ED & Pancut Awal: Masalah Lelaki, Ujian Rumah Tangga. Kesihatan Seksual Lelaki Penentu Bahagia?

Share

Masalah kesihatan seksual lelaki, termasuk fungsi ereksi (Erectile Dysfunction, ED) dan pancut awal (Premature Ejaculation, PE) bukan lagi isu terpencil. Kajian antarabangsa mendedahkan bahawa dua daripada tiga lelaki berisiko menghadapinya sepanjang hayat.

Lebih membimbangkan, masalah ini bukan sekadar menjejaskan keyakinan diri lelaki, malah turut mengganggu keharmonian rumah tangga dan kesejahteraan keluarga.

Dr. Ahmad Samhan, Pengarah Urusan HIM Wellness

Menurut Dr. Ahmad Samhan, Pengarah Urusan HIM Wellness, ramai lelaki masih memilih untuk berdiam diri kerana malu. Akhirnya, isteri pula yang mengambil langkah berani tampil mendapatkan nasihat pakar.

“Kesihatan seksual lelaki bukan isu peribadi semata-mata, tetapi mencerminkan kesejahteraan keluarga. Apabila lelaki sihat, rumah tangga lebih bahagia, dan produktiviti hidup juga meningkat,” jelas beliau ketika Seminar Pengukuhan Dan Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki anjuran Klinik Kesihatan Sungai Besi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Punca dan Faktor Risiko

Masalah mati pucuk (ED) dan pancut awal (PE) bukan sekadar berpunca daripada faktor usia. Menurut Dr. Ahmad, punca boleh hadir daripada:

  • Penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis

  • Tahap hormon rendah

  • Gaya hidup tidak sihat termasuk stres dan tabiat merokok

Gambar Hiasan

Faktor-faktor ini sering terlepas pandang kerana masyarakat masih melihat isu ini sebagai sesuatu yang memalukan untuk dibicarakan.

Jalan Penyelesaian: Dari Gaya Hidup ke Rawatan Moden

Berita baiknya, rawatan kini semakin mudah dicapai. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah:

  • Berhenti merokok dan mengawal paras gula

  • Melakukan senaman berkala, termasuk senaman kegel untuk menguatkan otot pelvik.

  • Mengamalkan teknik kawalan semasa hubungan intim

  • Mengambil makanan tambahan berdaftar yang selamat

Bagi kes lebih serius, rawatan moden seperti shockwave therapy membantu memulihkan aliran darah ke zakar sekali gus memperbaiki fungsi ereksi.

Menghapus Stigma, Membina Kesedaran

Seminar yang dianjurkan turut memberi fokus kepada mitos dan fakta berkaitan kesihatan seksual lelaki, pentingnya rawatan awal, serta gaya hidup sihat. Dr. Ahmad berharap usaha sebegini dapat memecahkan stigma agar lebih ramai lelaki berani tampil mendapatkan bantuan profesional tanpa rasa malu.

“Saya percaya kesihatan lelaki adalah sebahagian daripada kesihatan keluarga dan negara. Jika stigma ini berjaya dihapuskan, masyarakat kita akan menjadi lebih sihat dan harmoni,” katanya.

Sebagai sebuah pusat kesihatan lelaki di Kuala Lumpur, HIM Wellness Sdn. Bhd. komited mendidik dan meningkatkan kesedaran lelaki Malaysia mengenai kesejahteraan seksual dan fizikal mereka.

Sokongan mereka selari dengan usaha KKM untuk memperkukuh kesihatan masyarakat melalui pendidikan, konsultasi profesional, serta program kesedaran awam.

“Saya harap program ini dapat memecahkan stigma dan mengubah persepsi masyarakat bahawa kesihatan lelaki adalah sebahagian penting daripada kesihatan keluarga dan negara,” kata Dr. Ahmad.

Kesihatan seksual lelaki bukan sekadar tentang kemampuan seorang suami, tetapi tentang kebahagiaan sebuah rumah tangga. Di sinilah peranan isteri begitu besar. Bukan sekadar pasangan intim, tetapi penyokong setia yang membantu suami melangkah keluar dari rasa malu dan kembali berkeyakinan.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Published by
Rosmah Idayu