Kredit foto: Berita Harian

Betapa besarnya pengorbanan barisan hadapan melawan virus Covid-19 hingga mengorbankan nyawa sendiri. Seorang doktor pakar yang merupakan warga Malaysia di United Kingdom menjadi salah seorang mangsa Covid-19. Sesungguhnya pemergian mendiang memang di luar jangkaan.

Dirinya bukan sahaja disayangi ahli keluarga, malahan turut disenangi dan dikasihi oleh rakan sekerja kerana dia seorang yang komited dengan tugasnya dalam merawat pesakit dan menganggap teman sekerja seperti ahli keluarga sendiri.

Doktor Pakar Meninggal Di UK, Semua Terkesan

Seorang doktor warga Malaysia yang bekerja di Hospital Kebajikan Wanita Birmingham, United Kingdom (UK), Dr R Vishna, dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Sesawang rasmi Yayasan Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham hari ini, melaporkan mendiang yang lebih dikenali sebagai Vish, adalah seorang Pakar Perunding Neonatal di hospital berkenaan.

Ketua Eksekutif hospital terbabit, Sarah-Jane Marsh, menyifatkan Vish seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi serta disayangi rakan sekerjanya.

Mendiang juga sangat berdedikasi dalam hal menjaga serta merawat bayi dan keluarga mereka.

IKLAN

“Kematian Vish adalah sesuatu perkara yang di luar jangkaan dan memberi impak besar terhadap isteri, anak perempuannya dan bidang Neonatal.

“Kita mesti mengingati setiap nilai murni yang disebarkan mendiang, semua visi dan sifat keberaniannya akan terus ditanam dalam hati. Moga tuhan merahmati Vish, berehatlah dengan aman,” katanya.

Sumbangan Mendiang Akan Terus Dihargai

Sementara itu, pengarah perubatan hospital berkenaan, Dr Fiona Reynolds, berkata sumbangan mendiang sebagai pakar perunding neonatal akan terus dihargai masyarakat setempat yang disifatkan sebagai insan yang amat berdedikasi terhadap bidang kerjanya.

IKLAN

“Mendiang sudah merawat ramai pesakit ketika beliau bekerja sebagai Pakar Perunding Neonatal di Birmingham.

“Vish akan sentiasa berada dalam ingatan kami,” katanya.

Suami & Bapa Penyayang

Isteri mendiang, Liza dilaporkan berkata, mendiang seorang suami dan bapa penyayang kepada anak mereka, Katelyn.

IKLAN

“Vish turut disayangi keluarga dan rakannya yang berada di Malaysia dan Trinidad.

“Mendiang komited terhadap kerjanya, rakan sekerja pula dilihat sebagai ahli keluarga baginya.

“Semua pesakit yang dirawat dan dilayan seperti ahli keluarganya, saya sangat bangga dengannya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

MW: Semoga Tuhan melindungi petugas barisan hadapan di negara kita untuk memutuskan rantaian Covid-19. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI