Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina memasuki hari ketiga hari ini dengan tumpuan khusus terhadap sebuah diari yang didakwa milik remaja berusia 17 tahun itu.

Menurut peguam bela keluarga, Shahlan Jufri, seorang saksi dari Jabatan Kimia dijangka dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dokumen peribadi berkenaan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

Diari Zara Jadi Bukti Penting Inkues Di Hari Ketiga. Mungkinkah Zara Qairina Tinggalkan Petunjuk?

Selain itu, dua pegawai perubatan turut berkemungkinan tampil memberi keterangan, antaranya seorang doktor yang menerima serta merawat Zara di Unit Rawatan Rapi, dan seorang lagi pakar neurologi yang terlibat dalam kes ini.

Ads

Prosiding inkues yang dijadualkan berlangsung selama 17 hari ini dijangka terus membuka ruang kepada pelbagai persoalan. Pada Khamis ini, pemeriksaan tempat kejadian juga bakal dilakukan di Papar, lokasi di mana Zara ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu. Prosiding yang dijadualkan berlangsung selama 17 hari itu sudah memasuki hari ketiga hari ini.

Ancaman Terhadap Saksi

Terdahulu, Dr Jessie Hiu, Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), dilepaskan sementara selepas memberikan keterangan selama dua hari. Beliau yang berkhidmat di HQE sejak 1998, menerima ugutan daripada orang awam berikutan hasil penemuan bedah siasat dan pemeriksaan tempat kejadian.

Ads

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/pakar-patologi-dr-jessie-hiu-diugut-bekas-guru-juga-seorang-warga-emas-ditahan-polis/

Ads

Diari Zara Jadi Bukti Penting Inkues Di Hari Ketiga. Mungkinkah Zara Qairina Tinggalkan Petunjuk?

Seorang pesara berusia 61 tahun dari Semporna ditahan pihak berkuasa kerana didakwa membuat ugutan terhadap Dr Hiu melalui media sosial. Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mempertimbangkan langkah menyediakan perlindungan kepada saksi sepanjang prosiding.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI