DIY Drawer Kena Conteng, “Nampak Mewah Tapi Guna Barang Murah Je…”

Share

Bab DIY, mak-mak kena rajin. Benda biasa, tetiba anak yang kreatif tunjuk hasil seni di dinding dan barang perabot rumah.

Jangan marah dulu sebab benda boleh settle, sebenarnya.

Nak pujuk hati bagi hilangkan rasa marah, mak-mak boleh guna idea yang dikongsi oleh Puan Lailatul Hilalliah

. Serius, hasilnya sangat kebabom!

Jom, DIY Drawer Yang Diconteng!

Cerita asalnya, sebelum kejadian anak lelakinya yang digelar Qaqal menghasilkan seni lukis kat drawer rast ikea mamanya.

Haa… tengok lah suspek kejadian siap buat muka tak bersalah. Masa ini mak-mak memerlukan kesabaran yang amat tinggi ya.

Tadaaaa… setelah siap, hitam-hitam si tampok manggis tau.

Macam mewah tetapi sebenarnya guna barang murah saja. Spray flat black Mr. Diy and Platinum paint marker beli kat daiso.

Coffee table pun jd mangsa. Sebelum ni kaler pink hijau.

Haaa… inilah hasil sebelum dan selepas!

IKLAN