Doktor pelatih dibuli hingga trauma, kini terperuk dalam bilik kotor bertahun-tahun. Isu buli tidak hanya melibatkan pelajar sekolah atau universiti. Tapi juga wujudnya budaya buli di tempat kerja.
Memang ada sejenis perangai orang yang merasakan mereka ketua dan semua orang wajib mengikut cakap mereka. Dan kepada pembuli begini, “semoga neraka menjadi tempat abadi sang pembuli…
Memperlihatkan keadaan sebuah bilik yang kotor dan usang dengan sampah yang berlonggok, kita mungkin tak akan mempercayai ianya tempat tinggal seorang doktor pelatih.
Ya seorang doktor yang dibuli hingga mengakibatkan dirinya trauma dan terperuk di dalam bilik kotor.
“Salah seorang mangsa buli ialah Dr S, seperti di dalam video yang kami kongsikan di post inj. Beliau teruk dibuli oleh seorang si durjana di Hospital Tawau semasa beliau dalam latihan Housemanship.
“Teruk sungguh beliau dibuli sehingga depressi teruk dan tidak lagi bekerja sebagai seorang Houseman sebaliknya hanya berkurung dalam bilik untuk bertahun-tahun. Si pembuli pula? Sudah berhijrah ke luar negara dan dalam program kepakaran di sana,” kongsi mereka di media sosial.
Memandangkan kes buli sudah dilihat agak keterlaluan, sejak tiga tahun lalu Hartal Doktor Kontrak akfit menggerakkan kempen menghentikan budaya buli melibatkan doktor dan petugas kesihatan.
3 tahun lepas Hartal Doktor Kontrak menggerakkan satu movement #stopworkplacebullying di mana kami berkongsi cerita-cerita para pekerja kesihatan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dibuli oleh bos dan rakan sekerja. Ada yang dibuli sehingga depresi teruk dan ada yang sampai hampir membunuh diri.
Menurut mereka, sebuah Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) ditubuhkan untuk menyiasat dan memberi rekomendasi tentang masalah buli dan cara menangani di KKM. Pihak Hartal turut dijemput untuk memberi beberapa pendapat dan pandangan kepada pasukan tersebut.
Memandangkan kami melihat sendiri betapa teruknya implikasi kes buli di kalangan para pekerja kesihatan KKM, kami memberi sokongan penuh kepada YBMK Dr Dzulkefly Ahmad dan pasukan yang dijangka melancarkan Garis Panduan Pengurusan Buli di klinik dan hospital kerajaan pada bulan Oktober tahun ini dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan harmoni, bebas ancaman gejala negatif itu.
Semoga isu buli ini dapat dibanteras sepenuhnya bukan sahaja di KKM tapi di sektor-sektor lain juga di seluruh negara.
Kepada Dr S dan keluarga dan ramai lagi mangsa buli yang tidak dapat kami bantu sebelum ini, kami pihak Hartal Doktor Kontrak menyusun sepuluh jari memohon maaf kerana telah gagal membantu anda sebelum ini. Maafkan kami.