Ujikaji ini dijalankan sekitar tahun 1940-an, ke atas 2 kumpulan bayi. Satu menerima belaian dan kasih sayang, satu lagi diabaikan tanpa sentuhan pun.
Bila mana Adhwa Adnin, pelajar psikologi pendidikan perlu membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Rupanya, tugasan itu menghantui dirinya, melekat sampai ke hari ini.
Bayi Menangis Lama Diabai, Tak Dirangsang, Lama-lama Macam Shut Down Sendiri
Masa aku belajar psikologi pendidikan dulu (2 sem je dengan Dr Anna Wong), adalah satu assignment ni aku kena buat tentang teori pembelajaran. Buat assignment maka kena banyak membaca.
Ada satu kes ni aku baca dan menghantui hidup aku beberapa ketika. Pada tahun 1940-an, ada satu eksperimen buat di US.
KUMPULAN 1
Baby diletak dalam satu kawasan penjagaan yang bersih, baby crib asing-asing, baby diberi cukup makan cukup susu, mandi, lampin kotor ditukar, sakit diberi ubat, pendek kata keperluan asas semua cukup.
TAPI tak ada hubungan emosi, belaian, sentuhan, kata-kata sayang yang menenangkan, agah-agah bagai tu semua TAK ADA.
Kumpulan baby ni dapat semua keperluan asas tu dan dapat juga BELAIAN, PERHATIAN dan KASIH SAYANG.
HASIL EKSPERIMEN
Dalam tempoh beberapa bulan, baby kat kumpulan pertama SEPARUH meninggal (meninggal tau). Baby kumpulan 2 sihat, ceria membesar dengan baik.
Eksperimen ni dihentikan serta merta sebab kesihatan baby dekat kumpulan pertama terus merosot dibimbangi semua baby akan meninggal.
Baby macam shut down sendiri, senang kata dia tak ada rangsangan, perhatian kasih sayang, dia dah letih nangis dan sakit kat “dalam”.
Sebelum baby meninggal, pemerhatian yang dibuat, baby ni stop gapai-gapai tangan (alah macam baby minta dukung tu), stop cuba buat bunyi berinteraksi dengan penjaga dia, baby diam je dan kemudian meninggal perlahan-lahan, paham sangat maksudnya baby dah rasa putus asa kan? Tak nak hidup dah kan? Kejam betul eksperimen ni.
Ads
Eksperiman King Frederick II Pun Sama Kejam, Semua Bayi Mati
Satu lagi eksperimen yang popular dan dianggap kejam tak berperikemanusiaan juga ialah eksperimen KING FREDERICK II.
Dia nak uji bahasa apa yang akan baby ucapkan kalau tak ada komunikasi peringkat awal daripada penjaga/ibu bapa.
Samalah macam eksperimen kat atas tu, newborn baby diambil, diasing letak satu tempat, nurse boleh bagi baby makan (susu), bersihkan, mandikan, tapi tak boleh sentuh, dodoi dan belai (LANGSUNG TAK BOLEH).
King Frederick II tak dapat pun jawapan atas persoalan dia tu, sebab SEMUA baby tu akhirnya mati (tak dicatat berapa ramai baby terlibat dan berapa kali cubaan untuk eksperimen ni).
Ads
Balik Kepada Cerita Mencari Pengusaha Taska
Dua eksperimen ni aku ingat sangat. Masa aku cari taska untuk Sofea (8 tahun lepas), cara jagaan baby kat taska tu trigger aku. Aku stay kat taska tengok diorang handle baby dari jam 8 pagi sampai 12 tengah hari lebih kurang.
Baby ada 9 orang, diletak dalam satu bilik, yang jaga adik-adik muda lepasan SPM, owner tak ada pun kat sini, dia ada taska-taska lain. Adik dua orang tu tak diberi latihan dan tempoh penyesuaian pun ya.
Memang baby yang nangis dia biar je sampai diam sendiri tersedu-sedu, sebab tak terlayan. Aku kesian juga tengok adik dua orang tu.
Baby sana nangis baby sini nangis, kalau aku pun bingung. Jadi diorang memang urus keperluan asas je, susukan (diorang peganglah baby, kira okay ada ehsan), mandikan, bagi makan, tukar pampers, itu je lah.
Budak yang kuat menangis, nangis je lah, terlangkup hisap jari sampai diam sendiri. Bilik tu kosong lapang, apa toys pun tak ada, apa warna pun tak ada, KOSONG rangsangan untuk baby. Aku berapa hari tak boleh tidur lepas tu tau tak, aku kesian, kesian sangat.
Pelik Tengok Perangai Budak Kat Sekolah..
DUA penulisan aku cerita tentang baby je hari ni. Kadang bila aku tengok perangai budak pelik-pelik kat sekolah, aku selalu terfikir apalah yang dia lalui masa dia baby, macam mana orang layan dia masa kecik.
Sebab aku tahu, semuanya ada sebab. Semua manusia dilahirkan baik dan sweeeeettt, yang mengubah dia persekitaran dan cara dia dibesarkan, kan?
MW : Sebab itulah, kita jangan terlalu bersangka-sangka, sebab tak tau apa sebenarnya yang pernah dilalui dalam kehidupan seseorang itu. Baikkah? Azabkah?
Pengesahan jantina selepas kelahiran bayi sangat penting dalam dalam menentukan kehidupan bayi pada masa akan datang. Akibat kesilapan perubatan boleh merubah segalanya.
Siapa sangka seorang ‘wanita’ dari Arab Saudi hanya menyedari bahawa dia sebenarnya seorang lelaki selepas 21 tahun dilahirkan disebabkan oleh ‘kesilapan perubatan’, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.
Alat Sulit Lelaki Tersembunyi Dalam Perut
Menurut saluran televisyen Al Ekhbariya, individu berkenaan tidak mengetahui bahawa dia mempunyai alat sulit lelaki yang tersembunyi di dalam perutnya.
Semasa kelahirannya di sebuah hospital kerajaan di Riyadh, dia mengalami beberapa kecacatan pada bahagian kemaluan.
Bagaimanapun, doktor menyangka bayi itu adalah perempuan dan keluarganya menamakannya sebagai Randa Shabeli.
Bagaimanapun, semasa umurnya semakin meningkat, Randa semakin curiga apabila dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda akil baligh seorang wanita.
Apabila mengunjungi hospital untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh, dia terkejut apabila diberitahu memiliki alat kelamin lelaki yang tersembunyi di dalam perutnya.
“Pada awalnya, perasaan saya sama sekali pelik, seolah-olah mereka berbohong kepada saya. Ia tidak logik seolah-olah kembali memulakan hidup. Nama dan identiti baharu, tiada kawan dan saudara-mara.
“Kini, saya sepatutnya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kemaluan yang tersembunyi. Seorang doktor mengesyorkan saya perlu pergi ke Britain untuk pembedahan,” kata Randa.
Failkan Aduan
Menurut Al Ekhbariya, keluarga Randa memfailkan aduan kepada bekas Menteri Kesihatan Arab Saudi, namun tiada tindakan diambil.
Bapanya berkata, dia cuba menghubungi hospital tempat Randa dilahirkan tetapi tidak berjaya.
Mingguan Wanita:Tak sangka ada juga kes sebegini. Siapa sangka dilahirkan sebagai ‘wanita’, membesar sebagai wanita’ ‘rupanya secara biologinya adalah lelaki. Kasihan sungguh.
Dukung suami turun dari tingkat 4 untuk rawatan hospital, isteri memang SUPERHERO rumahtangga. Ramai fikir mustahil tapi tiada yang mustahil jika keadaan terdesak. Saat kita bertanya di mana kudrat datang tapi Allah melapangkan segalanya dan memberikan kekuatan demi suami tercinta.
Dukung Suami Turun Dari Tingkat 4
Dalam satu perkongsian dari @hamsatulhamzah dari Muslimah Bangi, dirinya berkongsi kekuatan luar biasa seorang isteri yang akan mendukung suaminya setiap kali ada rawatan susulan di hospital.
Bukan calang-calang kudrat tetapi isteri superhero dikenali sebagai Cikgu June ini akan mendukung suaminya dari tingkat 4 rumah mereka, menuruni tangga perlahan-lahan hingga sampai ke bahagian sebelum membawa suami ada temujanji di hospital.
Jika ramai mengatakan wanita lemah dan hanya tahu bermanja dengan suami tetapi Allah mentakdirkan kehidupan seseorang sangat berbeza-beza. Jika ada yang mengada-ngada mahu harta kekayaan tapi ada suami isteri yang diuji dengan kehidupan biasa-biasa sahaja. Adakala isterilah pencari nafkah utama dalam rumahtangga selepas diuji dengan kesihatan suami yang terlantar saja.
Pengorbanannya mendukung suami yang sakit dari tingkat 4 sangat luar biasa kerana walau dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tapi tulang isteri barangkali diperbuat dari besi jika dalam keadaan tertentu. Ya, isteri memang superhero rumahtangga dan para suami seharusnya bersyukur memiliki isteri yang setia bersama dalam keadaan susah dan senang.
Dari penjelasan hamsatulhamzah ini, difahamkan pengorbanan cikgu June mendukung suaminya berakhir apabila team Muslimah Bangi dengan Kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat akan membantu mengangkat suaminya setiap kali ada rawatan di hospital, syukur Alhamdulillah.
Moga setiap jasa isteri setia dan tabah ini Allah memberikan ganjaran pahala buatnya. Aamiin.
Banyak kelebihan yang dimiliki oleh orang yang bertangan kidal ni.Antarannya memiliki IQ yang tinggi dan dikatakan lebih bijak. Jom semak fakta berikut;
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan,logik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Fakta Ringkas:
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2.Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibu bapa yang juga kidal.
3.Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendifinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenal pasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4.Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
5.Perlu tahu lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
6.Orang kidal kebiasaannya mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah disebelah kanan.
7.Orang Kidal lebih cepat marah.Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, ini salah satu punca mereka sering bad mood.
8.Untungnya orang kidal terbukti jauh lebih cerdas dan bijak daripada yang bertangan kanan.Menurut kajian dari St.Lawrence University,kebanyakkan orang kidal memiliki IQ lebih dari 140.Buktinya, Da Vinci, Michelangelo, Einstein, dan Newton adalah orang-orang kidal.
9. Dari segi kesihatan, orang kidal lebih cenderung mempunyai alahan, mudah mendapat migrain serta lebih cenderung menjadi penderita insomnia.
10.Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan dan mahir bidang komputer, memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. Juara dunia tenis Rafael Nadal merupakan seorang pemain bertangan kidal manakala 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan kidal.
11. Antara personaliti terkenal yang kidal adalah Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Barack Obama, Bill Clinton , Ronald Reagan ,Jimi Hendrix, Angelina Jolie, Tom Cruise, Park Shin Hye, Kim So Hyun, Justin Bieber dan ramai lagi.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.