Dua beradik maut dilanggar lori, “Dua itu sahajalah anak Saya.”
Allahu berat sungguh ujian buat ayah ini, apabila kehilangan kedua-dua anaknya serentak akibat kemalangan jalan raya.Lebih memilukan, kedatangan Syawal yang tinggal beberapa hari sahaja lagi tanpa anak-anak di sisi apatah lagi itu sahajalah anak yang ada.
Dua Anak Meninggal Serentak
Suasana pilu menyelubungi kawasan kediaman dua beradik, Nayli Ulfa Farizuddin,15, dan adiknya, Nur Amni Farizuddin, 11, yang maut dilanggar lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan di sini pada Selasa.
Tiada kata-kata yang dapat diucapkan bapa mereka, Farizuddin Mat Saad, 52, untuk menggambarkan kesedihan selepas dua anak perempuan kesayangannya itu meninggal dunia serentak.
Farizuddin berkata, dia tidak menyangka Nayli Ulfa dan adiknya, Nuf Amni yang begitu rapat sejak seminggu akhir ini akan pergi buat selama-lamanya bersama.
“Mereka sebelum ini sama seperti adik beradik lain, kerap bergaduh tetapi akan berbaik semula, ibarat air dicincang tak akan putus.
“Tetapi dalam seminggu akhir ini mereka sangat rapat, buat apa sahaja bersama-sama, pergi ke mana-mana pun berdua hingga hari kejadian semalam pun mereka masih berdua,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Desa Mentari di sini pada Rabu.
Beli Makanan
Dia berkata, semasa kejadian, Nuf Amni membonceng motosikal yang ditunggang kakaknya, Nayli Ulfa untuk membeli makanan.
“Sebelum mereka keluar saya nampak mereka naik motor, tapi itulah, benda nak jadi dah sampai ajal.
Ads
“Dua itu sahajalah anak saya, saya reda,” katanya.
Farizuddin berkata, dia mengetahui berkenaan kemalangan tersebut selepas kejadian terbabit dikongsi oleh salah seorang rakannya menerusi aplikasi WhatsApp.
“Saya dapat tahu dalam jam 9 malam selepas Isyak, masa itu saya di surau. Persatuan komuniti ada yang kongsi kejadian tersebut dalam grup WhatsApp mengatakan ada dua budak kemalangan.
“Mula-mula itu saya tak tahu siapa, lepas saya tengok gambar saya terus cam itu motosikal saya.
“Saya terus telefon anak tetapi tidak berangkat. Kemudian saya telefon lagi sekali tetapi orang lain yang angkat,” katanya.
Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian jenazah kedua-dua anaknya itu sudah ditutup dengan kain.
“Sampai sahaja saya nampak dah ditutup dengan kain, saya berkata dalam hati memang anak-anak aku dah tiada.
Ads
“Saya pun pergi buka kain untuk melihat dan memang betul kata hati saya, memang itu anak saya,” katanya.
Belum Buat Persiapan Aidilfitri
Menurut Farizuddin, dia belum membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri memandangkan bercadang untuk pulang beraya di kampungnya di Kedah selepas sekian lama tidak pulang berikutan Covid-19.
“Baju raya semua belum beli lagi, masih dalam perancangan,” katanya.
Maut Dilanggar Lori
Memetik laporan Sinar Harian pada Rabu melaporkan kejadian dua beradik maut akibat dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Taman Medan di sini sekitar jam 8.54 malam pada Selasa.
Ads
Polis dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum dilanggar oleh lori terbabit.
Hero Kedua Emma Maembong. Emma dan suaminya Shazli mendirikan rumah tangga pada Februari 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel. Terbaru Emma kini ibu kepada dua orang anak.
Empunya diri selamat bersalin anak lelaki keduanya seberat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan pada 10 Mei 2023.
Hero Kedua Emma Maembong
“Hello Sayang, Selamat Datang Ke Dunia” itulah antara ucapan daripada rakan artis buat Emma. Malah berita gembira tersebut dikongsikan menerusi laman sosial Instagram Emma dengan memuat naik sebuah video pendek bersama bayi lelakinya itu.
“ALHAMDULILLAH, @EMMA_MAEMBONGOFFICIAL WE GOT ANOTHER ONE,” TITIP SUAMI EMMA, MUHAMMAD SHAZLI AZHAR.
Alhamdulillah
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi ucapan tahniah.
Syawal Penuh Bermakna
Paling membahagiakan Syawal kali ini cukup gembira apabila munculnya ahli keluarga baharu. Belajar dari pengalaman melahirkan anak pertama Emma kali ini mengelak dari membazir.
“Saya dan suami memang merancang untuk menimang cahaya mata dalam tempoh berdekatan dengan anak pertama kami agar barang dan perkakasan bayi yang sedia ada dapat dipakai semula. Tak perlu beli yang baharu.
“Cuma selepas bersalin nanti saya hanya perlu berbelanja untuk keperluan diri dan bayi. Itu sahaja.
“Saya belajar daripada kesilapan. Ketika mengandungkan Shariq dahulu saya banyak membeli benda yang tak perlu. Sekarang saya tak mahu membazir, pakai sahaja apa yang ada,” jelasnya seperti mana dilaporkan menerusi Utusan Malaysia.
Mentor pertama Malaysia. Bukan calang-calang untuk mendapat pengiktirafan untuk membimbing danita dalam bidang angkasa. Banyak saringan dan cabaran sebelum bergelar mentor.
Satu yang cukup membanggakan buat Malaysia apabila beliau diangkat sebagai mentor pertama dalam program Mentor Space4Women Anjuran UNOOSA ini.
Mentor Pertama Malaysia Antara 100 Peserta Terpilih Seluruh Dunia
Dr. Norilmi Amilia Ismail, 41 tahun adalah pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau terpilih sebagai satu-satunya mentor Malaysia dalam program Space4Women.
Projek Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Hal-Ehwal Angkasa (United Nations Office for Outer Space Affairs – UNOOSA) itu ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan kerjaya angkasa dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam kalangan wanita seluruh dunia.
Projek itu berusaha memastikan penglibatan dan penyertaan yang saksama dalam bidang penerokaan angkasa, sains dan teknologi dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Keempat – Pendidikan Berkualiti dan SDG Kelima – Kesaksamaan Gender.
.
Menurut Dr. Norilmi Amilia, beliau yang terpilih bersama kira-kira 100 peserta seluruh dunia akan berkongsi pengalaman dan membimbing wanita muda (mentee) yang berminat dalam STEM untuk terus maju dalam bidang angkasa.
“Alhamdulillah, saya teruja untuk meluaskan jaringan dalam bidang angkasa setelah berusaha untuk meletakkan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun ini.
“Menjadi mentor ini adalah satu pengiktirafan kepada saya kerana untuk menjadi mentor perlu ada pengalaman dan pengetahuan mendalam dalam bidang ini sekaligus membuktikan usaha saya berhasil,” katanya.
Pernah Ditaja Oleh UNOOSA
Menurut Dr Norilmi Amalia lagi, beliau sudah lama terlibat dalam ‘space education’ ini. Malah beliau ambil kesempatan untuk memohon sebagai mentor bila pihak UNOOSA menjemput mana-mana yang ‘expert’ dalam bidang angkasa.
“Alhamdulillah selepas disaring, akhirnya dipilih oleh pihak UNOOSA. Lagipun, sebelum ini saya pernah ditaja oleh UNOOSA untuk hadiri persidangan women4space di Korea pada bulan Ogos lalu,” katanya lagi.
Baru-baru ini, Dr. Norilmi Amilia turut terlibat membimbing 11 anak pelajar Kejuruteraan USM yang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama Malaysia dipilih untuk melancarkan roket dalam pertandingan Spaceport America Cup 2022 pada 21-25 Jun yang merupakan persidangan dan pertandingan pelancaran roket berkuasa tinggi antara universiti yang terbesar di dunia.
Latarbelakang Dr. Norilmi Amalia
Beliau berasal dari Kuala Selangor dan merupakan anak ketiga daripada 5 adik beradik. Ibunya seorang guru berpencen dan bapanya adalah bekas juruteknik.
Dr. Norilmi Amalia telah mendapat Ijazah Pertama dalam Kejuruteraan Aeroangkasa di USM. Selepas itu, beliau menyambung pengajian Master dalam bidang Space Mission Analysis anf Design di University of Glasgow, UK dan ijazah kedoktoran (PhD) di universiti yang sama.
Beliau mula mengajar di USM pada tahun 2012. Pada masa sama, beliau dan rakan-rakan turut menubuhkan NGO berkaitan dengan angkasa iaitu Malaysia Space Initiative (MiSi), lima tahun yang lalu, malah turut memgang jawatan Presiden pertama untuk NGO tersebut.
Pada November 202, beliau menubuhkan syarikat di bawah nama Spaceln yang merupakan spinoff company USM. Ia bermula dengan produk satelit untuk pembelajaran dan kini sedang membangunkan satelit loT bersaiz piko uang akan dilancarkan ke angkasa pada May 2023.
Lebih membanggakan, beliau turut memenangi zgeran Superb Teraju pada awal tahun lalu bagi projek loT atelit ini dan baru-baru ii memenangi MDEC IdeaKita.
Mingguan Wanita : Tahniah Dr Norilmi Amilia, terus sukses dan berjaya harumkan nama negara dan membantu anak didik dalam dunia angkasa.
Bukan mudah untuk mengekalkan usia perkahwinan sehingga usia 50 tahun. Selain faktor jangka hayat umur, kesetiaan pasangan juga sangat memainkan peranan penting dalam keharmonian rumahtangga.
Ordinan Ulang Tahun Perkahwinan Emas
Atas usaha ini, sebuah bandar di wilayah Mindanao, Filipina, meluluskan ordinan tempatan yang memberi ganjaran wang tunai berjumlah 50,000 peso (RM4,146) kepada pasangan yang berkahwin melebihi tempoh 50 tahun, lapor portal berita Coconuts.
Majlis Perbandaran Malaybalay meluluskan Ordinan Ulang Tahun Perkahwinan Emas bagi menggalakkan kesetiaan berterusan antara pasangan suami isteri serta perasaan menghormati kesucian ikrar perkahwinan.
“Ordinan ini merupakan pengiktirafan terhadap (pasangan berkahwin) bagi sumbangan mereka kepada masyarakat. Keluarga yang teguh berdiri merupakan asas bagi masyarakat kita,” kata Ahli Majlis Perbandaran, Niko Aldeguer di akaun Facebook miliknya.
Di bawah ordinan tersebut, hanya pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang menetap di bandar Malaybalay selama sekurang-kurangnya enam tahun layak untuk menerima insentif wang tunai itu.
Bagi perkahwinan poligami pula, hanya perkahwinan pertama yang berdaftar layak untuk menerima sumbangan itu.
Mingguan Wanita: Memang bukan mudah untuk mengekalkan usia perkahwinan hingga mencapai 50 tahun. Semoga inisiatif dan ganjaran ini dapat memberi inspirasi buat pasangan lain untuk kekal setia bersama-sama pasangan hingga ke akhir hayat.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!