat melatah jika ada dugaan-dugaan yang datang. Usah mudah mengamuk dan ‘cengeng’.
“Jangan lupa berdoa dan mohon kepada Allah SWT. Usaha dan doa mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik.”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI