Sungguh membahagiakan apabila suami menghargai isteri. Merasakan isteri sangat penting, dengan senyuman dan pelukan mampu menghilangkan lelah, resah dan duka yang dihadapi oleh seorang suami.
Ini perasaan yang dikongsikan oleh pendakwah kekeluarga terkenal, Ustaz Ebit Lewterhadap isterinya apabila ditimpa musibah baru-baru ini.
Ramai mengetahui 17 Februari lalu, pejabat pendakwah ini telah dipecah masuk dan mengakibatkan kerugian lebih RM50 ribu. Ketika kejadian, Ustaz Ebit berada di Penjara Perlis atas tuntutan menyampaikan ceramah kepada banduan akhir.
Meskipun masih bersedih atas kehilangan barang-barang yang digunakan untuk tujuan dakwah beliau, Ustaz Ebit kekal positif dan bersangka baik dengan Allah atas apa yang berlaku. Hikmahnya, apabila dapat mengislamkan salah seorang banduan tahun akhir warganegara Nigeria. Malah mencari ketenangan dengan bersyukur, serta berkongsi kesedihan disamping isteri tersayang.
Berikut yang dikongsikan pendakwah ini;
“Office saya kena pecah..sedihnya.”
“Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah. Semua komputer,laptop 2,kamera-kamera baru beli juga rakam ceramah-ceramah dan dakwah, telefon bimbit 3 dah takde dan ada duit sikit..lebih dari 50k juga semuanya. Ya Allah tuhanku. Pencuri tinggalkan tulisan ini.”
“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik.”
Ads
Banduan Akhir Masuk Islam
“Di Penjara Perlis Banduan akhir menanti hukum gantung dari Nigeria tiba-tiba setelah dakwah tadi terbuka hati ucap syahadah dan memeluk Islam. InsyaAllah penjara akan bantu belajar Islam dan Solat.”
“Sebelum masuk penjara. Dapat mesej staf saya. Office kena pecah masuk. Lebih dari 50k. Beberapa kamera baru rakam ceramah dan laptop-laptop, hp semua serta ada duit cash. Tergamam sekejap”
“Terkejut sekejap. Dalam penjara tak bawa phone. Tiba-tiba. Jumpa orang dalam penjara. Akhir sebelum balik ziarah sel banduan akhir. Semua kenal saya yang Islam. Mereka download ceramah saya. Wajah mereka semua bersih. Nampak sejuk wajah solat. Ada terkejut peluk saya menangis.”
“Seorang Nigeria,saya berbual dan dakwah tentang Islam. Dia tiba-tiba terbuka hati dan ucap syahadah. Paling mengejutkan dia ucap menggeletar dan menangis. Saya pun rasa nak menangis. Allahuakbar. Cepat-cepat pengarah penjara disebelah saya pun sebak menangis dan arahkan buka sel. Kami berpelukan. Dia menangis peluk saya. Pengarah penjara kata terkejut gembira akhir hayat dapat kenal Allah orang nigeria ini.”
Ads
“Allahukbar siapa tahu banduan akhir menanti ke tali gantung tiba-tiba diberi hidayah. Allahuakbar. Allahuakbar”
Terubat rasa walau sedih hilang office kena rompak.
Senyuman & Pelukan Isteri Hilangkan Rasa Beban
“Terasa penat dan sedih sedikit.. Dibahu inilah tempat saya berehat. Terus hilang semua sedih penat letih. Ya Allah pasti ada rahmat disebalik musibah yang datang.”
“Masa sedih dapat tahu office pecah. Saya di Perlis. 5 minit baca mesej terus tutup telefon masuk penjara Perlis. Tak sempat call or tanya apa terjadi. Happy bila Allah hadiahkan Banduan akhir orang Nigeria masuk Islam. Dia menangis.”
Ads
“Sekali keluar penjara. Tengok banyak barang hilang. Semua benda penting berharga. Sedih sebab sayang alat untuk rakam dan semuanya untuk ceramah,dakwah, dan kerja harian saya hilang. Mahal juga sebab beli sikit-sikit. Dan duit-duit.”
“Masa sedih naik flight firefly. Allah beri hadiah pertama. Pramugari datang kata pilot beri hadiah dalam plastik. Cantik sangat. Balik terus beri pada anak. Ya Allah dapat hadiah kapal terbang besar cantik. Warna oren. Senyum jer..terasa kasih sayang Allah.”
“Sampai rumah isteri peluk. Itulah hadiah besar. Senyumannya. Pelukannya. Hilang rasa beban. Walau masih terasa sedih sikit. I love u bidadariku.”
“Cepat-cepat solat sunat dan doa. Ya Allah hati ini syukur atas apa yang terjadi. Pasti ada rahmatnya. Terima kaseh ya Allah atas segala nikmatnya.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Pesanan buat para suami, jika ada masalah, resah, sedih mahupun penat mahupun apa sahaja yang dihadapi, selalulah berdamping dengan isteri, saling berkongsi cerita. Jadikan isteri rasa penting dan dihargai, dan percayalah isteri adalah ‘ubat penenang’ yang terbaik.
Sumber: Ebit Lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang seronok melihat wanita mengandung namun kekal cantik dan berseri-seri seperti Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid yang merupakan isteri kepada pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Datuk Seri Aliff Syukri ini.
Memasuki trimester 2 usia kehamilan, ‘baby bump’ beliau semakin jelas kelihatan dan anak-anak beliau Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5 ternyata kelihatan cukup teruja untuk mengetahui jantina adik baru mereka nanti.
Perkara ini dikongsikan menerusi video didalam laman instagram Datin Sri Shahida sendiri;
Sebelum ini, Datin Sri Shahida ada mengumumkan yang usia kandungan beliau kini tiga bulan dan disahkan hamil anak ke-empat sebelum menunaikan umrah pada November 2017 lalu.Beliau juga mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih pada yang mendoakan beliau cepat hamil dan terus mendoakan agar beliau dan baby dalam kandungan berada dalam keadaan sihat, setelah melalui alahan kehamilan yang teruk.
“Alhamdulillah dah 3 bulan usia kandungan saya dan sedang menginjak ke trimester 2.Saya disahkan hamil sebelum menunaikan umrah lagi,Alhamdulillah umrah saya dipermudahkan..Terima kasih yang mendoakan saya cepat-cepat hamil…Alhamdulillah tak sampai sebulan saya jaga Ameena saya hamil…3 bulan pertama saya mengalami morning sickness yang sangat teruk.Alhamdulillah kini semakin sihat.Doakan saya dan baby dalam kandungan sihat.”
Rezeki Ambil Anak Angkat
Ramai yang mengetahui bahawa pasangan ini ada mengambil dua orang angkat iaitu Ameena Aliffsha yang kini berusia 3 bulan pada Oktober dan Qayyum Aliffshah, pada awal Disemberlalu yang usianya hampir sebulan.Tidak sangka mendapat rezeki dan tuah pasangan ini mendapat cahaya mata sendiri lagi selepas mengambil anak-anak angkat tersebut.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Semoga ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat, dilimpahkan lagi rezeki dan kebahagian yang melimpah ruah buat keluarga ini hendaknya.
Kita tak selamanya muda dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan anak-anak. Sampai masa bila dah berusia kita nak hidup tenang-tenang dan tak perlu banyak fikir hal yang remeh temeh.
Begitulah bila dah berusia, tibalah masa untuk fikirkan diri sendiri dan pasangan saja. Anak-anak biarlah dengan kehidupan mereka.
Kena ingat, bila dah berusia dan umur pun meningkat, kita dan pasangan mahu nikmati hidup dengan lebih tenang bersama keluarga. Tak perlu nak bersusah payah fikir pasal anak sebab mereka ada haluan hidup bersama keluarga juga.
Pastinya masa kita berusia, anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita. Kini tiba giliran kita untuk kembali memikirkan tentang diri sendiri. Inilah cara yang boleh kita llaui hidup pada usia emas.
1. Lebih dekatkan diri kepada Allah dan luangkan waktu bersama pasangan kita. Berdoa dan bersyukur kerana salah seorang dari kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.
2. Akan tiba masanya mahu berjalan ke pintu saja susah, selagi masih berkemampuan, jalan-jalanlah ke beberapa tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, dengan mengagumi keindahan ciptaanNya.
3. Jangan susahkan diri memikirkan anak-anak secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Anak-anak sudah diberikan rezeki dan tanggungjawab masing-masing yang tidak kita fahami.
4. Adakan pertemuan pertemuan dengan keluarga besar jangan hanya pada saat ada yang sakit atau meninggal baru berkumpul dan luangkan waktu bersama rakan-rakan lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu, sesering mungkin jalan-jalan, bersenang-senang dan nikmatilah hidup ini dengan penuh sukacita bersama teman-teman dan keluarga .
5. Terimalah penyakit apa adanya kerana semua sama, kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, iaitu : lahir bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit dan mati.
Nasihat terbaik,
“Cari kawan yang seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan yg seperti wang logam : depan lain belakang lain.
Mingguan Wanita : Begitulah putaran hidup, kita tak selamanya muda. Sampai masa akan ‘pergi’. Selagi ada peluang, gunalah sebaiknya untuk kebaikan dan keberkatan. Bekalan ke ‘sana’.
Memang tak salah main game, tapi sebagai suami utamakan kewajipan dahulu, jangan sampai pasangan mula menegur itu tandanya telah melampau batas. Kalau sudah berumah tangga, buatlah cara seperti orang berkahwin.
Kehidupan ayah-ayah tentu sekali tak sama seperti ketika bujang. Masa bujang hendak main game tanpa Henti pun, tak ada orang nak larang.
Ini kalau 24 jam main game, isteri pula uruskan rumah tangga Seorang diri memanglah cari pasal. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya.
“Kira okeylah main game, bukan main perempuan lain…”
“Kira oklah keluar melepak dengan lelaki, bukan melepak dengan perempuan…”
Main Game Tak Salah
Kira ok, kira ok… memang tak main perempuan, tapi itu tidak menjadikan perbuatan dan amalan kita itu baik untuk diteruskan dan diamalkan sampai bila-bila….
Normally mereka yang ditegur ini adalah mereka yang taksub dan menjadikan perbuatan itu sebagai aktiviti harian…
Mereka memperuntukkan lebih banyak masa untuk perkara-perkara ini berbanding isteri dan anak-anak sendiri…
Bila ditegur, macam itulah jawabnya… Kira ok sebab tak main perempuan lain…
Orang yang menegur itu sebenarnya sudah sampai pun had di mana dia boleh bertolak ansur dengan perbuatan pasangannya…
Dia struggle dengan kerja umah, pasangan online, asyik main game… Dia sibuk dengan anak-anak, pasangan keluar melepak dengan kawan-kawan, pagi buta baru balik…
Susah hendak terus berlapang dada dan tanam dalam hati ayat “ok lah daripada main perempuan lain, ada perempuan lain…” lalu terus membiarkan pasangan buat aktiviti-aktiviti berkenaan…
Sudah kahwin, buat cara sudah kahwin…
Ada komitmen lain, ada tugas dan kewajipan lain, ada kerja-kerja lain yang perlu diutamakan dan didahulukan…
Buat dulu yang ini…selesaikan satu-satu… Nanti sudah siap semua, keadaan pun terkawal, maka buatlah apa yang kita nak buat asalkan ada had dan batasannya…
“Kira ok la pasangan itu masih bertahan…”
MW: Main game tak salah tapi biarlah berpada-pada, jangan anggap ayah-ayah habiskan masa dengan main game, tak sempat bersosial dengan wanita di luar sana buatkan hati isteri gembira. Maaflah. Jika sudah keterlaluan, isteri pun makan hati ya.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...