Dipukul, ditendang, dihentak kepala, murid kanser hidung alami gegaran otak akibat dibuli. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sebelum ini berjuang melawan kanser hidung kini berdepan pula derita baharu apabila mengalami gegaran otak selepas menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama, Februari lalu.
Dipukul, Ditendang, Dihentak Kepala, Murid Kanser Hidung Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli
Ibunya, Siti Suhana Misdi, 39, meluahkan rasa kecewa kerana pelaku berusia 12 tahun difahamkan tidak dikenakan tindakan sewajarnya atas alasan masih di bawah umur.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, 21 Februari, mangsa didakwa dipukul, ditendang, dihentak kepala malah turut dipaksa menanggalkan pakaian oleh seorang murid Darjah Enam. Kejadian dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati pelaku terhadap kakak mangsa yang menolak cinta budak lelaki terbabit.
“Anak saya menerima rawatan di sebuah hospital swasta di bandar raya ini mulai 12 hingga 26 Mac lalu dan disahkan mengalami gegaran otak.
“Saya hanya mengetahui kejadian (buli terhadap anak) itu pada 24 Mac lalu selepas anak perempuan berkongsi kejadian sebenar kerana bimbang dengan keadaan adiknya,” katanya.
Menurutnya lagi, laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Universiti pada hari sama anak keempat daripada enam beradik itu keluar hospital. Namun beliau kecewa apabila diberitahu kes tersebut tidak dibuka untuk siasatan, sebaliknya hanya diuruskan melalui pertemuan keluarga mangsa dan pelaku.
Ads
“Sehingga kini saya tidak berpuas hati kerana kesan (buli) pada anak saya amat mendalam, dia mengalami gegaran otak hingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran mahupun terbabit dalam sukan.
“Doktor menyatakan tempoh penyembuhan mungkin memakan masa hingga tiga tahun serta perlu bergantung kepada ubat, selain berdepan risiko sawan sekiranya jatuh atau pengsan,” katanya.
Malangnya, penderitaan anaknya tidak terhenti di situ apabila pada 7 Ogos lalu, dia sekali lagi dibuli oleh murid lain di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai sekitar jam 10 pagi.
Ads
“Saya tidak pasti mengapa anak saya menjadi mangsa (buli), adakah kerana dia dilihat seorang yang lemah kerana berpenyakit hingga diperlakukan demikian.
“Anak diserang kanser hidung sejak dua tahun lalu, alhamdulillah keadaannya sudah pulih 80 peratus dan hanya mengalami simptom sederhana selepas menerima rawatan sesuai,” jelasnya yang turut memaklumkan laporan polis kedua dibuat baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, memaklumkan pihaknya bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang meneliti aduan tersebut.
“Semalam murid berkenaan dan keluarganya dikunjungi bagi tindakan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Shima Anuar hamil anak ketiga. Tahniah buat Shima atau nama lengkapnya Noor Hashima Anuar, 31, yang telah berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang kini sedang hamil.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.
Pelakon drama Suami Aku Pendosa itu juga menerusi hantaran di akaun rasmi Instagramnya berkongsi beberapa keping foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusannya adalah positif (hamil).
Shima Anuar Hamil Anak Ketiga
Usia kandungan yang kini mencecah usia sekitar dua bulan, Shima juga memohon maaf apabila terpaksa membuat keputusan membatalkan semua tawaran berlakon yang diterima.
Semuanya demi memikirkan keselamatan diri serta bayi di dalam kandungan.
“Doakan saya dan bayi supaya sihat, selamat dan dipermudahkan segala urusan.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon yang diberikan kepada saya.
Doakan Yang Terbaik Untuk Semua
“Insya-Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.
“Saya doakan yang terbaik untuk semua. Amin,” tulis Shima.
Ozlynn, Nabila Huda & Rakan Artis Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Menerusi ruangan komen ramai rakan selebriti termasuklah Ozlynn Wati dan Nabila Huda turut mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Shima sepanjang kehamilan dan proses bersalin.
Malah Ozlynn juga sempat memberi tip dan nasihat mudah ‘lekat’.
“Alhamdulillah selalu bila jaga badan dan sihat dalaman ni insyaAllah senang lekat. Congrats babe!!” Ozlynn
“Bestnyaaaa ada baby lagi. congratulations sista. Semoga dipermudahkan segala urusan” Nabila Huda.
Untuk pengetahun sebelum ini Shima pernah berkongsi pengalamannya ketika bersalin secara pembedahan caesarean sebanyak dua kali ketika melahirkan anak sulung dan keduanya.
Mingguan Wanita: Doakan juga segalanya dipermudahkan buat Shima sepanjang kehamilan anak ketiga ini!
Mak-mak memang terasa bila harga bawang makin mahal. Dari beli bawang mahal-mahal, mungkin duit tu boleh beli keperluan lain. Bayangkan harga bawang India meningkat mendadak daripada RM5 sekilogram kepada RM10.93 dalam tempoh dua bulan ini berikutan gangguan bekalan dari negara pengeluar.
Kenaikan harga bawang besar dan bawang ros (bawang kecil) India berlaku secara mingguan sepanjang awal bulan September hingga penghujung tahun lalu. Memang masalah ini sangat dirasai mak-mak.
Harga bawang yang naik mendadak kebelakangan ni membuatkan ramai tukang masak dan suri rumah susah hati. Sebagai alternatif kepada bawang, boleh saja gantikan dengan beberapa bahan lain dalam masakan mengikut kesesuaian atau masak menu yang tak menggunakan bawang sebagai perencah. Antara yang boleh digunakan sebagai pengganti bawang (seperti dalam gambar):
1. Leek atau ada yang panggil bawang perai atau daun kucai cina.
2. Fennel atau dalam bahasa melayu Andas.
3. Chives atau dalam bahasa melayu kucai.
Contohnya macam dalam hidangan pasta yang dimasak (seperti dalam gambar), saya gunakan hirisan leek dan tak menggunakan bawang putih mahupun merah dalam menu pasta tu. Rasanya sedap juga, tak banyak beza pun. Sedap sesuatu masakan itu bukan bergantung hanya pada satu bahan, banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh digunakan.
Cuba Pelbagaikan Cara Masakan
Melainkan anda berniaga makanan yang memang menggunakan bawang dalam semua menu makanan. Itu tak dapat nak elaklah. Tapi kalau untuk masakan harian di rumah, boleh saja masak menu tanpa bawang. Banyak je resipi yang tak menggunakan bawang seperti Ayam atau daging panggang, ikan bakar, masak lemak cili padi Nismilan dan banyak lagi. Gunakan bahan perapan lain untuk rasa yang berlainan.
Another alternative, start tanam bawang sendiri. Pilihan di tangan kita kan? Don’t complicate life! Dah reda nanti, dah turun harga bawang nanti, bolehlah back to normal menu. Apa susah?
MW: Jadi mak-mak jangan risau, selain bawang merah anda boleh gantikan bawang dengan pilihan di atas seperti leek, fennel dan chives. Mungkin selama ini kita agak asing dengan penggunaan tiga bahan ini, bermula hari ini pelbagaikan bahan masakan, asalkan rasa tidak lari.
Shakilla Khoriri berang difitnah berzina dengan suami orang. Terbaru pelakon kecil molek yang juga ibu tunggal, Shakilla Khoriri telah mendedahkan identiti wanita yang melemparkan komen fitnah terhadap dirinya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Shakilla memberitahu seorang wanita yang berasal dari Terengganu telah tampil memohon maaf.
Sebelum ini Shakilla berasa berang apabila dituduh melakukan perbuatan zina dengan suami orang.
Shakilla Khoriri Berang Difitnah Berzina Dengan Suami Orang
Dek kerana itu juga pelakon tersebut bertindak mendedahkan identiti individu yang melemparkan fitnah tersebut.
Sebelum itu Shakilla telah mengajak wanita tersebut bertemu dengannya memandangkan dia bakal menjalani penggambaran di Terengganu iaitu lokasi sama wanita berkenaan berada.
“Assalamualaikum. Khamis saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak? nak dengar juga cerita yang I lagi tak tahu.
“Nak tahu juga suami orang mana yang saya sudah main tu sebab mak ayah adik kakak saya pun tengah tanya ni. Awak nak contact saya atau saya suruh orang cari awak? Pilih la. Jumpa esok malam,” luahnya menerusi satu perkongsian di Instastories.
Wanita Tampil Membuat Permohonan Maaf Kepada Shakilla
Shakilla juga telah turut memuat naik permohonan maaf yang dilakukan wanita berkenaan di akaun Instagramnya
“Maaf tapi lagi sekali saya terpaksa buat macam ini lagi. Kenapa eh? Kenapa? Tolonglah hati-hati menulis.
“Nak mengumpat ke nak mengutuk ke terpulanglah asal dibelakang orang itu. Itu dosa kalian.
“Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang.
“Saya tengok dia ni ada suami dan anak, jadi sedih. Kenapa buat macam ni?” tulisnya.
Pada awalnya Shakilla tidak mahu mendedahkan perkara itu, namun dia terpaksa melakukannya untuk menjaga nama baiknya. Malah Shakilla turut berpesan agar orang ramai berhati-hati dalam meninggalkan komen yang masih belum diketahui kesahihannya.
Mingguan Wanita : Harap mereka yan ingin memberikan komen fikir dahulu sebelum menulis. Ini kerana jika apa yang ditulis adalah fitnah pasti memberi impak negatif pada yang difitnah. Jangan jadikan budaya beri komen dahulu baru fikir ya!
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.