DJ Lin dedah ada individu mahu lihat dia mati. Allahu sedih sungguh tatkala membaca luahan hati Penyampai Radio Suria FM, DJ Lin.
Seperti yang dikenali sejak awal sosok tubuh bernama DJ Lin ni seorang yang sangat baik, peramah dan tidak sombong. Setiap kali bertemu dengan DJ Lin dia akan bersalaman erat dan berlaga pipi dengan penulis. Sememangnya orangnya sangat kental apatah lagi kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal dan juga kuat bekerja.
DJ Lin Dedah Ada Individu Mahu Lihat Dia Mati
Seperti mana perkongsian menerusi Harian Metro, rupa-rupanya sejak memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016, hospital ibarat sudah menjadi rumah keduanya.
Malah dia kehilangan suara selama hampir sebulan dan sejak itu, masalah demi masalah kesihatan dialami sehinggalah ke hari ini. Pada awalya DJ Lin tidam mahu mengaitkan penyakit dihidapi dengan unsur mistik, namun kesengsaraan yang dihadapi sejak 2016 memaksa dirinya mencuba cara rawatan Islam. Itupun atas saranan keluarga, rakan-rakan serta peminat.
“Saya pernah ke Singapura untuk bertemu seorang mufti bagi mengenal pasti penyakit yang saya alami. Sebelum bertemu dengan mufti berkenaan, saya sebenarnya sudah berjumpa dengan ramai perawat.
“Kesemua mereka memberikan gambaran orang yang sama, malah sewaktu sakit teruk sekitar 2021 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sembilan hari, saya mendapat bayangan orang yang sama seperti diberitahu perawat.
“Ketika itu keadaan saya memang sangat teruk, saya kepanasan dan merasa seperti disalai di atas api. Saya dalam keadaan koma sehinggakan keluarga dan rakan-rakan menganjurkan majlis bacaan Yasin kerana keadaan saya pada waktu itu seperti tiada harapan lagi untuk hidup.
“Alhamdulillah, mungkin semangat saya kuat untuk terus melawan menyebabkan saya masih mampu bertahan sehingga kini. Tetapi saya tahu insan berkenaan tidak akan berdiam diri dan saya percaya dia tidak senang sebaliknya akan terus lakukan sesuatu supaya hidup saya sengsara,” kongsi DJ Lin.
Ads
Badan Sudah Rosak
DJ Lin juga turut meluahkan mufti dari Singapura ada memberitahu badannya sudah rosak.
“Kata mufti itu, kalau ikutkan keadaan badan saya sudah rosak dan sebenarnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Tapi disebabkan belum ajal dan juga semangat saya yang kuat jadi saya masih bertahan kerana individu itu mahu lihat saya mati.
“Tapi katanya lagi, saya akan sembuh dan sihat jika saya tinggalkan bidang radio. Jika saya tidak percaya, dia kata cuba tinggalkan bidang itu dan cuba bidang lain kerana insan itu tidak akan senang duduk.
“Bagaimanapun saya tidak akan sesekali tunduk atau takut, cuma saya perlu sentiasa bersedia. Apa yang saya perasan, setiap kali kajian untuk kedudukan stesen radio dilakukan awal tahun dan akhir tahun, mesti saya sakit dan berada di hospital.
Tidak Akan Serik
“Bagaimanapun saya tidak akan serik, saya akan tetap terus bekerja dan menaikkan lagi nama Suria FM.
Ads
“Saya hanya akan meninggalkan Suria FM selepas saya berasa puas dan berjaya melonjakkan nama stesen radio kami,” sambungnya.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kuih siput, mungkin boleh menjadi salah satu kudapan untuk hari raya nanti. Tapi tak perlu tunggu raya pun, bila-bila masa pun boleh. Sebab boleh dikatakan kuih lejen juga.
Memandangkan hari raya, rata-rata akan hidangkan biskut raya. Apa kata, untuk mak-mak selitkan kudapan lain supaya tidaklah bosan dengan hidangan yang lebih kurang sama semuanya.
Salah satu yang boleh mak-mak sediakan tentulah kuih siput, salah satu kudapan yang boleh buat kita ‘ralit’ bila mengunyahnya.
Nak buat pun tak adalah susah sangat dan inilah perkongsian daripada Rosni Musa, resipi kuih siput yang dia sendiri buat jualan.
Memang betul, kuih siput ini saya buat untuk jualan. Tapi tak salah nak kongsi resipi yang ada. Moga ia memberi manfaat buat semua.
Bahan-bahannya:
1kg tepung gandum
200ml @ 1 kotak kecil santan
1 ketul kiub pati ikan bilis
170gm @ 6 sudu makan marjerin
2 paket rempah kari ikan/daging @ 3 sudu besar.
1 sudu garam
2 sudu makan gula halus
250ml air
* Boleh jugak letak sebiji telur.
3. Panaskan marjerin
4. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan garam
5. Masukkan juga gula halus.
6. Masukkan rempah kari.
7. Hancurkan kiub bilis & letak dalam adunan.
8. Gaul bagi sebati.
9. Buatkan lubang tengah. Curahkan marjerin yang telah dicairkan.
10. Gaul lagi sampai jadi serbuk roti.
11. Kemudian masukkan santan & air. Ikut sukatan, santan & air ni memang cukup-cukup untuk 1 kg tepung.
12. Uli sehingga doh tak lekat di tangan.
13. Sediakan acuan kuih siput. Ambil secubit doh.
14. Gentelkan ke atas acuan.
15. Buat sampai habis.
16. Panaskan minyak. Goreng kuih siput yang telah siap digentel.
17. Masukkan daun kari.
18. Goreng dengan menggunakan api sederhana perlahan sampai bertukar warna keperangan. Agak-agak dah ringan boleh di angkat. Masa ni kacau sentiasa agar kuih siput masak sekata.
19. Bila dah garing & toskan.
Mingguan Wanita : Biasalah kalau nak buat ambil masa. Tapi bila dah makan, sekejap saja. Ralit bila mengunyah.
Berita baik buat golongan mak-mak, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menjana suasana yang kondusif dalam negara, khususnya dari aspek kestabilan ekonomi dan pendidikan, bagi membantu menyejahterakan peranan kaum ibu mendidik dan menyediakan anak-anak mereka mengharungi kehidupan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Hari Ibu semalam berkata tindakan itu penting bagi merealisasikan potensi mereka (anak-anak) sebagai generasi masa depan untuk negara.
“Bersempena dengan Hari Ibu tanggal 13 Mei 2018, saya merakamkan penghargaan kepada ibu-ibu di seluruh negara, hatta di seluruh dunia di atas kesungguhan serta segala pengorbanan mereka di dalam mendidik anak-anak.
“Untuk semua ibu tersayang, selamat menyambut Hari Ibu 2018,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook dan Twitter beliau.
Sehubungan itu, Presiden PKR itu berkata Kerajaan PH menghormati dan menyanjungi tinggi semua ibu tanpa mengira bangsa dan agama selain berdoa agar masyarakat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan keluarga di bawah kepimpinan kerajaan baharu.
Pelantikan Dr Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Perdana Menteri, sebaik parti itu diisytiharkan menang dalam PRU14.
Semoga nasib golongan mak-mak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan yang baru terbentuk ini.
“Bayi yang dibawa ke hospital cedera di kepala dan muka.” Seorang bapa cuba menipu anaknya ditendang lembu, padahal anaknya itu cedera disebabkan kecuaian dirinya.
Sebenarnya kejadian malang itu berpunca apabila sang bapa mengundur kereta dan terlanggar anaknya.
Bayi Cedera Di Kepala Dan Muka
Seorang bapa cuba menipu apabila mendakwa bayi perempuannya berusia setahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, cedera di kepala dan muka akibat ditendang lembu.
Namun, bayi warga negara Myanmar itu rupa-rupanya dilanggar lelaki berusia 27 tahun itu ketika mengundur kenderaan dipandunya, semalam.
Bapa Cuba Menipu
Kejadian dipercayai berlaku malam tadi di kediaman mereka di daerah Kubang Pasu dan petugas HSB pada 10.56 malam dimaklumkan bayi itu cedera akibat ditendang lembu ketika bermain di luar rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G Suresh Kumar berkata, bagaimanapun hasil siasatan yang dijalankan polis mendapati mangsa dipercayai dilanggar oleh bapanya ketika mengundur kereta di kediaman mereka.
Beliau berkata, bayi perempuan terbabit cedera di kepala dan muka melecet dan keadaan terkini mangsa dilaporkan stabil, tetapi masih di bawah pengawasan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSB.
“Susulan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiaya, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian.
“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Suresh Kumar berkata, siasatan juga dilakukan bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana suspek disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, bagi kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun dan sebat tidak kurang dari tiga sebatan.
“Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan itu ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mingguan Wanita : Jika bapa ini tak bersalah, mungkin dia tidak akan cuba menipu. Semoga kejadian ini memberi pengajaran buat mak, ayah di luar sana dan sentiasa memantau keselamatan anak di rumah.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.