
Dr sebak lepaskan jawatan di KKM, akui banyak momen penting bersama keluarga terlepas kerana tuntutan kerja.
Dilema memilih antara kerjaya dan keluarga bukan sesuatu yang mudah buat seorang wanita terutama jika kedua-duanya begitu bermakna dalam kehidupan mereka.
Jika membaca di media sosial, ada wanita memilik kerjaya hebat akhirnya nekad melepaskan jawatan demi orang tersayang.
Perkongsian seorang doktor di Threads, Dr Sindhujah Subramaniam memberikan banyak pandangan selepas dirinya memaklumkan bahawa dia baru melepaskan jawatan sebagai Pegawai Perubatan (MO) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana dirinya banyak terlepas momen penting kerana kesibukan kerjaya sebagai doktor.
Keputusan untuk lepaskan jawatan di KKM
Dr Sindhujah akui bukan sedikit masa bersama keluarga terlepas termasuk janji temu anak selain acara keluarga malah dirinya akui semua itu takkan mampu dirasainya jika masih kekal dengan kerjaya dicintainya.
Turut menyentuh hati, dirinya mengakui dia pernah diuji kehilangan ibu dikasihi ketika masih bergelar house officer (HO).
“Countless oncalls, missed appointments for my son, missed family occasions & too many moments I can never get back.”
Jelas Dr Sindhujah, dia membuat keputusan penting ini dalam hidupnya selepas memikirkan segala aspak.
“Di hospital, seluruh tenaga dicurahkan buat pesakit dengan memberikan rawatan terbaik. Bila pulang ke rumah, tubuh dalam keadaan letih malah tenaga juga sudah hampir kehabisan.
“I’ve spent my whole day being patient, polite & caring to people at hosp, only to come home & realise that the people who love me most are getting the worst version of myself.”
Keputusan untuk berhenti ternyata bukan sesuatu yang mudah. Dalam foto yang dikongsikan di threadsnya, Dr Sindhujah dilihat menitiskan air mata. Satu lagi foto memperlihatkan kad kakitangan hospital miliknya.
Malah, beliau akui meninggalkan kerjaya ini bukan mudah, amat menyakitkan kerana rasa kecintaan terhadap kerjaya.
“Walking away is painful, but this time, I have to choose my family.”
Seperti wanita-wanita berkerjaya yang melepaskan jawatan kerana memilih kerjaya, Dr Sindhujah akui dia mahu mencari semula dirinya dan ada masa buat orang-orang paling penting dalam hidupnya iaitu keluarga.
“I don’t know what the future holds, but I know I want to find myself again, be present for the people who matter most.”
Bagi Dr Sindhujah, meninggalkan kerjaya ini tidak bermakna nilai seorang doktor turut berakhir bersama jawatan tersebut.
“I believe a good doctor will always be a good doctor, wherever they go.”
Kini, selepas bertahun-tahun menjaga dan membantu pesakit, Dr Sindhujah memilih untuk membuka lembaran baharu. Bukan kerana mudah untuk melepaskan tetapi kali ini dia mahu lebih banyak masa untuk pasangan, anak dan dirinya sendiri.
