Informasi

Dari Kota Kinabalu Ke Sydney, Dunia Menanti Untuk Diterokai Bersama Batik Air

Share

Tokyo ketika musim bunga. Bangkok yang tidak pernah tidur. Maldives dengan air sejernih kaca. Atau mungkin sekadar hujung minggu yang tenang di Kota Kinabalu sambil menikmati matahari terbenam terbaik di Malaysia.

Apa pun definisi percutian impian anda, Batik Air menjadikan dunia terasa lebih dekat dengan rangkaian lebih 60 destinasi domestik dan antarabangsa yang menghubungkan pengembara ke pelbagai lokasi menarik merentasi Asia Pasifik dan Australia.

Dari Kota Kinabalu Ke Sydney. Segalanya mudah bersama Batik Air. Tambang murah, kemudahan menarik dan segalanya ada di sini

Dunia Menanti Untuk Diterokai Bersama Batik Air

Dengan pilihan penerbangan terus dari KLIA serta laluan terpilih dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Kota Bharu, Kota Kinabalu, Johor Bahru,  Penang, Jakarta dan Bangkok, Batik Air menawarkan lebih banyak kemudahan kepada pengembara untuk merancang perjalanan mengikut keperluan mereka. Sama ada percutian keluarga, percutian solo atau perjalanan perniagaan, akses ke pelbagai destinasi kini menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa.

Daripada bandar metropolitan yang sibuk, pulau tropika yang mendamaikan hinggalah destinasi mesra keluarga, setiap lokasi menawarkan pengalaman yang berbeza. Berikut antara destinasi yang wajar dimasukkan dalam senarai percutian akan datang.

Shanghai, Syurga Shopping, Budaya & Percutian Mesra Muslim

Kalau anda jenis yang sanggup menghabiskan masa meneroka pusat beli-belah, mencari produk kecantikan, fesyen atau cenderamata unik, Shanghai pasti tidak mengecewakan. Nanjing Road yang terkenal sebagai antara jalan membeli-belah paling sibuk di dunia menawarkan deretan butik antarabangsa, gedung serbaneka dan jenama tempatan yang mampu membuatkan sehari terasa tidak cukup.

Lantern Festival di Yu Garden antara daya tarikan menarik di Shanghai boleh dialami ketika bercuti ke sini

Selepas puas membeli-belah, nikmati pula sisi klasik bandar ini di The Bund yang menawarkan panorama bangunan warisan menghadap pencakar langit moden Pudong. Tidak jauh dari situ, Yuyuan Garden membawa pengunjung menyelami keindahan seni bina tradisional China yang cukup mendamaikan. Jika bercuti bersama anak-anak, Shanghai Disneyland pula menjadi destinasi yang sukar dilepaskan.

Ghuangzhou Circle by Pearl River menjadi daya tarikan instagrammer ketika berkunjung ke sini

Menariknya, Shanghai mudah diterokai menggunakan rangkaian Metro Shanghai yang menghubungkan lapangan terbang, pusat bandar dan kebanyakan lokasi pelancongan utama.

Pengembara Muslim juga boleh menikmati pelbagai pilihan restoran halal serta mengunjungi beberapa masjid bersejarah di bandar ini. Pilihan penginapan pula cukup pelbagai daripada hotel butik di kawasan The Bund hinggalah hotel mesra keluarga berhampiran Disneyland.

Tidak hanya Shanghai, penerbangan  terus Batik Air ke Guangzhou dan Kunming juga membolehkan pengembara menikmati  perjalanan lebih mudah tanpa perlu melalui transit yang panjang.

Jejak keindahan Guangzhou bermula di Yongqing Fang, lorong klasik yang menggabungkan warisan budaya dengan pesona moden.
Selain Shanghai, Batik Air terbang terus  ke Kunming yang mana banyak  lokasi menarik boleh diteroka dan segalanya mudah untuk dijejaki.

Kedua-dua destinasi ini sesuai untuk percutian membeli-belah, menikmati makanan tempatan, meneroka warisan budaya serta keindahan alam semula jadi. Pastikan pasport masih sah sekurang-kurangnya enam bulan, semak keperluan visa terkini sebelum berlepas dan pilih musim yang sesuai bagi menikmati pengalaman percutian yang lebih selesa.

Sydney Destinasi Yang Membuatkan Seluruh Keluarga Gembira

Sydney antara destinasi yang mampu memenuhi citarasa setiap ahli keluarga. Ibu bapa boleh menikmati panorama ikonik Sydney Opera House dan Harbour Bridge manakala anak-anak pasti teruja menghabiskan masa di Taronga Zoo atau SEA LIFE Sydney Aquarium yang menempatkan ribuan hidupan marin dari seluruh dunia.

Bagi yang gemar membeli-belah, Pitt Street Mall dan Queen Victoria Building menawarkan pelbagai pilihan butik fesyen, produk kecantikan serta jenama terkenal dunia. Selepas tiba di Lapangan Terbang Sydney, pelancong boleh menggunakan Airport Link untuk ke pusat bandar sebelum meneruskan perjalanan menggunakan tren, bas atau feri yang menghubungkan hampir semua tarikan utama.

Sydney punya daya tarikan menarik. Ramai rakyat Malaysia memilih bercuti ke kota penuh ketenangan ini

Pilihan restoran halal juga semakin mudah ditemui di sekitar bandar manakala penginapan di kawasan Circular Quay, Darling Harbour dan Sydney CBD memudahkan pelancong berjalan kaki ke pelbagai lokasi menarik tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kenderaan.

Kota Kinabalu, Healing Singkat Yang Berbaloi

Ada masanya, apa yang diperlukan hanyalah percutian tiga hari dua malam untuk merehatkan minda. Kota Kinabalu menawarkan semuanya dalam satu destinasi daripada laut yang membiru, makanan laut segar hinggalah panorama Gunung Kinabalu yang memukau.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, perjalanan ke pusat bandar hanya mengambil masa sekitar 15 minit menggunakan perkhidmatan e-hailing. Bagi pencinta aktiviti laut, Jesselton Point menjadi pintu masuk ke Pulau Manukan, Pulau Sapi dan beberapa pulau tropika lain yang sesuai untuk snorkeling, island hopping dan aktiviti bersama keluarga.

Dari Kota Kinabalu ke Kundasang, pesona Sabah tak harus dilepaskan

Jika mempunyai masa lebih panjang, teruskan perjalanan ke Kundasang yang terkenal dengan udara sejuk, ladang menghijau dan pemandangan Gunung Kinabalu yang mempesonakan. Sebelum pulang, singgah membeli-belah di Suria Sabah atau Imago Shopping Mall kemudian akhiri percutian dengan menikmati makanan laut segar yang menjadi kebanggaan negeri di bawah bayu ini.

Lebih Fleksibel Untuk Setiap Jenis Pengembara

Bukan semua orang melancong dengan cara yang sama. Ada yang bercuti bersama keluarga besar, ada yang merancang reunion bersama sahabat lama manakala ada juga yang menguruskan rombongan syarikat atau persatuan.

Bagi memudahkan urusan tersebut, Group Fare menawarkan penyelesaian yang lebih fleksibel untuk tempahan berkumpulan sekali gus menjadikan proses merancang perjalanan lebih tersusun dan lancar.

Bagi ibu bapa pula, menghantar anak menyambung pengajian di dalam atau luar negara sering memerlukan perancangan yang teliti. Melalui Batik Student Fare, pelajar layak menikmati diskaun sehingga 30 peratus bagi penerbangan terpilih sepanjang tahun selain elaun bagasi percuma, fleksibiliti menukar tarikh perjalanan dan diskaun penghantaran kargo.

 

Kelebihan ini memberi lebih ketenangan kepada pelajar yang kerap berulang-alik antara kampus dan kampung halaman atau mereka yang bakal memulakan kehidupan di destinasi baharu.

Keselesaan Bermula Sebaik Melangkah Ke Dalam Kabin

Selain rangkaian destinasi yang luas, syarikat penerbangan ini turut menitikberatkan keselesaan penumpang. Ruang tempat duduk yang lebih luas tersedia dalam kedua-dua kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan. Harga bagi Kelas Perniagaan boleh dinikmati pada harga bermula serendah RM499 sehala bagi destinasi tertentu.

Sepanjang penerbangan, penumpang juga boleh menikmati Wireless Inflight Entertainment menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer riba sendiri dengan lebih 150 pilihan filem, rancangan televisyen, muzik dan kandungan hiburan lain.

Penumpang juga boleh menikmati Wireless Inflight Entertainment menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer riba sendiri dengan lebih 150 pilihan filem, rancangan televisyen, muzik dan kandungan hiburan lain.Ruang luas bagi kelas ekonomi. Sangat selesa.

Setiap destinasi mempunyai cerita yang menanti untuk diterokai. Sama ada menikmati keindahan bandar metropolitan, membawa keluarga bercuti atau sekadar menghadiahkan diri rehat yang seketika perjalanan yang dirancang dengan baik sentiasa bermula dengan pilihan yang tepat.

Jom plan percutian keluarga bersama. Segalanya mudah Bersama Batik Air!

Dengan rangkaian destinasi yang luas serta pengalaman penerbangan yang selesa, Batik Air membuka lebih banyak peluang untuk anda mengembara dan mencipta kenangan baharu, satu destinasi pada satu masa.

Layari www.batikair.com.my atau Aplikasi Batik Air untuk ketahui lebih informasi.

Published by
Almaswa Haji Che Ros