Diuji kanser sarcoma, Dr Zulkifli kongsi kisah arwah anak tak pernah tinggal solat walau tenat. Innalillahiwainilaihirojiun. Al-Fatihah buat arwah Hammad bin Shereen iaitu anakanda kepada Mantan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang dijemput Allah tepat jam 5.22 pagi semalam.
Diuji kanser right soft tissue sarcoma stage 4-5
Berusia 22 tahun, arwah Hammad menderita kanser sarcoma dan meninggal di saat kanser itu mengganas pada stage 4-5.
Berkongsi kisah anaknya, kata Dr Zulkifli anaknya tidak meninggalkan solat hatta dalam keadaan tenat sekali pun kerana begitu menjaga ibadah ini.
Tulisnya, Hammad adalah anak yang soleh. Sentiasa melazimi solat berjemaah dan zikir walaupun ketika sedang tenat di atas katil. Alhamdulillah, beliau meninggalkan kami di sisi, dalam keadaan yang amat mudah.
Walau sakit, Hammad tetap menjaga solatnya walaupun terbaring di atas katil. Mulutnya terkumat-kamit berzikir dan membaca ayat-ayat al-Qur’an.
Tambahnya lagi, Hammad mungkin ada mengalami demensia di penghujung hayatnya. Lupa itu dan ini. Tetapi apabila tiba waktu solat, ingatannya seolah-olah pulih. Beliau tetap solat walaupun tenat. Itu yang membanggakan saya.
Dan alhamdulillah, urusan pengkebumian arwah Hammad dipermudahkan Allah kerana di usia mudanya, arwah sentiasa meletakkan Allah di hadapan.
Kata Dr Zulkifli, dalam tempoh tak sampai 4 jam, dari urusan kematian hinggalah kafan, solat jenazah dan dikebumikan, ia diselesaikan dengan sangat mudah.
“Anakanda saya kembali ke rahmatullah pada jam 5.22 pagi. Jam 9.45 pagi beliau disolatkan. Jam 11.30 pagi beliau siap dikebumikan. Alhamdulillah, semuanya diuruskan dengan pantas sebagaimana sunnah Nabi SAW.
Di sebalik ujian yang menimpa keluarga Senator Dewan Negara ini, apa yang membuatkan ramai berasa sebak, sementara menunggu jenazah anaknya disolatkan, Dr Zulkifli tetap tenang menyampaikan kuliah agamanya lebih kurang setengah jam sebelum solat jenazah disempurnakan.
Ads
Satu situasi yang sangat luar biasa dan jarang terjadi bila mana ada ahli keluarga kita yang meninggal di mana kita pasti berasa sedih dan sibuk menguruskan pelbagai urusan.
Katanya :- Assalamualaikum. Jalsah ‘Ilmiyyah pada pagi ini jam 9 pagi diteruskan seperti biasa sebelum solat jenazah anakanda saya pada jam 9.45 pagi. Kemuliaan ilmu tidak ada galang gantinya.
Al-Hafiz al-Munziri (wafat 656H) terkenal sebagai salah seorang ulama yang begitu tekun dengan ilmu. Beliau sesekali tidak akan meninggalkan madrasahnya untuk apa jua tujuan walaupun untuk berehat. Hidupnya hanya diwakafkan untuk ilmu.
Ada kisah yang diriwayatkan oleh Al-Imam Tajuddin al-Subki berkenaan kewafatan anak kepada Al-Hafiz al-Munziri. Beliau solat jenazah untuk anaknya di dalam madrasah dan menghantar jenazah hingga ke muka pintu.
Beliau lalu berkata “Wahai anakku, aku tinggalkan dirimu kepada Allah Ta’ala.”
Lalu beliau kembali masuk ke dalam untuk menekuni ilmu.
Ads
Betapa ulama silam memuliakan ilmu walaupun anaknya meninggal dunia. Atas asas ini, saya teruskan kuliah pada pagi ini. Jemput hadir kepada semua.
Tambahnya lagi, kematian menyedarkan kita bahawa kehidupan yang hakiki sebenarnya bermula selepas nafas terhenti.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Nak cari nasi lemak sedap bukan senang. Biasanya nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak yang dimasak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita.
Peniaga nasi lemak ini, Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita. Dia miliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.
Sebaliknya jadi suri rumah yang berjualan nasi lemak di gerai depan rumahnya. Resipi nasi lemak yang dikongsi ini resipi turun temurun daripada emaknya.
Percaya atau tidak, nasi lemak yang dijual di gerai depan rumahnya itu cuma RM1 sebungkus. Tapi nak tahu sedap atau tak nasi lemaknya, lihat hasil jualannya setiap hari.
Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari. Itulah duit poket suri rumah ini.
“Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.”
“Sekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.”
Resipi Nasi Lemak Sedap
Untuk Nasi
Beras basuh dan tanak macam biasa. Masukkan daun pandan dan garam.
Untuk Tumis Darat
Bawang Kecil
Halia
Kulit kayu manis dengan adik-beradik dia (bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
Tumis semuanya dan masukkan dalam nasi. Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata.
Untuk Sambal
1. Tumis bawang besar yang dah dikisar. (Saya kisar dengan minyak siap-siap)
2. Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan ‘diaorang’ pecah minyak.
3. Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sampai dia kering.
4. Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.
Moga anda berjaya menghasilkan nasi lemak sedap dengan panduan resipi yang diberikan oleh peniaga yang baik hati ini.
Shuib Niat Kahwin Watie Pertengahan Tahun. Akhirnya duda popular, Shuib membuka mulut akan mengahwini kekasihnya Watie.
Sejak Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia kerana wabak COVID-19. Shuib sering mendapat perhatian ramai dan ramai yang tertunggu-tunggu bila bapa tunggal kepada empat orang anak, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan ini bakal berkahwin semula.
Rupanya hati Shuib telah dimiliki oleh wanita yang bernama Watie Watie Hanafiah.
Shuib Niat Kahwin Watie Pertengahan Tahun
Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, Shuib menerangkan jika tidak ada aral melintang dia merancang mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini.
Pemilik nama sebenar Shahmira Muhamad ini juga menyatakan segala perancangan masih dalam proses.
“Saya berniat mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. InsyaAllah yang terperinci saya akan kongsikan nanti,” luahnya.
Watie Sering Curi Perhatian Warganet
Menyentuh tentang kekasih hatinya itu, Shuib turut menerangkan dia juga akan membimbing Watie kerana sering mencuri perhatian warganet di media sosial.
“Saya selalu beritahu dia jangan ambil pusing atau baca komen. Kadang-kadang kasihan juga sebab dia bukan selebriti.
“Setakat ini semuanya baik dan saya ada memberitahunya tidak mengapa (jadi perhatian netizen), tetapi saya bimbing awak,” sambungnya.
Watie Jaga Anak Bongsu Shuib Ketika Ibunya Mengerjakan Umrah
Shuib juga meluahkan kelegaan apabila ibu kesayangannya Salamiah Jalani dapat menerima kehadiran Watie.
Malah anak bongsunya juga turut menerima Watie.
“Ayash hanya mahu tiga orang wanita saja iaitu mama, pembantu dan Watie. Sekarang pun Watie yang menjaga Ayash kerana mama kini mengerjakan umrah,” akhirnya.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pernah tak anda buat cucur daripada nasi tak habis? Haaa… biasanya mungkin esok hari anda buat nasi goreng tapi bosan juga asik ulang tayang menu sama. Apa kata, kita olah nasi sejuk jadi cucur.
Menu ini boleh dijadikan sarapan pagi atau sajian petang. Lepak-lepak dengan anak-anak atau kawan-kawan, cuba goreng cucur nasi. Sedap, tak percaya sila cuba petang ini…
Bahan-bahan:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris
Cara membuat:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.
NOTA:
Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bayi kembar tiga Mejar Mohd. Fikry dimasukkan semula ke NICU selepas didakwa berlaku kecuaian Hospital Melaka. Mejar Mohd. Fikry luah rasa kecewa namun tetap reda dan berharap kejadian sama tidak berulang.