Hari Raya pada tahun ini semestinya berbeza setelah lama kita hanya beraya ala kadar dan tidak dapat mengikut tradisi sejak pandemik melanda negara. Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan untuk berkumpul bersama keluarga di pagi Syawal dan menikmati masakan ibu, telah tiba.
NONA Malaysia juga mengambil peluang ini dalam menghasilkan video raya yang cukup dramatik untuk berkongsi nikmat raya sebenar yang akan diraikan semua, pada tahun ini.
Ceritera Raya Cik Nona
Menampilkan kisah Cik Nona yang telah lama tidak pulang beraya bersama mak dan adiknya di kampung, akhirnya Nona kali ini dapat merancang untuk pulang beraya.
Namun atas kesibukan tugas di tempat kerja membuatkan pelbagai masalah timbul termasuklah lambat untuk memohon cuti raya, terlupa membeli tiket bas dan macam-macam lagi.
Berjayakah Nona dan adiknya Azam untuk pulang beraya dan menjalinkan ‘Jalinan Kasih, Selera NONA’ bersama mak mereka? Yang pasti perjalanan mereka untuk pulang ke kampung untuk bertemu ibunda tercinta bukan satu perjalanan yang mudah.
Ads
Macam-macam dugaan yang mereka lalui. Oleh itu jangan ketinggalan untuk saksikan #CeriteraRayaCikNona. Menariknya di mana apabila anda boleh menentukan sendiri perjalanan ceritera raya Nona dan Azam. Selamat menonton! KLIK DI SINI
Gandakan Sedekah Bersama Ketupat Basmathi NONA
Pihak NONA telah mengeluarkan Ketupat Edisi Terhad yang diperbuat dari beras Basmathi iaitu Ketupat Segera yang bermutu dan berkualiti tinggi. Sempena Ramadhan, NONA turut ingin sama-sama mengajak orang ramai untuk menggandakan sedekah.
Dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat – MAIWP, setiap pembelian 1 kotak ketupat basmathi pada harga RM25, NONA akan menggandakan jumlah sumbangan dan akan disalurkan 100 peratus kepada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al- Barakh Malaysia. Jadi, jom semua, kita gandakan sedekah bersama NONA! Dapatkan Ketupat Basmathi NONA Edisi Terhad DI SINI
Ads
Menangi Wang Tunai dan E-Baucar NONA Bernilai Lebih RM2,000!
Bukan setakat itu saja, dalam kemeriahan syawal kali ini NONA turut menawarkan peluang untuk memenangi wang tunai dan e-baucar bernilai lebih RM2,000* dengan menyertai Peraduan Raya bersama NONA.
Hanya ikuti langkah-langkah mudah ini: 1. FOLLOW Instagram @nonamalaysia. 2. Kongsi gambar raya menggunakan AR Filter Raya NONA di IG story anda. 3. Tag @nonamalaysia dan 2 rakan anda. 4. Pastikan akaun Instagram anda adalah untuk tatapan umum.
Para wanita dan resepi masakan sememangnya tidak dapat dipisahkan, dan kadang-kadang bila hari-hari masak, mati juga idea nak masak apa kan?
Sempena hari raya tahun ini, boleh la cuba Resipi-resipi Istimewa Raya NONA!
Sudah tentu perkongsian resipi daripada selebriti media sosial Adlina Suhaimi, Diyana Razipdan Aida Sue akan memudahkan tugas isteri-isteri di dapur dan yang penting dapat menjimatkan masa.
Nantikan resipi-resipi ini dan selamat mencuba.
Selamat hari raya!
Perjalanan kehidupan sering menguji kekuatan Wanita. Bagi Noor Hamisah Binti Mohamed Sha’ari, cabaran yang datang tidak pernah mematahkan semangatnya. Dalam menghadapi kesukaran kewangan yang hampir meragut segalanya termasuk rumah dan kereta, Noor Hamisah atau lebih mesra disapa Kak Mimie bangkit dengan keberanian untuk mengubah jalan hidupnya.
Kini, dia adalah simbol kekuatan dan inspirasi, bukan hanya sebagai seorang pemandu Grab tetapi juga sebagai pendidik kecergasan serta ibu penyayang.
Pernah satu ketika, Noor Hamisah berada di persimpangan hidup. Pekerjaan yang diceburi ketika itu tidak memberikan kestabilan dari segi kewangan sekaligus menyebabkan dirinya terjerumus dalam hutang yang hampir menghancurkan segalanya.
Namun, enggan diri dibelenggu bebanan hutang yang tiada berpenghujung, dia memilih untuk bertindak. Keputusan untuk menceburi kerjaya sebagai pemandu Grab bukan sekadar pilihan, tetapi peluang untuk memulakan hidup baharu.
“Saya sangat berbangga kerana akhirnya dapat membeli kereta impian saya sendiri dan melangsaikan hutang tanpa bantuan sesiapa,” kongsi Noor Hamisah dengan penuh rasa syukur. Keberaniannya membuktikan bahawa kegigihan dan pengurusan masa yang baik mampu mengubah kehidupan.
Selain memandu Grab, Noor Hamisah merupakan seorang jurulatih kecergasan, pekerjaan yang telah lama menjadi minatnya. Baginya, menjaga kesihatan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga sebagai inspirasi kepada orang lain. Sebagai pemandu Grab yang sering duduk selama 8 hingga 10 jam sehari, dia amat menekankan pentingnya aktiviti fizikal untuk mengekalkan keseimbangan hidup.
“Saya tidak akan memandu Grab jika saya mempunyai kelas kecergasan. Saya pastikan tugas saya sebagai jurulatih selesai sebelum mula memandu,” katanya. Semangat ini menunjukkan disiplin tinggi beliau dalam mengimbangi kerjaya dan gaya hidup sihat.
Bagi Noor Hamisah, kerjaya sebagai pemandu Grab adalah peluang yang memberikannya kebebasan waktu. Tidak seperti pekerjaan tradisional yang memerlukan kebenaran majikan, Grab membolehkannya mengatur jadual sendiri, memberi masa yang berkualiti bersama anak-anak, memasak dan menjalankan tugas sebagai seorang suri rumah dengan tenang.
“Kerjaya ini memberi fleksibiliti untuk saya hadir dalam kehidupan anak-anak. Melihat mereka membesar dan menyediakan keperluan mereka tanpa risau tentang kewangan merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai,” kongsinya dengan penuh rasa bangga.
Selain manfaat pendapatan, Noor Hamisah juga menghargai peluang bertemu pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang melalui Grab. Menurutnya, setiap penumpang memberikan peluang untuk dirinya belajar sesuatu yang baharu. Lebih daripada itu, Noor Hamisah turut membantu mereka yang memerlukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
“Saya percaya kerjaya gig seperti ini adalah ruang yang besar untuk wanita menjana pendapatan. Janji rajin dan tahu mengurus masa,” jelas Noor Hamisah, menekankan bahawa kerjaya ini bukan sekadar pekerjaan biasa tetapi platform untuk pembangunan diri.
Keselamatan dan Profesionalisme
Noor Hamisah memuji teknologi keselamatan yang diterapkan oleh Grab, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk wanita. Baginya, aplikasi Grab bukan sahaja memberi kemudahan tetapi juga keyakinan untuk bekerja tanpa rasa ragu.
“Kerjaya ini memerlukan tahap kecekapan, fokus, dan motivasi yang tinggi. Anggaplah ia sebagai kerjaya profesional. Kita juga adalah duta kecil untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia,” pesannya kepada wanita lain yang berminat menceburi bidang ini.
Inspirasi untuk Wanita Lain
Kisah Noor Hamisah merupakan bukti bahawa kekuatan wanita tidak mengenal batasan. Dengan tekad, beliau berjaya mengatasi cabaran, membina kehidupan yang stabil, dan mencipta kebahagiaan untuk dirinya serta anak-anak. Fleksibiliti, dedikasi, dan keupayaan beliau mengurus masa menjadikan beliau sumber inspirasi kepada wanita yang ingin mencari keseimbangan antara kerjaya dan keluarga.
Wanita ini telah menunjukkan sisi berbeza kerjaya gig seperti Grab bukan sekadar peluang pekerjaan, tetapi cara untuk membina kehidupan lebih bermakna. Dengan sikap positif dan keberanian, dia terus menjadi contoh bahawa wanita mampu berjaya dalam apa jua keadaan.
Kempen #SisBoleh Bersama Grab merupakan inisiatif pemerkasaan wanita yang diperkenalkan oleh Grab Malaysia. Ia bertujuan menyediakan sokongan menyeluruh kepada wanita yang menjadi rakan-pemandu dan rakan-penghantar di platform Grab, dengan penekanan khusus pada aspek keselamatan.
Melalui kempen #SisBoleh Grab Malaysia komited untuk memperkasakan wanita dengan menyediakan peluang pendapatan yang fleksibel, latihan kemahiran, dan sokongan komuniti, sekaligus mempromosikan kesaksamaan gender dalam ekonomi gig.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak semua orang mampu menggalas amanah menjaga ahli keluarga orang kurang upaya (OKU). Ada yang hanya melihat dari luar, sekadar berkata “sabar” atau “kuatkan semangat”. Namun, hanya insan yang benar-benar berada di dalam situasi itu yang mengerti betapa besar cabarannya, baik dari segi emosi mahupun fizikal.
Bagi kebanyakan wanita, peranan ini datang tanpa pilihan. Isteri, anak, kakak, malah menantu sering kali mereka inilah yang menjadi tonggak utama dalam merawat, memandikan, memberi makan, mengurus emosi dan menenangkan keresahan insan istimewa yang mereka sayangi.
Cabaran Fizikal & Emosi Yang Menguji
Menjaga ahli keluarga OKU bukan sekadar memberi ubat mengikut waktu. Ia melibatkan tenaga berpanjangan termasuklah mengangkat, mengurus kebersihan, berjaga malam, bahkan menahan sakit badan sendiri. Namun, yang lebih berat ialah cabaran emosinya.
Rasa penat yang berlarutan mudah bertukar menjadi murung. Ada masanya, penjaga berasa terasing kerana dunia luar seakan tidak memahami kesukaran mereka. Ramai wanita mengaku, mereka kehilangan ruang untuk diri sendiri . Hobi, karier, malah kadang kala hubungan rumah tangga turut tergugat kerana terlalu banyak fokus terarah kepada insan yang dijaga.
Seorang ibu yang menjaga anak lelaki berkerusi roda pernah berkongsi, “Kadang-kadang orang hanya nampak senyuman anak saya, tapi tidak nampak air mata saya selepas semua orang pulang.”
Situasi ini juga digambarkan dengan begitu halus dalam drama Rumah Tanpa Luka. Watak utama yang terpaksa menjaga ahli keluarga istimewa memperlihatkan betapa beratnya tanggungjawab itu.
Ada saat-saat di mana kasih sayang bercampur dengan rasa penat, marah dan kecewa. Drama ini membuka mata masyarakat bahawa di sebalik senyuman seorang penjaga, tersimpan luka yang jarang dipertontonkan.
Watak utama lakonan Erysha Emyra bukan sekadar melakonkan watak seorang ibu atau penjaga, tetapi mencerminkan realiti sebenar ribuan wanita di luar sana yang berjuang tanpa henti demi memastikan anak istimewa mereka mendapat kehidupan penuh kasih sayang walau berdepan seribu cabaran. Dalam drama Rumah Tanpa Luka ini, watak Kalsom menggambarkan kepayahannya demi membesarkan Rose, yang dilahirkan dengan sindrom Down.
Seperti yang diserlahkan dalam Rumah Tanpa Luka, tanpa sokongan sekeliling, seorang wanita mudah terjerumus dalam rasa tertekan. Sokongan pasangan, ahli keluarga, malah jiran sekalipun boleh menjadi penyelamat kepada jiwa seorang penjaga.
Sebagai penjaga, kesihatan diri harus diutamakan. Tidur, pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan tidak boleh diabaikan. Jangan segan untuk meminta pertolongan daripada pasangan, adik-beradik atau jiran, kerana penjagaan ialah tanggungjawab bersama.
Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri walau hanya beberapa minit dan lakukan perkara-perkara santai seperti membaca, bersenam atau sekadar menikmati secawan kopi.
Berkongsilah kisah dengan rakan senasib atau sertai kumpulan sokongan, kerana mendengar kata “saya faham” mampu mengubat rasa sepi.
Dalam masa yang sama, didik masyarakat sekeliling supaya lebih peka terhadap kehidupan penjaga OKU, kerana semakin ramai yang memahami, semakin ringanlah tanggungjawab ini.
Kasih Yang Membentuk Ketabahan
Di sebalik segala ujian, ramai wanita mengakui bahawa mereka menemui makna hidup dalam menjaga insan istimewa. Walaupun tubuh letih, jiwa mereka kuat kerana cinta. Senyuman seorang anak OKU, genggaman tangan seorang suami yang sakit, atau sekadar kata “terima kasih” daripada ahli keluarga sudah cukup untuk membayar segala jerih perih.
Inilah inti pati Rumah Tanpa Luka. Rumah tangga atau keluarga yang diuji dengan dugaan tidak semestinya musnah. Dengan kasih sayang, doa dan sokongan, luka itu boleh dirawat hingga akhirnya rumah yang rapuh kembali berdiri, mungkin tidak sempurna, tetapi penuh makna dan pengharapan.
Menjaga ahli keluarga berkeperluan khas adalah ujian besar yang hanya mampu ditanggung dengan kasih sayang dan kesabaran. Seperti yang ditonjolkan dalam drama Rumah Tanpa Luka, walau luka itu tidak kelihatan, cinta seorang penjaga menjadi penawar dan harapan. Masyarakat perlu lebih berempati, kerana dengan sokongan bersama, rumah yang rapuh mampu kembali berdiri penuh makna.
Saksikan Rumah Tanpa Luka, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria atau strim secara eksklusif di sooka.
Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.
Bayangkan dunia ini tanpa kehadiran wanita! Maka hilanglah seri dunia dan kekuatan untuk lelaki. Jangan perkecilkan pengaruh dan peranan wanita dalam kehidupan kita selama ini. Mereka memainkan peranan yang besar dalam rumahtangga iaitu sebagai isteri, ibu, guru, tukang masak, pekerja, sahabat, jiran dan tidak terkecuali sebagai penasihat kewangan keluarga juga.
Selalu kita dengar, wanita digelar sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga. Jelas gelaran ini satu pengiktirafan dan bukti betapa wanita cukup bijak menyusun perancangan kewangan keluarga! Justeru itu, perancangan kewangan yang betul sepatutnya menjadi perkara penting dalam senarai keutamaan komitmen wanita. Sikap ini sebenarnya menunjukkan wanita cukup mengambil berat dalam perancangan kewangan yang kukuh demi masa hadapan keluarga.
Perancangan Kewangan Adalah Satu Proses, Ia Bukannya Produk
Sebagaimana gahnya KLCC setinggi 88 tingkat dibina atas asas tanah yang kuat, begitu jugalah dengan perancangan kewangan kita. Semua maklum bahawa perancangan kewangan melibatkan satu proses yang panjang dan bersistematik. Sememangnya perancangan yang kukuh diperlukan untuk mengurus kewangan secara menyeluruh.
Tidak dinafikan adakalanya wanita dilihat suka berbelanja, namun anda masih boleh mencapai apa sahaja matlamat atau impian sekiranya status kewangan dianalisis dengan baik dan seawal mungkin.
Sebagai permulaan untuk satu perancangan kewangan yang tersusun, segala data akan dianalisis. Proses ini sangat penting untuk mengenal pasti apa yang utama dan sebaliknya.
Sebenarnya analisis ini mampu membantu anda mengelak masalah kewangan yang boleh berlaku di setiap fasa kehidupan. Cabaran di setiap fasa kehidupan kita berbeza-beza, tidak mengenal sama ada kita bujang, telah berkahwin, berkeluarga, tua, muda atau apa sahaja status kita dalam masyarakat.
Elakkan apabila tersepit baharu nak bertindak. Oleh itu, pemantauan secara berterusan adalah sangat penting untuk mencapai matlamat kewangan secara lebih efektif.
Disamping itu, perancangan kewangan boleh dilakukan secara bebas mahupun dengan bantuan perancang kewangan yang bertauliah.
Tetapi perlu diingat ya, perancangan kewangan adalah satu proses jangka masa panjang, ia bukanlah satu produk!
Adakah Ada Perbezaan Perancangan Kewangan Konvensional & Perancangan Kewangan Islam Ini?
Adakalanya kita dalam dilema sama ada ingin memilih perancangan kewangan konvensional atau Islam. Namun jika kita bercakap dari segi objektif, kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk membantu masyarakat mengumpul, melindungi dan mengagihkan kekayaan mereka.
Seperkara yang jelas, perancangan kewangan Islam adalah patuh Syariah; elemen yang sangat penting bagi kita sebagai orang Islam. Selain itu, perancangan kewangan Islam juga perlu selaras dengan prinsip Syariah iaitu tiada unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maysir (perjudian).
Terdapat beberapa komponen penting dalam perancangan kewangan Islam antaranya pengurusan kredit dan aliran tunai, pengurusan risiko dan perancangan Takaful, perancangan pelaburan Islam, zakat dan cukai, persaraan serta harta pusaka dan wakaf.
Tidak perlu lagi ragu-ragu, buat para wanita yang ingin merancang masa depan berlandaskan nilai-nilai Islam, inilah jalan terbaik untuk anda.
Mendapat Keberkatan dan Keseimbangan Dunia & Akhirat
Sebenarnya dengan memilih perancangan kewangan Islam, ia bukanlah semata-mata untuk mendidik kita menjadi kaya. Berbanding perancangan kewangan konvensional, perancangan kewangan Islam sangat menitikberatkan keseimbangan antara dunia dan akhirat.
Kita mengambil kira perkara seperti ibadah, sedekah, wakaf , menginfakkan (memanfaatkan) harta dan melaksanakan rukun-rukun Islam (seperti menunaikan haji dan membayar zakat) dalam perancangan kewangan Islam.
Benarkah Wanita Sukar Merancang Kewangan?
Persoalan ini mungkin benar untuk sebahagian wanita berikutan isu perancangan kewangan agak jarang diketengahkan. Soal gaji kecil, komitmen terhadap keluarga, masalah rumahtangga dan pengurusan kewangan lemah seharusnya tidak menghalang kita memahami kepentingan perancangan kewangan. Ia amat penting agar kita bersedia hadapi cabaran kewangan pada hari ini.
Terdapat beberapa faktor mengapa masih ada wanita sukar merancang kewangan mereka. Antaranya ialah wanita lebih cenderung untuk berhenti kerja atau bekerja sambilan demi menjaga anak.
Selain itu kebanyakan wanita bergantung kepada wang pemberian suami untuk simpanan akaun peribadi mahupun akaun persaraan.
Bukan itu sahaja, purata pendapatan atau gaji wanita biasanya lebih rendah dari lelaki. Kewangan dan pelaburan sering dilihat ‘sinonim’ untuk lelaki dan kurangnya pengetahuan dan kesedaran tentang isu kewangan.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana kita sering rasa kita sudah cukup bersedia untuk masa depan tetapi bencana mahupun kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, malah sekecil-kecil bencana pun boleh menjejaskan situasi kewangan kita. Pada waktu itu sudah tentu kita tidak mahu sentuh wang persaraan!
Perancangan Kewangan Demi Keselesaan Di Hari Tua
Berdasarkan kajian*, wanita lebih cenderung untuk hidup lebih lama berbanding lelaki. Maka wanita perlu memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup sekiranya sesuatu terjadi kepada pasangan.
Tambahan pula, statistik* menunjukkan bahawa purata pendapatan atau gaji wanita biasanya lebih rendah dari lelaki. Sama ada bujang mahupun sudah berumah tangga, kebebasan kewangan merupakan perkara paling penting kerana ia mampu mempersiapkan wanita untuk masa hadapan yang belum pasti.
Oleh yang demikian, penting bagi semua orang untuk merancang kewangan masing-masing, terutamanya wanita.
Semat Azam Untuk Capai Kebebasan Kewangan
Apa juga yang perlukan komitmen kewangan, sebaiknya kita fikir untuk jangka panjang. Perancangan kewangan mengajar kita untuk selalu beringat tentang kemampuan kewangan. Jika dahulu boros berbelanja, namun kini kita akan kaji terlebih dahulu perbelanjaan dan simpanan.
Percayalah dengan adanya perancangan kewangan yang baik, ia dapat membantu kita mencapai financial freedom apatah lagi jika ia tercapai di usia muda. Siapa yang tak suka kan?
Semestinya ia memerlukan disiplin dan usaha yang berterusan. Pilihlah perancangan kewangan Islam agar kita mendapat keberkatan harta walaupun sedikit, tapi besar impaknya dalam kehidupan.
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.