susu

Rupanya untuk mendapat khasiat dan nutrisi yang terbaik, kena minum susu pada waktu yang sesuai mengikut keperluan tubuh kita. Barulah tidak mengganggu fungsi penghadaman. Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, ada 6 waktu yang paling sesuai disarankan untuk minum susu.

WAKTU SESUAI MINUM SUSU

Betul ke minum susu ada masa tertentu? Jika tidak, nanti mengganggu fungsi penghadaman? Minum susu setiap hari dapat memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita, terutama kalsium dan protein. Namun pilihlah masa yang sesuai mengikut keperluan kita.

1. Pencernaan Sempurna

Untuk mendapat keperluan nutrisi, boleh minum susu pada waktu siang (bersarapan atau makan tengahari) kerana pencernaan susu berlaku dengan lebih sempurna pada waktu siang.

2. Atlet/ Kerja Berat

Jika kita seorang atlet atau melakukan tugas fizikal yang berat, elok minum susu sewaktu bersarapan kerana susu membekalkan tenaga dan protein yang banyak.

IKLAN

3. Waktu Lapar

Jika mudah berasa lapar, lemak dalam susu dapat mengurangkan rasa lapar. Makan tengahari bersama sandwich yang ada banyak sayur. Hadkan pengambilan roti hanya sekeping untuk sandwich. Pastikan ada sumber protein dari telur.

4. Sebelum Tidur

Minum susu juga membantu sesetengah orang untuk mudah tidur. Minum susu hangat bersama minyak zaitun atau serbuk almond atau kayu manis, dapat membantu tubuh dan otak menjadi relaks. Ia memudahkan kita untuk tidur.

IKLAN

5. Keadaan Stress

Bila kita dalam stress, jangan minum kopi yang mengandungi banyak caffine. Minum susu dapat mengurangkan stress kerana susu juga mengandungi asid amino tryptophan yang penting dalam penghasilan serotonin yang membantu kita tenang.

IKLAN

6. Waktu Diet

Siapa kata kita tak boleh ambil susu ketika berdiet? Pastikan tidak minum susu pada waktu malam. Ambil segelas susu 150-250ml setiap hari bagi membantu mengurangkan rasa lapar. Yang bahaya adalah karbohidrat berproses seperti gula, kek, nasi putih dan banyak lagi. itu yang harus dikurangkan atau dihentikan.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat dijadikan panduan. Minum susu pun ada waktu yang sesuai mengikut keperluan tubuh kita. Minumlah pada waktu yang tepat buat kita.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad