Nak sihat dan cantik, cuba minum dua smoothie ini.

Siapa kata orang yang mementingkan kesihatan tak boleh minum smoothie yang sedap? Bahkan smoothie buah-buahan ini bukan saja sedap, malah kaya dengan pelbagai jenis khasiat.

Dikongsikan dua resipi smoothie yang sedap dan mudah untuk dibuat sendiri di rumah. Yang penting, berkhasiat tinggi untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Smoothie Tembikai Dan Limau Nipis

Bahan-bahan:
3 cawan tembikai yang dipotong kiub
1 sudu makan jus limau nipis
Kiub ais secukupnya

IKLAN

Cara Membuat:
1.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar dan kisar hingga lumat.
2. Tuang ke dalam gelas. Boleh hias dengan hirisan limau nipis untuk lebih menarik.
3. Sedia dinikmati.

Dua Smoothie Sedap Ini Boleh Bantu Anda Lebih Sihat Dan Cantik!

IKLAN

Smoothie Oren, Lemon Dan Halia

Bahan-bahan:
½ cawan air
½ cawan jus oren (perah sendiri)
¼ inci halia – kupas kulit dan cencang
1 sudu teh minyak kelapa (pilihan)
Kiub ais secukupnya

IKLAN

Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga lumat.
2. Tuang ke dalam gelas.
3. Sedia dinikmati.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI