
Cara elak isteri meroyan lepas bersalin, suami kena jadi ‘pil’. Ini penyembuh emosi utama paling murah yang golongan mak-mak perlukan daripada orang yang dia sayang.
Kadang kita cuma ambil tindakan mudah dengan mengupah orang luar untuk jaga isteri selepas bersalin. Padahal ada tip paling jimat untuk buat ibu bersalin rasa disayangi.
Elak Isteri Meroyan Lepas Bersalin

Untuk ketahui lebih jauh tentang isu ini, jemput baca pekongsian sihat daripada Public Health.
Kita selalu ingat tugas suami habis setakat azankan bayi. Lepas itu, serah bulat-bulat pada isteri atau mak mentua untuk jaga pantang.
Fasa berpantang adalah fasa paling rapuh bagi seorang wanita.
Badan sakit, hormon celaru, tidur tak cukup, dan keyakinan diri merudum.
Suami Kena Jadi ‘Pil’

Kajian menunjukkan sokongan suami adalah faktor utama yang menentukan sama ada isteri akan pulih dengan cepat atau jatuh ke lembah kemurungan (Postpartum Depression).
Bila suami ringan tulang, peluk isteri, dan ambil alih jaga bayi otak. Waktu ini isteri akan rembeskan hormon Oksitosin.
Hormon ini bukan saja buat dia tenang, tapi ia juga beri 5 Kesan Ajaib:
1. Emosi isteri lebih stabil dan bahagia.
2. Luka bersalin (Czer/Normal) sembuh lebih cepat.
3. Susu badan lebih meriah (kurang stres).
4. Mengelakkan risiko meroyan (PPD).
5. Anak membesar dengan lebih tenang.
Jadi, jangan jadi ‘Tuan Besar’ di rumah. Jadilah jururawat peribadi, tukang urut, dan pendengar setia dia.
Isteri yang disayangi suami akan “sembuh” dua kali ganda lebih cepat berbanding isteri yang dibiarkan keseorangan.
Sayang isteri, tolonglah dia. Bukan sebab takut bini, tetapi sebab nak bini sihat waras untuk besarkan anak kita juga.
@nadmasrom TIPS SUAMI JAGA ISTERI PANTANG #nadbreastfeedinginfo #breastfeedingcounselor #tipspenyusuan #berpantangdanmenyusubyLCNadMasrom ♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata
Jadi selepas ini pihak suami boleh ambil cakna jika isteri anda bakal melahirkan anak. Tidak perlu mewah tetapi cukup dengan ambil tindakan mudah untuk sama-sama rasa selesa di alam perkahwinan.
Sumber video: Nad Masrom
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




