Di sebalik sorakan dan kemeriahan konsert Gen:KRU yang berlangsung baru-baru ini, terselit satu kisah cinta yang menyentuh hati. Kisah seorang isteri yang menjadi sumber kekuatan buat suaminya.
Datin Lisa Surihani, figura jelita yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air, tampil membuktikan bahawa di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang sentiasa berdiri teguh di sisinya.
Fokus Tanpa Goyah
Dalam perkongsian di media sosial, Datin Lisa menggambarkan detik-detik menjelang persembahan hari pertama dan Konsert Gen:KRU yang dinanti-nantikan. Menurut beliau, Datuk Yusry ketika itu sebenarnya kurang sihat dan berdepan dengan pelbagai emosi. Namun, sebagai isteri yang memahami dan peka, Datin Lisa menjadi pendorong utama agar suaminya kekal fokus dan tidak goyah.
“Moments before opening. Boleh rasa degupan jantung dia laju. ‘Du’akan i yang’,” tulis Datin Lisa. Satu ungkapan ringkas yang mencerminkan betapa pasangan ini saling memerlukan antara satu sama lain, bukan sekadar dalam suka, malah lebih penting dalam saat genting.
Buat Datin Lisa, memberikan semangat kepada suaminya bukan sekadar dengan kata-kata. Beliau juga cuba menenangkan emosi Datuk Yusry dengan menunjukkan gambar anak-anak mereka, agar senyuman kembali terukir di wajah lelaki yang dicintainya.
Ads
“Kak Chik distract dia sikit, bagi semangat tengok gambar anak-anak, baru nampak dia senyum. Alhamdulillah,” tambah beliau lagi, menunjukkan bagaimana kasih sayang dan kebersamaan itu mampu meredakan tekanan.
Konsert yang berlangsung dengan penuh gemilang itu menyaksikan ketiga-tiga anggota KRU memberikan lebih dari 100%. Malah menurut Datin Lisa, mereka memberi 200% demi para peminat tersayang, Gen:KRU Posse. Ia bukan hanya sekadar persembahan, tetapi simbol dedikasi dan penghargaan terhadap mereka yang sentiasa menyokong.
Ads
Konsert GenKRU di Axiata Arena, Bukit Jalil hujung minggu lalu menampilkan semula trio ikonik, KRU selepas sekian lama, sarat dengan pelbagai elemen kejutan.
Antara yang mencuri tumpuan apabila kumpulan dianggotai tiga adik-beradik, iaitu Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim itu membuat kejutan dengan membawa anak didik yang pernah berada di bawah naungan mereka.
Antara yang terbabit untuk beraksi bersama adalah bekas peserta, Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Adam dan kumpulan Elite menerusi segmen duet.
Sokongan Jadi Bekalan
Perkongsian ini bukan hanya menyentuh perihal sebuah konsert, tetapi memberi gambaran betapa pentingnya peranan pasangan dalam perkahwinan. Dalam kehidupan berumahtangga, sokongan moral dan emosi adalah elemen yang tidak boleh diketepikan. Sama ada di pentas kehidupan mahupun kerjaya, suami isteri seharusnya menjadi benteng semangat dan kekuatan antara satu sama lain.
Ads
Datin Lisa dan Datuk Yusry telah lama menjadi ikon pasangan selebriti yang low-profile tetapi sangat dihormati. Hubungan mereka yang penuh kelembutan, saling menghormati dan menyokong antara satu sama lain menjadi bukti bahawa cinta yang ikhlas dan usaha menjaga perkahwinan akan membuahkan kebahagiaan.
Kini, Datuk Yusry sedang berehat dan memulihkan diri menjelang Day 3 konsert. Datin Lisa, yang mesra dipanggil Kak Chik oleh peminat setia mereka, dengan rendah hati meminta agar semua mendoakan kesejahteraan suaminya serta kejayaan konsert seterusnya.
“Du’akan mereka ye?” – satu permintaan yang penuh kasih dan harapan.
Pasangan ini bukan hanya menampilkan relationship goals dari segi luaran, malah mereka menjadi cerminan kepada nilai sebenar dalam perkahwinan – cinta, sabar, dan sokongan yang tidak pernah putus. Semoga kisah mereka menjadi inspirasi buat semua pasangan di luar sana untuk terus menghargai dan menyayangi antara satu sama lain, dalam apa jua keadaan.
Adakah anda juga menyokong pasangan anda dengan cara yang istimewa?
Pelakon yang baru saja mendirikan rumahtangga, Serina Redzuawan yang juga anak kepada Datuk Chef Wan meluahkan rasa gembira tatkala dapat meluangkan masa bersama dua anak kesayangannya.
Menerusi perkahwinan pertama bersama Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, Serina telah dikurniakan dua cahaya mata Tristan Tareef O’luanaigh,11 dan Isabella Saffiya, 9 tahun.
“Rindu Dan Hati Seorang Ibu Hanya Allah Saja Mengetahui”Serina
Kasih ibu kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat. Malah sayang seorang ibu kepada anaknya sepanjang masa tanpa syarat. Begitu juga dengan Serina yang mahu anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah.
“Alhamdulillah dapat spend time dengan buah hati, rindu dan hati seorang ibu hanya Allah saja mengetahui.
“Apa pun kehidupan yg diaturkan Allah adalah sebaik baiknya, Terima kasih Kak Ita my biz partner dan kakak angkat yang sentiasa di sisi saat suka duka.
“Moga Allah SWT saja dapat membalas jasa dan budi baik akak kepada Serina dan Anak anak,” tulis Serina menerusi entri Instagramnya.
Belajar Dalami Al-Quran
Bukan itu saja malah sebagai ibu Serina juga mendoakan anak-anaknya belajar mendalami Al-Quran.
“Tristan Tareef dan Isabella, ibu doakan anak anak ibu jadi anak yang soleh dan solehah,
“Belajar mendalami Al Quran moga menjadi pelindung dan pedoman dalam kehidupan Bella dan Abg Tristan.
“Ibu Love both of u so much always,” sambung Serina.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Sejak mendirikan rumahtangga, Siti Sarah Raissuddin kelihatan cukup bahagia. Malah rezekinya begitu melimpah ruah. Apatah lagi suaminya, Shuib Sepahtu juga memberikan limpahan kasih sayang kepada penyanyi yang pernah popular dengan lagu, Kesetiaan.
Pasangan yang mempunyai tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin ini bukan sekadar bergelar selebriti malah mereka juga begitu aktif dalam bidang perniagaan.
Semalam pada sambutan hari jadi, Sarah yang ke-36 suaminya telah menghadiahkan seutas jam tangan jenama mewah bernilai puluhan ribu ringgit sempena hari jadi ke-36.
Malah Sarah juga begitu terkejut dengan hadiah mewah yang diberikan oleh Shuib kepadanya.
“Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian.Setakat ini, tas tangan berjenama antara yang saya beli untuk ganjaran selepas bekerja keras. Saya bukan suka pakai aksesori termasuk jam tangan sejak zaman sekolah. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan,” katanya seperti yang dipetik menerusi Berita Harian Online.
Moga Dipanjangkan Umur & Dimurahkan Rezeki
Malah pada majlis itu juga Sarah mendoakan agar dirinya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
“Harapnya segala urusan dunia akhirat saya dipermudahkan. Moga saya terus mendapat memberi manfaat dan mempengaruhi orang lain dalam segala segi termasuk perniagaan,” luahnya lagi.
Harap Sarah Boleh Aturkan Masa Dengan Baik – Shuib
Shuib pula menerangkan dia mahu isterinya mengaturkan masa dengan baik.
“Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori. Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik. “Apatah lagi, isteri cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Jika diikutkan, tahun lalu, syarikatnya hampir gulung tikar,” katanya yang baru saja menyambut hari jadi yang ke-36 Sabtu lalu.
Pemilik nama sebenar Suhairil Sunari atau lebih popular dengan panggilan Aeril Zafrel, 33, memaklumkan dirinya positif Covid-19 menerusi keputusan ujian calitan yang diperolehi pada Rabu.
Memandangkan kes harian Covid-19 kini semakin meningkat sesiapa saja boleh dijangkiti virus jahat itu.
Perkongsian pelakon yang juga suami kepada Wawa Zainal dan bapa kepada tiga orang anak ini juga mengejutkan ramai pihak. Menerusi akaun Instagramnya, Aeril turut memberitahu pengurusnya juga sah positif Covid-19.
Aeril Zafrel Positif Covid-19, Berkemungkinan Dapat Jangkitan Daripada Pengurus
Aeril turut menjelaskan dia berkemungkinan mendapat jangkitan daripada pengurusnya yang mengalami demam beberapa hari lalu sebelum dia membawanya ke klinik.
“Pada hari Isnin, saya pergi ke rumah pengurus kerana dia demam. Saya ke sana sebab kebiasaannya saya yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni.
“Hari Selasa saya bawa dia pergi klinik dan ambil swab test PCR sekali dengan saya. Keputusan keluar pada Rabu di mana saha dan pengurus disahkan positif,” ujar Aeril.
Segera Buat Ujian Calitan Ke Atas Isteri & Anak-Anak
Susulan keputusan ujian calitan dirinya kini positif, Aeril segera mendapatkan khidmat sebuah klinik untuk membuat ujian calitan ke atas isteri dan tiga anaknya, termasuk semua kakitangannya.
“Swab test RTK kesemua mereka negatif dan masih menanti keputusan PCR pula. Doakan negatif juga,” pinta Aeril.
Pada masa yang sama, Aeril juga kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya sementara menunggu panggilan dan tindakan lanjut daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sekarang saya kuarantin kendiri di bilik atas. Nak isi masa 10 hari ini dengan macam-macam aktiviti. Doakan yaa.
“Sekarang pengurus saya dah tak demam lagi, tapi tetap kuarantin kendiri,” tulis Aeril.
Kisah menyayat hati seorang ibu di Kampung Binjai apabila anak sulungnya disahkan menghidap kanser pangkal otak tahap kritikal. Ketahui perjalanan rawatan dan bantuan yang diterima keluarga ini dalam menghadapi ujian berat.