
“Dua talak sudah lama berlaku” itulah antara luahan yang dikongsi oleh penyanyi Amylea Azizan seperti mana dipetik menerusi sebuah portal berita. Rupanya semenjak bernikah dirinya mendedahkan sudah dua kali berlakunya lafaz talak.
Seawal usia perkahwinan lima bulan sudah bermasalah. Namun masalah perkahwinan bersama bekas suaminya Mohammad Aqbar Mohamad dirahsiakan dan tidak mahu berkongsi secara terbuka.
“Rupanya Lepas 5 Bulan Nikah Sudah Bermasalah”
“Sebenarnya, ia situasi yang sangat sukar bagi saya sepanjang tahun lalu. Tapi Tuhan beri ujian dan pada masa sama tunjuk jalan keluar. Bila kita kerja, kita boleh ‘distract’ diri daripada perkara itu, dan secara automatik, kita jadi kuat.
“Secara jujurnya, dua talak itu sudah lama berlaku. Yang pertama pada Januari dan talak kedua dua bulan selepas itu.
Tak Berniat Sembunyi Dari Media
“Bukan niat saya nak sembunyi dari media, tapi bila kita bersuara ketika sedih atau marah, kita mungkin akan terlebih kongsi atau cakap benda yang tak sepatutnya sampai menyesal.
“Perkahwinan kami dah tak berapa okay sejak bulan kelima tahun lalu. Saya lalui fasa demi fasa untuk selamatkan keadaan, tapi tak berjaya,” sambungnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.

Baca Disini : Amylea Azizan Sudah Bercerai “Hormati, Sayangi Ibu Mentua Dan Anak-Anak Tiri Saya. Kami Masih Berhubungan Baik”
View this post on Instagram
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

