Dunia pendidikan sekali lagi dikejutkan dengan khabar duka. Seorang guru besar wanita, berusia 44 tahun, meninggal dunia secara mengejut di pejabatnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Gedok, Tampin, pagi Ahad lalu.
Difahamkan, mendiang hadir ke sekolah bagi meraikan sambutan Hari Keusahawanan. Namun, sebelum acara bermula, beliau mengadu kurang sihat kepada rakan guru dan memilih untuk berehat seketika di pejabatnya. Tidak lama kemudian, mendiang ditemui tidak sedarkan diri.
Guru-guru segera membawanya ke Klinik Kesihatan Gemencheh, namun mendiang disahkan meninggal dunia.
Ads
Mengejutkan Semua Pihak
Menurut Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, yang dijadualkan hadir merasmikan program itu pada jam 11 pagi, mengakui terkejut menerima perkhabaran berkenaan.
“Saya diberitahu mendiang mengadu kurang selesa sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bilik pejabat. Baru minggu lalu saya berjumpa dengannya di pejabat. Berita ini sungguh mengejutkan,” katanya.
Ads
Menurutnya lagi, suami mendiang memaklumkan isterinya tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan sebelum ini.
Ads
Baru Lapan Bulan Berkhidmat
Lebih memilukan, mendiang baru sahaja lapan bulan berkhidmat di sekolah berkenaan setelah bertugas di SJKC Air Kuning sebelum ini. Dalam tempoh singkat itu, beliau dikenali sebagai seorang guru besar yang mesra, berdedikasi dan amat disenangi rakan sekerja serta murid-muridnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superitenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan selepas hasil laporan bedah siasat diperoleh.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kes Zara Qairina: Polis perketat kawalan di tanah perkuburan. Polis meningkatkan kawalan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol bagi memastikan privasi dan keselamatan penduduk sekitar sentiasa terpelihara.
Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintendan Awang Anak Suand memaklumkan, langkah itu merangkumi pemasangan garisan polis serta pelantikan penduduk kampung sebagai pengawas komuniti di kawasan berkenaan.
“Selama seminggu, kita akan memasang garisan polis pada jarak 100 meter dari kawasan pengebumian.
“Akan ada rondaan berkala oleh anggota polis di kawasan itu, dengan bantuan penduduk kampung sebagai penjaga di dalam kawasan perkuburan,” katanya.
Awang turut menyeru orang ramai, khususnya pencipta kandungan, supaya menjaga privasi penduduk yang tinggal berhampiran tanah perkuburan tersebut.
Tindakan ini diambil selepas tanah perkuburan itu menjadi tumpuan susulan proses penggalian dan pengebumian semula pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Zara Qairina Mahathir, yang kesnya masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Jenazah remaja berusia 13 tahun itu dikebumikan semula malam tadi selepas menjalani proses bedah siasat selama lapan jam di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Pengebumian semula tersebut berlangsung kira-kira 30 minit dan selesai sekitar jam 1 pagi.
Zara Qairina sebelum ini ditemui tidak sedarkan diri di SMKA Tun Mustapha, Papar pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.
Hutang bank, ansuran E-dagang jadi punca guru tergamak kelar isteri. Masalah kewangan dipercayai menjadi punca seorang guru sanggup mengelar isterinya dalam kejadian di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam memaklumkan hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 30 tahun itu terbeban dengan hutang selepas membuat pinjaman bank bagi tujuan pelaburan saham selain perlu melunaskan ansuran barangan melalui platform e-dagang.
“Setakat ini, kita percaya pertengkaran pasangan terbabit berpunca daripada masalah hutang. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Beliau turut menafikan khabar angin kononnya suspek berhutang dengan ceti haram.
“Dakwaan kononnya suspek berhutang dengan along adalah tidak benar. Ini kerana semua pinjaman dibuat melalui institusi kewangan yang sah,” katanya lagi.
Mangsa Stabil, Suspek Ditempatkan di Wad Psikiatri
Menurut Sazalee, isterinya yang berusia 28 tahun kini dilaporkan stabil, namun masih dalam proses pemulihan.
“Mangsa dilaporkan stabil tetapi masih dalam proses pemulihan dan tidak boleh bercakap banyak. Polis telah mengambil keterangannya semalam (Khamis), sementara suspek pula ditempatkan di Wad Psikiatri, Hospital Jalan Perak untuk pemeriksaan kesihatan mental,” ujarnya.
Kejadian tersebut sebelum ini menggemparkan penduduk setempat apabila mangsa cedera di bahagian leher selepas ditindih suaminya yang cuba mengelar menggunakan pisau dapur. Insiden berlaku kira-kira jam 6 pagi dan disedari ibu mangsa yang terdengar jeritan dari tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan.
Ibu mangsa yang naik untuk memeriksa terkejut melihat menantunya berada di atas badan anaknya sambil cuba mencederakannya. Mangsa berjaya diselamatkan tetapi mengalami luka di leher, manakala suspek pula bertindak mengelar dirinya sendiri hingga parah di bahagian leher dan pergelangan tangan.
Suspek kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan masih berada dalam keadaan kritikal.
Bagi seorang ibu, setiap detik bersama anak adalah hadiah yang tiada gantinya. Dari saat pertama mereka membuka mata, sehinggalah melangkah ke dunia luas yang penuh cabaran, hati seorang ibu sentiasa dibalut doa agar anak-anaknya membesar menjadi insan berguna.
Itulah perasaan yang kini sedang dirasai oleh pelakon, usahawan dan figura inspirasi ramai wanita, Wawa Zainal.
Anak gadis keduanya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, baru berusia 10 tahun, namun sudah menunjukkan jiwa yang luar biasa besar. Bukan sekadar pandai berkata-kata, tetapi benar-benar mahu meletakkan nilai hidupnya pada memberi dan berkongsi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa tidak menyangka bahawa niat tulus anaknya itu mampu menyentuh hati ramai. Dalam sebuah video, Hayla dengan wajah polos berkata dia mahu menggunakan wang hadiah sebanyak RM3,000 yang diberikan oleh Wawa dan Aeril sempena ulang tahun kelahirannya, untuk membeli sebuah televisyen kepada rumah anak yatim.
“Saya nak belikan mereka TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV. Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar. Duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek,” ujar Hayla sambil tersenyum.
Kata-kata yang lahir dari bibir seorang anak kecil ini barangkali kedengaran mudah, tetapi bagi yang memahami, ia sarat dengan nilai empati. Dia tidak memikirkan dirinya, tidak memikirkan keinginan kanak-kanak sebayanya, sebaliknya meletakkan kebahagiaan orang lain di hadapan.
Menariknya, ulang tahun kelahiran Hayla kali ini memang cukup istimewa. Selain hadiah wang tunai, dia turut menerima sebuah hadiah bernilai tinggi sebuah kedai untuk memulakan perniagaan. Sebuah hadiah yang besar nilainya, tanda kasih dan sokongan penuh dari kedua orang tuanya yang mahu membentuk minda usahawan sejak kecil.
Namun, di sebalik segala kemewahan dan peluang yang diberi, hatinya tetap berpaling kepada mereka yang kurang bernasib baik. Apa ertinya sebuah kedai jika jiwa tidak tahu erti berkongsi? Hayla membuktikan bahawa rezeki yang ada tidak semestinya untuk diri sendiri sahaja, tetapi boleh menjadi jambatan kebahagiaan buat orang lain.
Sebagai seorang ibu, Wawa tidak mampu menahan rasa bangga. “Tak sangka anak sekecil itu sudah ada kesedaran untuk berkongsi rezeki. Saya sebagai ibu, hanya mampu bersyukur dan berdoa agar jiwa murni ini terus subur dalam dirinya,” kata Wawa penuh sebak.
Bagi Wawa, ini bukan sekadar tentang membeli televisyen atau makanan, tetapi tentang membentuk hati seorang insan yang tahu nilai memberi. Melihat anak-anak memiliki kesedaran seperti ini adalah doa yang menjadi nyata. Doa setiap ibu yang mahu melahirkan generasi bukan hanya cerdas fikiran, tetapi juga lembut hati dan kuat jiwa.
Di usia sekecil itu, Hayla mengajar kita sesuatu, bahawa nilai kemanusiaan tidak terikat pada umur. Seorang anak kecil juga mampu menyentuh hati dunia dengan perbuatannya.
Bayangkan, jika semua anak-anak dibesarkan dengan kasih sayang, doa yang tidak pernah putus, dan dididik untuk bersyukur, betapa indahnya dunia ini.
Kisah Hayla bukan sekadar kisah seorang anak artis terkenal. Ia adalah cerminan bahawa setiap ibu bapa boleh menanamkan benih kasih sayang dan empati dalam diri anak-anak mereka.
Dalam dunia yang semakin individualistik, kisah ini hadir sebagai cahaya, mengingatkan kita bahawa masih ada hati kecil yang tulus, masih ada jiwa murni yang mahu berkongsi walau belum mengenal erti dunia sepenuhnya.
Sebelum ini tular kisah Adik Adam atau nama penuhnya Muhammad Adam Mikhael yang berumur 3 tahun demam rindu, pengasuh sanggup naik motosikal datang ziarah walau jarak jauh dari rumahnya.