Dipukul guna tukul besi, lelaki ditahan selepas disyaki serang kanak-kanak perempuan. Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam kejadian di Flat Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.

Dipukul Guna Tukul Besi, Lelaki Ditahan Selepas Disyaki Serang Kanak-Kanak Perempuan

Insiden tersebut mencetuskan kecaman ramai selepas rakaman video kejadian berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita yang memaklumkan anak perempuannya diserang seorang lelaki pada jam 5.19 petang, Sabtu lalu.

Dipukul Guna Tukul Besi, Lelaki Ditahan Selepas Disyaki Serang Kanak-Kanak Perempuan

“Mangsa yang berusia 12 tahun mengalami pendarahan di kepala dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

“Keadaannya kini dilaporkan stabil dengan kecederaan koyakan di kepala serta bengkak di tangan kanan,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Selasa.

Susulan laporan tersebut, pihak polis dari Balai Polis Tun Aminah telah menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di kediamannya sekitar kawasan Johor Bahru pada hari sama, kira-kira jam 7.25 malam.

Ads

Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan warga tempatan berusia 39 tahun itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, termasuk kes berkaitan dadah. Ujian air kencing yang dilakukan juga mengesahkan suspek positif methamphetamine.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman selama tujuh hari bermula Ahad hingga 2 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” tambah beliau.

Dipukul Guna Tukul Besi, Lelaki Ditahan Selepas Disyaki Serang Kanak-Kanak Perempuan

Ads

Sebelum kejadian dilaporkan, satu video berdurasi 2 minit 19 saat telah tersebar di media sosial. Video tersebut memaparkan seorang lelaki mundar-mandir di kawasan berhampiran lif, manakala beberapa orang kanak-kanak perempuan turut kelihatan berada di lokasi.

Terdengar jeritan daripada salah seorang kanak-kanak sebelum lelaki itu dilihat melarikan diri dari tempat kejadian. Kanak-kanak perempuan seterusnya memasuki lif dan memegang kepalanya yang berdarah.

Kes ini terus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat setempat, terutamanya mengenai keselamatan kanak-kanak di kawasan perumahan awam. Pihak berkuasa kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif serangan tersebut.

Ads

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Wanita Jangan Takut Jadi Janda, Sanggup Dipukul, Didera, Hadamkan Nasihat Peguam Syarie Ini

Isteri Maut Dipukul Suami Gara-gara Tak Mandi

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI