
Dalam kelam ujian, Tuhan sering menyisipkan cahaya harapan. Bagi pelakon berkarisma, Edika Yusof, cinta sejatinya kepada Nor Hidayah Rusli masih utuh, meskipun badai sempat memisahkan mereka seketika.
Setelah 22 tahun mengharungi suka duka perkahwinan, pasangan ini sah bercerai talak satu pada 5 Mei lalu. Namun, takdir cinta mereka belum selesai ditulis.
Dalam suasana meraikan sambutan Hari Bapa baru-baru ini, Edika dan Hidayah kembali bersua, kali pertama selepas perpisahan. Di meja makan yang mempertemukan mereka demi anak-anak, tercetuslah perbualan jujur antara dua hati yang masih berbekas.
“Alhamdulillah, dipermudahkan. Tapi sebenarnya selepas bercerai kami masih baik dan berkomunikasi. Cuma waktu itu, kami memilih untuk tidak bertemu agar masing-masing dapat bertenang serta muhasabah diri,” ujar Edika.
Pertemuan itu menjadi detik penting. Dalam suasana tenang dan matang, mereka berbincang bukan sekadar tentang hubungan, tetapi tentang keutuhan nilai sebuah keluarga.
Hasilnya, mereka membuat keputusan bersama untuk merujuk semula ketika masih dalam tempoh idah, satu langkah yang disambut dengan rasa syukur dan penuh insaf.
Kini, mereka menanti pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa agama. Walau belum tinggal sebumbung semula, Edika menganggap masa ini sebagai fasa penyembuhan batin, bukan sekadar fizikal.
“Tidak perlu terburu-buru… masing-masing masih dalam fasa muhasabah diri. Sentiasa positif, rendahkan ego serta kenang semula detik indah lebih dua dekad susah senang bersama,” luahnya penuh makna.
Kisah cinta Edika dan Hidayah bukan kisah biasa. Sebelum ini, pasangan ini pernah menjadi contoh masyarakat – bagaimana seorang suami sanggup menjaga isteri yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak, tanpa goyah walau sedikit.
“Saya pernah cakap pada isteri, mungkin saya takkan kahwin lagi kalau berpisah dengannya. Saya lelaki yang setia.
Kalau kereta pun saya tak tukar sejak dulu, apatah lagi pasangan hidup saya,” katanya, menyulam kenyataan dengan ironi lembut yang mencuit rasa.
Rujuk dalam tempoh idah adalah sah di sisi hukum syarak, dan dalam kes ini, ia tidak berlaku secara semberono. Sebaliknya, disertai niat yang ikhlas, muhasabah yang mendalam, serta penghargaan terhadap masa lalu yang telah dibina.
Perkahwinan mereka yang bermula pada tahun 2003, dikurniakan tiga orang cahaya mata, termasuk seorang anak daripada perkahwinan terdahulu Nor Hidayah. Namun lebih dari angka dan tahun, hubungan ini adalah tentang pengorbanan, kesetiaan dan keberanian untuk mencuba lagi.
Kadangkala, cinta yang diuji bukan untuk diakhiri, tetapi untuk dimurnikan kembali.
Semoga percaturan hati yang dipilih Edika dan Nor Hidayah kali ini menjadi permulaan baru yang lebih utuh – bukan kerana tiada luka, tetapi kerana luka itu sendiri yang mengajar mereka erti menghargai.
Sumber : KOSMO! ONLINE
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Impian Dr Fie Tercapai, Nubhan Buka Klinik Gigi Untuk Isteri Tersayang “Rezeki Baby Baru”

Impian Dr Fie tercapai, Nubhan buka klinik gigi untuk isteri tersayang. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Aafiya Kamilia, 5, Ahmad Aafan,4 dan Afzan kini berusia 22 hari.
Syukur alhamdulillah rezeki yang tidak ternilai dari Allah. Selepas menimang caahaya mata ketiga Januari lalu, rezeki Nubhan dan isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek, atau Dr Fie Tawfek begitu murah.
Impian Dr Fie Tercapai
Apatah lagi baru-baru ini Nubhan menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya berkongsi dirinya begitu bahagia apabila impian isteri untuk memiliki klinik sendiri tercapai. Nubhan juga turut berasa sangat bersyukur kerana berjaya menunaikan impian isterinya itu.
“Alhamdulillah… impian isteri saya @drfietawfek dah tercapai! Dia nak sangat klinik gigi sendiri, mungkin rezeki baby baru ni.
“Sebagai suami, saya akan sentiasa menjadi tulang belakang, depan, kiri dan kanan wife saya. Dan merealisasikan impian orang tersayang adalah satu kebahagiaan buat saya,” tulisnya.
Seperti yang umum ketahui Dr Fie merupakan seorang pegawai pergigian namun meninggalkan kerjaya tersebut sekitar tahun 2020 demi menguruskan rumah tangga dan perniagaan bersama suami.
Menurut Nubhan Klinik Pergigian Lantara milik isterinya yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban itu akan beroperasi tidak lama lagi.
Menarik Di Sini : Sanggup Berhenti Kerja, Doktor Gigi Ini Anggap Suri Rumah ‘Pekerjaan’ Mulia
Dr Fie Alami Alahan Teruk, Nubhan Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan Sihat
Ambil Masa 5 Tahun
Seperti mana yang dilaporkan juga, perancangan membuka klinik itu dibuat secara rapi serta mengambil masa bertahun.
“Kalau ikutkan memang isteri pun sudah lama ada impian nak memiliki klinik gigi sendiri. Tapi, saya menasihatinya supaya tidak terburu-buru selain perlu timba pengalaman secukupnya dulu.
“Untuk membuka klinik sendiri adalah satu amanah besar. Bukan sekadar nak buka perniagaan, sebaliknya kredibiliti dalam segala aspek termasuk pengurusan, kemahiran dan sebagainya harus cukup.
“Bagaimanapun, saya dapati isteri kini memang sudah bersedia menggalas tanggungjawab itu. Kesungguhannya dalam bidang rawatan gigi cukup mendalam sekarang,” kata Nubhan.
Mingguan Wanita: Seronok tengok kebahagiaan pasangan suami isteri ini.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Nubhan & Instagram Dr Fie
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekolah Berasrama Bukan Untuk Semua Pelajar & Penentu Kejayaan Akademik, Mak Ayah Jangan Paksa!

Penggal baru bermula. Sudah tentu ada anak-anak yang berjaya mendapat tawaran ke sekolah berasrama dan tak kurang juga menyambung pelajaran ke sekolah harian biasa.
Tentu sekali orang yang paling gembira adalah mak ayah apabila anak dapat belajar di sekolah berasrama, bergaul dengan anak-anak yang pandai dan bijak dengan harapan anak akan berjaya dalam akademik.
Jangan pandang remeh pada sekolah harian biasa. Anak-anak pun mampu berjaya seperti anak yang berasrama. Malah, tak mustahil mak ayah yang bangga, sebaliknya anak tidak seronok bila belajar di tempat baru.
Tak kisah apa pun pandangan, realitinya ada pro dan kontranya bila anak belajar di sekolah berasram dengan sekolah harian biasa. Pandangan daripada Puan Firasysafra Din, tak semua anak mampu hadap dengan keadaan bersekolah asrama pun.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Pintar SATU SUBJEK, Mak Ayah Jangan Beria Hantar Sekolah Khas, Belajarlah Secara Normal
Anak Sekolah ASRAMA Vs Harian, Dua-Dua Boleh Berjaya, Jangan Taksub Dengan Label Sekolah
Mak Ayah Hantar Anak Ke Asrama Ajar Hidup Berdikari, RINDU Lalui ‘Perpisahan Sementara’
Sekolah Berasrama, Tak Semua Anak Mampu Hadap
Bersekolah asrama tak sama macam sekolah harian biasa. Berlipat kali ganda intense. Tak semua anak mampu nak hadap. Kalau pun berjaya habiskan, trauma kat dalam diri tak ada siapa tahu.
Banyak nak kena hadap.
Adapt dengan jadual yang padat.
Pukul 8-1 persekolahan macam biasa. Balik dari kelas, berkejar untuk solat, mandi, gosok baju, makan dan kemudian prep.
Prep pukul 2.30 sampai 4.30 macam tu. Petang waktu riadah. Tidur. Kadang-kadang 1 dorm tidur. Warden sampai mengamuk, halau suruh pergi riadah.
So, ‘riadahlah’ tepi longkap kat padang.
Petang biasanya masa untuk prep diri, basuh/gosok baju. Settle basuh baju, mandi, makan malam, kemudian bergerak ke surau, solat maghrib.
Lepas maghrib terus prep. Ya, prep lagi sampai pukul 10. Pukul 12 dah wajib tutup lampu.
Semua dipaksa. Paksa belajar, paksa main, paksa tidur.
Roll call pulak manjang. Weekend roll call. Kat surau roll call. Ada kes, roll call.
Ni semua benda yang mencuri masa dan exhausted. Kalau sekolah harian, seminggu sekali je ada perhimpunan.
Adapt dengan kawan dan classmate.
Classmate saya yang perempuan semua OK. Yang lelaki? Sampai ke office cikgu jadi isu. Perangai setan sorang-sorang. Sebab apa? Sebab boleh buat geng. Kenal dari sekolah dulu lagi.
Ni benda yang aku rasa sistem kena baiki. Berpuluh MRSM seluruh negara, kenapalah dicampak students dari sekolah yang sama.
Adapt nak jaga diri sendiri.
Yes. Paling struggle dan penat bila kena basuh baju sendiri. Bunyi je ada dobi tapi rotate. Tak silap seminggu 2x je rasanya. Sekali basuh pun limit sorang berapa helai je. So kalau dah lebih kuantiti cemana? Kenalah berus sendiri.
Adapt dengan peer pressure.
Semua budak pandai-pandai. Ada yang gifted. Tidur dalam kelas pun addmath dapat 90. Saya ni siap kena masuk kelas pemulihan. HAHAHA. Pressure lagi.
Adapt dengan peraturan warden yang tak masuk akal.
Nak mendidik, janganlah sampai berbekas benci dalam hati anak didik.
Itu je lah nak cakap. Malas nak ingat macam-macam benda waktu dulu. Hidup dengan rasa takut, rasa berdebar kat sekolah walaupun takbuat salah.
It was hard.
Sekarang saya bolehlah flashback balik suka-suka. Sebab dah matang. Dah pandai self-regulate emosi sendiri. Tapi masa umur saya 16 dulu? Saya trauma.
My life at that time was a cycle of tiredness and frustration.
Anak Minta Keluar Asrama, Pertimbangkan!
Mak ayah, kalau anak minta nak keluar dari asrama. Please facilitate and consider. Don’t judge and be a dictator. Cita-cita mak ayah yang tak tercapai, bukan tugas anak-anak untuk merealisasikannya
Let go of your unfulfilled ambition. Dont imposed it on your child.
When I was 17, I see myself as a failure. Saya tak reti nak mencari dan meminta tolong. It was a struggle. Malam-malam nak study, end up tertido sampai pagi.
Bangun pagi, masuk toilet, saya nangis. Nangis sebab tertido dan tak sempat nak buat revision. Keluar toilet, fake the life that I was forced to live.
Sampai waktu exam. Dah malas nak fikir. Lantak jadi apa. So, mendapatlah kau 5A 4B 1C.
Itulah ceritanya. On a serious note.
Sekolah berasrama bukanlah untuk semua orang dan bukannya satu-satu tempat untuk dijadikan penetu kejayaan akademik.
Boarding school for me is a traumatic experience.
Mingguan Wanita : Tak kisahlah sekolah asrama atau sekolah biasa pun, asalkan anak dapat ilmu dan berjaya.
Sumber: Firasysafra Din
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hampir Setahun Telah Berlalu, Nadia & Anak-anak Belum Terima Sepenuhnya Ketiadaan Suami

Sesungguhnya bukan mudah menghadapi perpisahan, apatah lagi perpisahan yang terjadi bukanlah dipinta. Suami yang selama ini menjadi tempat bergantung harap serta tempat mengadu kasih akhirnya pergi sekelip mata mengadap panggilan Ilahi.
Ternyata ujian ini bukan sesuatu yang mudah buat Noor Nadia Kamaludin, 30 tahun. Tetapi demi anak-anaknya dia perlu bangkit untuk meneruskan hidup.
Biar pun hampir setahun Mohd Fatah Hashim, 35 tahun, iaitu salah seorang dariapada enam anggota bomba yang maut dalam operasi mencari dan menyelamat di lombong berhampiran Taman Putra perdana, Puchong, Selangor meninggalkan isteri dan anak-anaknya, tetapi ingatan mereka padanya tetap utuh.
“Saya memang akui, terpaksa melalui perpisahan dengan suami tercinta secara tiba-tiba memang perit dan payah. Apatah lagi anak-anak yang arwah tinggalkan masih kecil dan perlu kasih sayang seorang abah.
“Arwah suami terlalu rapat dengan anak-anak, sejujurnya sehingga saat ini saya masih belum mampu terima sepenuhnya. Tetapi demi anak-anak, sebagai ibu, saya cuba kuatkan diri kerana bukan mudah untuk hadapi segalanya seorang diri.
“Lebih-lebih lagi, kami hanya tinggal bertiga dan bayangan dia selalu ada. Anak-anak juga tak pernah lekang dari mulut bercerita tentang abah. Biasalah saya juga manusia biasa, kadang kala kuat dan kadang kala jatuh lemah, tetapi demi anak-anak saya tetap tersenyum walaupun di dalam hati, hanya allah yang mengerti,” ungkapnya yang percaya setiap apa yang berlaku sudah tentu ada asbab yang Allah inginkan.
Mencuba Nasib Mencari Kerja
Jelas Noor Nadia, sejak allahyarham suaminya masih ada, dirinya tidak bekerja disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya iaitu penyakit hyper tiroid yang dialaminya.
Namun keadaan sekarang memaksa dirinya untuk mencari pekerjaan yang sesuai bagi menampung keluarga terutamanya anak-anaknya iaitu Nur Medina Aisya Mohd Fatah, 4, dan Muhammad Meqa Al Asyraf, 3, yang kian membesar.
Kini keluarga kecil ini tinggal di Projek Perumahan Rakyat Bandar Uda Utama, Johor Bahru kini hanya bergantung harap pada wang pencen arwah suaminya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anaknya yang bernilai RM 200. Kelak anak-anaknya akan bersekolah, perkara ini mula merunsingkan fikirannya.
Biar pun ibu muda ini diuji hebat, dirinya bersyukur tatkala keluarganya banyak memberi kata-kata semangat untuk meneruskan hidup. Isteri-isteri bomba yang turut sama terkorban ketika kejadian lemas suaminya juga sentiasa berhubung dan memberi semangat antara satu sama lain.
“Alhamdulillah saat saya diuji, orang lain turut diuji sama. Kami mempunyai nasib yang sama, jadi kami sering berkongsi perasaan antara isteri-isteri bomba yang terlibat dalam kejadian lemas itu. Paling utama anak-anak penyebab saya kuat sehinggga hari ini.
“Bergelar ibu tunggal memberi banyak cabaran paling saya antaranya saya masih lagi belajar membesarkan anak seorang diri disebabkan saya mempunyai penyakit. Ada ketikanya saya di pandang serong dan di fitnah hanya kerana status ibu tunggal muda. Apa yang saya nyatakan, semua yang berlaku ada sebabnya dan beri saya pengajaran pada saya serta belajar untuk menjadi lebih kuat,” katanya lagi.

Anak-anak Tidak Pernah Lupakan Abah
Setiap hari sehingga ke saat ini, anak-anak masih tidak pernah lekang menyebut tentang abah mereka. Lebih menikam hatinya, pabila anak keduanya tidak sihat akan memanggil nama abahnya.
Sebagai ibu, sudah tentu hatinya diruntun pilu setiap kali melihat anak-anak sedih meratap kehilangan abah mereka. Apatah lagi mereka masih kecil dan sangat perlukan perhatian seorang “abah”.
“Jika yang bongsu sering memanggil abahnya, kakak pula sering sebut apa sahaja berkaitan dengan abahnya. Macam apa abah selalu beli, macam abah selalu buat dan kakak sayang abah.
“Tetapi Allah Maha Adil walaupun dia ambil suami saya, Allah berikan anak-anak yang penyayang dan sangat memahami kepada saya. Saya juga selalu minta anak-anak doakan abah mereka dan beritahu abah mereka ada dimana.
“Alhamdulillah anak-anak bila di tanya akan beritahu abah tidur di syurga. Biarlah satu masa nanti mereka akan tahu siapa abah mereka, baru mereka akan mengerti apa yang telah berlaku,” ujarnya yang bersyukur dikurniakan suami yang hebat seperti suaminya.
Harapan Noor Nadia hanya satu, semoga Allah mengurniakan kekuatan kepadanya dan anak-anak tanpa suami disisi. Dirinya tidak menafikan terlalu perlu dia pelajari untuk menerima hakikat hidup.
Sesekali untuk menguatkan hati, wanita ini memandang orang yang lebih susah agar dirinya terasa kuat untuk teruskan hidup yang serba mencabar.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI