Ads

‘Doa Papa Tak Pernah Putus’ Norman Hakim Mohon Doakan Anak & Calon Peperiksaan SPM

‘Doa Papa Tak Pernah Putus’ Norman Hakim Mohon Doakan Anak & Calon Peperiksaan SPM

Esok anak-anak tingkatan lima, atau calon SPM 2020 Batch 03 bakal menduduki peperiksaan SPM. Begitu juga dengan anak pelakon Norman Hakim bernama Danish Hakim ini. Terharu dengan permintaan anak, ayah ini usaha menenangkan dan memberi kata-kata semangat.

Dalam kiriman pesanan untuk si ayah, Danish memohon agar ayahnya mendoakan kejayaannya untuk score 7A dalam subjek yang diambil. Pada masa yang sama Norman juga memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat calon peperiksaan yang lain.

Doakan Abang Seluas Rezeki.. – Danish Hakim

‘Doa Papa Tak Pernah Putus’ Norman Hakim Mohon Doakan Anak & Calon Peperiksaan SPM

Tulis Danish, “Salam Tahajud Papa. Doakan abang luas rezeki, kaya berjaya dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan. Sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan mendapat score straight A’s untuk 7 subjects paper yang bakal abang hadapi mulai esok, insyaAllah.

“Abang minta maaf banyak buat salah kat papa. Terima kasih besarkan dan sayang abang. Abang sayang Papa.”

Dan ayah ini membalas dengan tenang, memberi kekuatan semangat buat anaknya.

Ads

Waalaikumsalam, abang sayang. Doa Papa buat abang tak pernah putus sejak hari pertama papa azankan abang kat telinga kanan dan iqamah kat telinga kiri abang pada 24/3/2003. Abang pernah berdepan dengan cabaran lagi besar sebelum ini masa nak syahadah hafazan 30 juzuk Al-Quran kat Turki 3 tahun lepas.

Masa tu kitaorang semua jauh dan Alhamdulillah dengan bantuan Allah, abang berjaya sempurnakan. Kali ni in shaa Allah abang dah berusaha yang terbaik untuk berdepan dengan SPM.”

Hubungi Para Guru, Mohon Maaf & Minta Halalkan Ilmu

Malah, Norman Hakim turut menasihati anaknya itu agar menghubungi para gurunya untuk memohon maaf dan mohon keberkatan ilmu daripada mereka.

Ads

Jangan putus berdoa dan minta bantuan Allah s.w.t dan para malaikat di sekeliling. Sekejap lagi call@whatsapp semua guru-guru subjek yang 7 tu dan semua guru-guru yang pernah mengajar abang sebelum ini.

Minta maaf dengan diaorang jugak dan paling penting mohon diaorang halalkan segala ilmu yang pernah di’ijazah’kan pada abang. I love u so much. Put Allah s.w.t first, in shaa Allah, u’ll never be last.

Selagi letak Allah no.1, in shaa Allah abang tak perlu risau dan takut dengan apa jugak dalam dunia ini. Abang akan terus berjaya dunia akhirat selagi letak Allah s.w.t, cara hidup Rasulullah s.w.w & Al-Quran dalam HATI.”

Ads

Akui Norman lagi, paparan nasihat untuk anaknya itu adalah sekadar berkongsi dan berpesan-pesan dari hati buat batch 03 yang bakal menduduki SPM bermula esok, termasuk anaknya sendiri, @danishhakimofficial

Mohon satu Malaysia sama-sama mendoakan kejayaan buat mereka semua.”

Norman Hakim terharu anak bagi duit belanja, walaupun tak pernah minta.

MW : Mendoakan agar urusan calon SPM batch 03 dipermudahkanNya dan mendapat ketenangan di dalam dewan peperiksaan.

Sumber/Foto : Norman Hakim

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu & Anak Rentung Dalam Kebakaran Rumah, Terperangkap Di Ruang Tamu...

Satu tragedi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth pagi Rabu semalam cukup menyayat hati bila mana seorang ibu ditemui rentung bersama anak angkatnya berusia sekitar 4-5 tahun. Lebih menyedihkan, kedua-duanya ditemui di ruang tamu rumah berhampiran pintu keluar dalam rumah yang hampir terbakar keseluruhannya.