Wanita yang penulis kenali iaitu Puan Dzuriasikim Dzulkefli merupakan seorang wanita yang punya peribadi yang cukup lemah lembut namun tabah mengharungi hidup sebagai ibu tunggal.

Seperti ramai wanita lain di luar sana, wanita ini pernah berada di bawah, kecewa dalam hidup dan perkahwinan, sehingga beliau mengambil peluang untuk berpisah dengan bekas pasangan.

Namun tiada sekelumit pun dendam di hati. Seperti mana perkongsian menerusi program FB Live Bangkit Wanita : Kisah Inspirasi dan Sukses (KIS) dengan topik yang dibincang “Usah Jadi Hamba Cinta, Nanti Jerat Diri” disiarkan pada Isnin lalu jam 3 petang Dzuriasikim meluahkan segalanya kepada Mingguan Wanita.

“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”

Terluka memang terluka, tetapi Puan Dzuriasikim atau mesra dengan panggila Kak Zue tidak membiarkan jiwanya hanyut dengan perasaan. Dalam masa yang sama, Kak Zue juga banyak memberi motivasi dan menulis tentang kisah-kisah inspirasi, tip untuk lebih bahagia dan berjaya walaupun masing-masing miliki kisah silam yang tersendiri.

Selepas Bercerai Berkurung Dalam Bilik & Tak Keluar Rumah

Berkongsi tentang pengalamannya di awal penceraian, menerusi FB Live Bangkit Wanita : KIS, Kak Zue akui terpaksa mengambil keputusan keluar dari perkahwinan pada usianya 41 tahun.

“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”

“Saya telah melalui tempoh perkahwinan yang menguji kehidupan dan cabaran bagi saya untuk terus bertahan selepas 20 tahun berumahtangga. Saya telah memberi banyak ruang kepada pasangan dan diri, berfikir sedalam-dalamnya agar saya membuat keputusan tanpa mengikut hati, mencari kekuatan untuk keluar dan akhirnya saya memilih untuk memberi peluang kedua kepada diri saya sendiri.

“Selepas pertimbangkan dengan sewajarnya pada usia 41 tahun saya ambil keputusan untuk keluar dari perkahwinan saya. Pada masa itu saya sudah bersedia,” luah Kak Zue membuka bicara.

“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”
Bersama kelima orang anak-anaknya.

Malah Kak Zue juga berkongsi sewaktu di awal penceraian dia duduk berkurung di dalam bilik dan malu untuk keluar rumah.

“Awal penceraian, banyak duduk di bilik tiga bulan tak keluar rumah, tak tahu apa nak beritahu pada kawan-kawan tak bersedia jumpa kawan sedangkan mereka tak tahupun saya bercerai. Kesian anak-anak, tak sedar masa berlalu begitu pantas. Dalam tempoh tiga bulan berkurung dalam rumah, saya keluar bilik untuk siapkan makanan anak, bagi susu anak. Menangis di bilik, sebab masa tu tak tahu apa nak buat dan tak nampak jalan macamana nak teruskan hidup.

“Saya menangis, dekatkan diri dengan Allah. Kita kalau tak diuji kita tak akan dekat dengan Allah. Apabila dekatkan dengan pencipta kita akan rasa tenang. Pada ketika itu saya tak berkeyakinan untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Paling selamat curahkan perasaan pada Allah.

Tak Pernah Burukkan Bekas Suami Pada Anak-Anak

“Seboleh mungkin saya tak akan ceritakan pada anak-anak. Cuma bila anak dah besar dan memahami baru saya akan kongsi dan anggap mereka boleh terima. Saya tak pernah bercerita keburukan bekas suami pada anak-anak.

IKLAN

“Saya tak pernah buruk-burukkan bekas pasangan, saya seimbangkan. Saya menulis supaya wanita tahu membezakan bila masa perlu kekal dalam perkahwinan dan bila perlu keluar dan jangan terlalu sayang orang lain sampai kita takt ahu bezakan baik dan buruk untuk diri sendiri,” kongsi Kak Zue.

“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”
Sewaktu masih bergelar isteri.
“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”
Kini walaupun sudah berusia 52 namun tetap kelihatan cantik.

Tip Bahagia Lepas Keluar Dari Perkahwinan

“Bila kita sudah menjadi solo atau single semula kita boleh lakukan banyak perkara yang membahagiakan diri. Tetapi saya berikan tips ini bukan untuk menggalakkan perceraian ye. Jangan salah faham. Kita boleh mulakan hidup baru, kejar cita-cita, sambung belajar atau penuhkan semua “bucket list” yang ada. Bila sudah sendiri kita punya me time yang lebih banyak dan gunakan dengan sebaik mungkin. Kita nak tidur jam berapa atau bangun pukul berapa pun boleh atau nak bersiap berapa lama tidak ada siapa akan larang…

“Buat perkara yang tidak kesal kemudian hari. Sentiasa positif dan ingatkan pada diri apa saja takdir yang diberikan kepada kita adalah jalan terbaik. Setiap hari bangun jalani hidup seperti biasa.

“Teruskan berbuat baik kepada semua orang termasuk bekas pasangan. Maafkan semua orang. Sentiasa berfikiran positif dan ingatkan diri yang apa sahaja takdir Allah adalah yang paling baik untuk kita. Allah tidak akan ambil sesuatu dari kita tanpa menggantikan dengan yang lebih baik. Setiap hari bangun dan jalani hidup seperti biasa. Jangan burukkan bekas pasangan atau keluarga mertua. Kalau kita sentiasa buat baik dengan orang kita akan berasa lebih tenang. Orang yang berbuat baik tidak akan pernah menyesal dan jadikan kata-kata ini sebagai prinsip hidup,” tambah ibu kepada lima orang anak ini lagi.

Melupakan Itu Susah Namun Tidak Mahu Simpan Dendam

Puan Dzuriasikim juga aktif sebagai pengajar online dalam bentuk motivasi dan pembangunan diri secara berbayar. Menurut ibu tunggal ini, dia berkongsi banyak perkara berdasarkan dari pengalaman dan ilmu kehidupan yang dia ada, berkongsi tips bahagia serta nasihat kepada wanita yang memerlukan semangat untuk bangkit berjaya.

“Nak melupakan itu, adalah tidak boleh sebab Allah berikan kita akal untuk ingat perkara yang berlaku. Namun orang yang menyimpan dendam ini adalah seperti sedang memegang tali kapal dengan terlalu kuat sehingga sakit dan terluka tangannya. Di saat kita melepaskan, ianya adalah lebih menyenangkan kerana sudah tiada kesakitan. Kita perlu berdamai dengan masa silam,”ungkapnya lagi.

Pengasas Produk K’Hermosa dan Puteri Saadong

Wanita yang berusia 52 tahun ini juga terus bangkit demi untuk anak-anak. Dia sentiasa berpegang dengan kata-kata “everything is going to be ok…(semuanya akan baik-baik sahaja)”. Dia juga tidak menyangka akan ada rezeki sehingga kini menjadi pengasas produk penjagaan kulit wajah K’Hermosa dan minuman herba Puteri Saadong

“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”

IKLAN

Sememangnya kisah yang dikongsi oleh Kak Zue memberi inspirasi kepada wanita di luar sana terutamanya kepada ibu tunggal.

Saksikan video di bawah ini yang mampu memberi pengetahuan dan tip buat wanita yang ingin menempuh kehidupan yang lebih baik.

#mingguanwanita
#bangkitwanita
#kisahinspirasisuksesmingguanwanita

Mingguan Wanita : Kagum dengan keperibadian Kak Zuria yang cekal dan sentiasa ceria walaupun menempuh banyak duagaan dalam kehidupan.

Baca Disini Juga : 

“Menjadi Langsing dan Sihat Impian Yang Tak Pernah Padam Untuk Semua Wanita!”   Dzuriasikim

IKLAN

KIS Dedah Kisah Hidup Wanita Hati Kental, Hapuskan Air Mata Dan Terus Jalan

Isteri Sanggup Jadi ‘IBU TUNGGAL’ Walaupun ADA SUAMI, Hanya Bertahan Demi ANAK

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

“Duduk Berkurung Lepas Bercerai Malu Keluar Rumah, Kasihan Anak Tak Sedar Masa Berlalu Pantas”

 

Cookies Viral Legend 

Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.

Klik ini untuk mendaftar:  https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI