
Isi Kandungan
ToggleHari raya makin menjelang tiba. Walau pun tahun ini sambutan hari raya tak seperti tahun-tahun lalu, tapi budaya membersihkan rumah dan menghias cumah cantik-cantik tetap diadakan.
Bila tilik kipas siling dalam rumah, cuba mak-mak tengok keadaannya, nampak masih ok atau dah nampak buruk dan berkarat? Hah, ini lah waktunya untuk bagi cantik sikit kipas siling tanpa beli baru.
Modal Tak Besar..
Sebenarnya, boleh DIY je, boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar ataupun nak kena tukar kipas yang lain. Dengan hanya menggunakan semburan ‘Spray Paint’ sahaja.
Cara nak buatnya pun mudah sangat. Hasilnya nanti, kipas siling lama nampak baru dan Cantik, Tak Payah Beli Yang Lain. Kan Jimat!
Bahan Diperlukan Untuk DIY:
Cat Semburan ‘Spray Paint’ (Ikut Suka Pilihan warna)
Kipas Siling Lama
Scrapper (pengikis)
Kain pengelap
Cara-Cara Bersihkan Kipas Siling:
Langkah 1: Buka dan bersihkan bilah kipas dengan kain lap, kikis sisa karat yang ada pada bilah kipas.
Langkah 2: Semburkan dengan spray paint warna pilihan anda.
Langkah 3: Biarkan semalaman atau tunggu sehingga ia benar-benar kering dan pasang semula kipas tersebut.

Siap!
Selamat mencuba!
INFO EKSTRA!
Botol Cat Semburan ‘Spray Paint ini boleh didapati di kedai-kedai hardware, Kedai Alat Tulis mahupun kedai serbaneka.
Sumber:Ieda Norida via Dunia DIY
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Bujang Ini Buktikan Bajet 1K, Dekorasi Flat 2 Bilik Tampak Elegan!

Siapa sangka dengan bajet bawah RM1000, dekorasi dalaman rumah flat 2 bilik yang terletak di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini mampu ‘setanding’ dekorasi kediaman lebih ‘mahal’ lain.
Lelaki yang menggunakan akaun Facebook Muhd Faddie ini berharap dekorasi bajetnya dapat memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai impian untuk tinggal di dalam kediaman yang menepati citarasa sendiri.
“Saya berharap dapat memberi lebih banyak inspirasi kepada orang di luar sana bahawa lelaki bujang juga boleh ada rumah sendiri yang selesa. Saya juga mahu supaya orang luar lebih bekerja keras untuk mencapai apa yang diimpikan meski bukanlah dari keluarga yang serba berada dan mewah.Tapi usaha yang gigih, pasti akan dapat mencapai keinginan itu.”


Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi berkata tempoh ubah suai kediamannya mengambil masa lebih kurang 3 bulan.
“Untuk cat, tidak sampai seminggu. Manakala untuk beli barang, beli sikit-sikit sahaja tiap bulan. Saya kena kumpul duit dulu dan cari mana yang sesuai dengan tema rumah.
Lagi pun saya bujang. Semua kena keluar duit poket sendiri. Nak beli sekali gus tu susah sikit. So setiap bulan saya akan spend 2-3 cabinet atau hiasan untuk cantikkan rumah. Dalam masa 3 bulan complete yang basic punya.
“Barang semua beli banyak yang terpakai. Beli dari carousel, Ikea, Kaison, Shopee. Ada juga diy sendiri je.”


Murah Tapi Berbaloi
Lelaki berusia 29 tahun ini berkata biar murah barang yang digunakan asalkan sesuai dengan tema rumahnya.
“Dengan bajet 1k, beli barang keperluan dengan harga yang paling minimum mungkin tapi berbaloi, biar murah, tapi tampak elegannya.
“Saya pun bukan kerja berjawatan tinggi. Kerja sebagai promoter biasa, dengan gaji bulanan 2000 ke bawah.
“Bukan semua saya boleh spend duit gaji untuk cantikkan rumah. Saya kena hulur kat parents, utilities and so on.”



Jangan Membazir
Jika ada yang ingin cuba menghias dan menyusun atur dekorasi dalaman rumah, ini tip yang dikongsi Sufriadi.
“Pada saya, apa yang perlu adalah jangan membazir, beli ikut bajet dan keperluan. Yang penting kena beli barang ikut kesesuaian rumah. Tak kisah kalau kita beli barang terpakai, asalkan kita tahu camne nak bagi kehidupan baru pada sesebuah perabot.

“Mungkin kita boleh diy, tukar warna, supaya ia kelihatan baru semula. Tip saya adalah kita kena tahu tema apa yang kita mahukan. Dari segi warna perabot, cat dinding, dan aksesori. Pastikan semua tampak selari.
Penggunaan ruang sangat penting, kita mesti nakkan rumah yang nampak luas walaupun hakikatnya kecil. Tapi kselesaan itu amat penting. Konsep rumah yang kita nak juga haruslah sepadan dengan kehendak.”
Sumber: Muhd Faddie
Baca lagi di sini:
Siti Fairuz Bijak Dekorasi Rumah, Sesuai Dengan Tiga Anak Lelakinya Sedang Membesar & Lasak
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuma RM1,300 Makeover Rumah Flat Sewa, Guna Konsep ‘Simple Modern’

Isi Kandungan
ToggleSebelum berpindah ke rumah flat ini, Siti Mariam Kamsan dapat kepingan foto kediaman yang bakal disewa. Katanya, hari pertama masuk rumah tak boleh tidur memikir macam mana nak jadikan rumah yang bakal didudukinya itu nampak teratur.
Dengan kemahiran yang ada, Siti Mariam dan suami mengubah kediaman sewa yang biasa-biasa menjadi luar biasa. Cantik sungguh konsep ‘simple modern’ yang digunakan. Terus berubah seratus peratus rumah sewanya itu.
Kongsinya lagi, “Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk TV kabinet, chest drawer, sofa bed, tikar getah, beli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaligus.”
Ini Kisah Makeover Rumah Flat To Simple Modern Style
Yeahhh! Akhirnya siap jugak buat kerja gila make over rumah sewa flat ni taww!
Kalau orang cakap rumah sewa je pun beriya kau ni, Oh no! Jiwa aku bukan jenis terima je duduk rumah bersepah, bersemuih. Sakit mata iollss. Nak duduk 24 jam ni.
Kerja idea dan pemilihan perabot adalah dari aku. Tapi kerja-kerja pemasangan pula oleh suami tercinta. Tak pernah seumur hidup dia mengecat rumah hari raya ke -2. Nasib PKP memang tiada tetamu datang. Terima kasih sudi melayan bini.
Tak Boleh Tidur Fikir Pasal Rumah
Masa mula-mula dapat gambar rumah ni, mesin basuh tu ada kat ruang tamu. Dalam kepala ni banyak kerja aku nk buat ni. Hari pertama masuk rumah tak boleh tidur gaiss pikir cemana nak bagi rumah nampak kemas teratur. Sikit-sikit plan untuk make over ni.
Kebanyakan perabot beli dari Shopee & Lazada. Diselitkan sekali details harga kedai Senang korang nk survey nanti.
Semoga memberi sedikit inspirasi untuk kawan-kawan dekor ruang tamu masing-masing juga.
Ps : Rumah sewa pun boleh deco juga.
Detail Kos Makeover Rumat Flat Sewa
Ruang Tamu
Ruang Makan

Dapur
Penting Dalam Bab Deko
Baca sini : Duduk rumah flat tiada tanah, masih boleh berkebun secara self-watering, gantung
*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis, Siti Mariam Kamsan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kena AJAR & GUIDE BUKAN SURUH” Prinsip Ibu Ini Amalkan Housekeeping, Rumah Maintain Kemas

Isi Kandungan
Toggle“Kena ajar & guide bukan suruh” prinsip ibu ini amalkan housekeeping, rumah maintain kemas. Sudah tentu rumah yang kemas pastinya idaman kebanyakkan orang, namun hakikatnya ia agak susah dilakukan apabila mempunyai anak kecil.
Pastinya ibu-ibu mahukan tip kemas rumah dengan mudah dan tidak berselerak. Rumah asyik bersepah, ini teknik mengemas rumah agar sentiasa bersih.
“Kena AJAR & GUIDE BUKAN SURUH”
Panduan mudah kemas rumah dari Puan Sheila Samsudin ini pastinya cukup bermakna. Jom ikuti tip bagaimana maintain rumah kemas dan bersih walaupun ada anak-anak sedang membesar.

“1 je prinsip saya amalkan iaitu HOUSEKEEPING!
“Rules rumah saya yang utama ialah SETIAP BARANG BERADA DI TEMPAT MEREKA SENDIRI!
“Maksudnya bila dah guna barang tersebut, suami dan anak-anak kena letak balik barang tersebut di tempat dia. Ni rules paling utama dalam rumah saya. Bila rules ni semua ahli rumah ikut, confirmed tak bersepah rumah.
“Anak-anak memang saya didik mereka dari kecil rules ni. Contoh mereka balik dari sekolah, bag sekolah mesti kena letak terus di tempat bag sekolah, socks terus letak dalam washing machine, kasut letak terus dalam shoe rack & water bottle terus letak dalam sink. So mereka balik dari school keadaan rumah tetap sama seperti sebelum diaorg balik. Ni memang rutin mereka, if not saya akan tegur dan suruh buat lagi dan lagi (fasa awal ajar diaorg) sampai benda ni jadi rutin diaorg.
“Begitu juga mainan. Dah puas main bersepah atas lantai, bila dah tak nak main mereka kena terus simpan. Ni pun dari kecik kena didik. Ayat saya dari mereka kecil memang tak lekang di bibir “put them back” macam berzikir ayat tu.
“Sampai lah sekarang mereka dah sekolah, anak-anak tahu tugas housekeeping. Saya tak sekat anak-anak lasak dan bermain walaupun bersepah ketika main, tapi rules kena ikut bila dah habis main. Sebab tu rumah saya sentiasa kemas.
Hanya Boleh Makan & Minum Di Meja Makan
“Rule makan minum pula ialah hanya boleh makan minum di Dining Table. Memang takkan boleh nya anak-anak makan atas karpet ke, atas sofa, dalam bilik atau selain dari dining area lah.
“Setakat ini sofa rumah memang sentiasa bersih walaupun warna beige dah 4 tahun. Ya warna yang parents selalu takut bila ada anak kecik.
“Kalau mereka makan tumpah saya tak marah. Buat apa nak marah bising-bising kan? Better ajar dia ambil kain, basahkan, perah, dan lap apa yang tumpah tu.
“Kalau perlu sapu, suruh anak-anak ambil vacum atau penyapu kemudian bersihkan. Masa mereka kecil memang tak bersih la bila mereka lap dn sapu tapi kita ajar lah step by step. Percayalah merka akan mahir lama-lama nanti.
“Pinggan cawan pun mereka kena basuh sendiri tau. Rumah saya tiada keistimewaan untuk ‘lelaki hanya tinggalkan pinggan kotor atas meja atau sink, nanti perempuan basuh’.
“Nope never! Ni rules orthodox. Semua ahli rumah saya basuh pinggan cawan masing-masing. Anak teruna saya start umur 10 tahun masak mi segeraa sendiri pun dia akan basuh semua utensils dan lap semula dapur.
Ajar Dari Mereka Bayi
“Macam sekarang, diaorg suka melukis. Habuk pemadam memang banyak lah kan atas lantai. Tapi anak-anak tahu, lepas habis mereka melukis, Danish mahupun Amanda akan ambil vacum dan bersihkan habuk pemadam tanpa saya suruh. Alatan melukis akan disimpan semula. So keadaan rumah saya maintan kemas macam tak ada aktiviti berlaku.
“Saya train mereka dari baby lagi. Housekeeping ni kena AJAR & GUIDE BUKAN SURUH.
![]()
“Maksudnya, masa anak-anak kecil lagi, lepas diaorg habis main, kita ajak diaorg simpan semula toys dengan cara kita kemas bersama mereka.
“Baby kan suka tiru apa kita buat. Mereka akan ikut kita mengemas. Jadikan housekeeping ini RUTIN! Bukan ada time tertentu untuk kemas. Contoh hanya pukul 4 petang saja kena kemas rumah selepas bersepah, Bukan macam tu tapi SELEPAS SELESAI TERUS LETAK SEMULA BARANG KE TEMPAT ASAL.
Menarik Disini : Laci Penuh Wayar Kabel Berselirat, Kemas Macam Ni Senang Ambil, 15 Minit Siap!
Bila Anak Ramai, Jangan Fikir Rumah Kemas 24 Jam, Ikutlah Kemampuan Jangan Stres!
Jangan Main Sumbar Saja Barang!
“Lagi satu saya amalkan ialah DRAWER MANAGEMENT.
“Setiap almari pasti ada drawer kan? Drawers di rumah saya sentiasa saya kemas setiap minggu. Ni pun rutin yang jangan skip sebab drawer ni tempat paling strategik anak-anak dan kita sendiri untuk mengelat.

“Ya kadang saya pun ngelat juga. Nak cepat main sumbat je apa-apa barang dalam drawer. Tapi sebab tu pentingnya Drawer Management.
“Setiap drawer hanya pegang 1 fungsi. Jangan campurkan semua barang dalam 1 drawer.
“Contoh: Drawer ubat hanya letak ubat. Drawer minyak urut/panas hanya letak minyak. Drawer facemask hanya letak facemask. Drawer stock stationery hanya letak stock stationery. Begitulah seterusnya.
“Dan setiap minggu kena kemas sebab pasti ada barang dah expired, plastik dah kosong, dan barang-barang bukan ahlinya akibat mengelat tu.
Better Late Than Never!
“Bila kita amalkan housekeeping rules ni pasti rumah korang kemas dan bersih sentiasa.
“Oops! tapi kena didik anak dari mereka kecik tau.
“Kalau korang nak start sekarang pun boleh lagi tapi kena berkeras sikit lah dengan ahli rumah sebab bukan rutin mereka sebelum ni. But better late than never!” kongsi Sheila Samsudin.
Mingguan Wanita : Seronoknya lihat rumah sentiasa bersih. Mak-mak ni biasanya kalau tak berleter anak-anak tak nak mendengar kata. Tip dari Sheila Samsudin ni sangatlah berguna.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Sheila Samsudin
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI