Sebelas orang anak menjadi saksi setia kasih seorang suami terhadap isterinya yang diuji sakit, sehinggalah isteri menghembuskan nafas terakhir berentetan daripada penyakit kencing manis yang dihidapi.
Anak ketujuh dari sebelas beradik ini, NurHafizah Rozi atau nama sebenarnya NurHafizah Binti Hj Mohamad Rozi berkongsi kisah kesetiaan ayah sampai hujung nyawa terhadap ibu mereka, Nasibah Binti Abas.
Maklumnya, “selepas mak potong kaki akibat kencing manis hari tu kesihatan mak makin merosot. Jantung dan buah pinggang mak makin lemah.” Dan pada 18 Mac lalu, ibunya dijemput Ilahi.
“Orang lain tak melihat, tapi aku yang menyaksikan betapa dia (ayah) cintakan isteri dia. Ya.. memang kami adik beradik yang jaga mak. Tapi kami takkan lupa pada ayah yang selalu ambil berat pasal mak. Walau pun dia sibuk kerja.
Kalau dia ada masa dia yang akan uruskan mak. Makan pakai mak, dia yang siapkan. Macam mana mak menjaga ayah selama mak sihat, macam tu lah ayah jaga mak masa mak sakit.”
Ads
Sungguh Dia Terlalu Sayangkan Isteri Dia
Kongsi anak ini lagi, betapa ayahnya itu terlalu sayangkan ibu mereka. Dalam apa jua keadaan, ayah tetap ambil berat dan peduli.
“Sungguh dia terlalu sayangkan isteri dia. Walau pun isteri dia dah tak sempurna, dia tetap sayang, jaga dan ambil berat. Tak peduli pun apa orang kata pasal dia. Sebab dia tahu siapa yang ada ketika susah dan senang.
Tiap kali pergi kerja mesti tanya mak nak makan apa, cium pipi mak sampai mak malu dah tua-tua pun nak manja-manja lagi.”
Bak kata anaknya ini, ayah itu tak pernah peduli pun apa kata orang. Sebab itulah, cara ayah menunjukkan kasih sayangnya pada ibu mereka.
Ads
“Mungkin orang melihat aku orang pertama yang sedih bila mak dah tak de tapi mereka lupa pada suami yang bersama dia lebih 35 tahun. Susah dan senang membesarkan 11 orang anak.
Aku tak pernah melihat dia menangis tapi hari tu, pertama kali dalam hidup aku, aku melihat dia menangis teresak-esak kerana mak. Dia bacakan yassin, dia yang ajar mak mengucap. Dia pegang tangan isteri dia sampai akhir hayat.”
Dalam Van Jenazah, Ayah Peluk Keranda Mak Tak Lepas
“Masa dalam van jenazah pun macam tu, dia peluk je keranda mak tak lepas sambil bacakan yassin untuk mak. Lepas mak dikebumikan ayah pesan pada kami adik-beradik, ‘Nanti bila ayah dah takde kebumikan ayah sebelah mak. Ayah nak duduk dekat dengan mak’.
Sungguh kasih seorang suami pada isteri dari isteri dia sihat, sakit sampailah isteri dia dah takde tetap dia sayang. Semoga syurga menyatukan kalian kembali. Aamiin.”
Ads
Ini pesan arwah ibunya. “Bila sayangkan seseorang, sayanglah dengan sepenuh hati. Terimalah sedikit keburukan dia kerana seribu kebaikan yang pernah dia lakukan.”
Sebelum mengakhiri catatan, anak ini menjelaskan perkongsiannya itu bukanlah semata mahu menagih simpati. Melainkan hanya untuk menceritakan apa yang orang lain tak nampak tapi mereka, adik beradik nampak kasih sayang ibu ayah mereka selama ini.
“Doa suami serta anak-anak sentiasa ada untuk mak. Terima kasih kerana menjadi isteri serta mak yang terbaik untuk kami.
Berehatlah Bidadariku.”
MW : Alangkah beruntungnya ahli keluarga ini dilimpahi kasih sayang yang sarat. Al Fatihah untuk Allahyarham Nasibah Binti Abas, semoga rohnya ditempatkan di taman-taman syurga dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Perginya Raja Gelek. Rakyat Malaysia berdukacita dengan perkhabaran pemergian penyanyi yang dikenali sebagai Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau.
Allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 4:46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak semalam.
Perginya Raja Gelek
Seperti mana dilaporkan, arwah sempat memberi petanda seolah-olah akan pergi selamanya.
Menurut laporan Utusan Malaysia Online, menantu arwah, Hassan Ahmad menceritakan sebelum arwah bapa mentuanya pergi arwah ada menunjukkan petanda seolah-olah akan pergi buat selamanya.
“Semalam anak cucu ada balik melawatnya.
“Dia masih okey dan boleh bercakap lagi.
“Cucu sulungnya menangis sebab arwah ada sebut ‘atuk nak pergi dah’.
“Bila mereka pulang sahaja, arwah tidak bercakap dan tidak sedarkan diri malam tadi,” ujarnya.
Kesihatan arwah tidak stabil bermula 12 Disember sebelum dimasukkan ke hospital. Keadaan arwah semakin teruk dari semasa ke semasa apabila kuman sudah merebak ke seluruh badan.
Tarikh 11 November sering dinantikan bagi ‘kaki shopping’ bagi pembelian secara online yang menawarkan diskaun dan harga yang menarik. Namun mungkin ramai yang tak tahu bahawa tarikh 11/11 ini juga yang mempunyai signifikasi yang tersendiri di beberapa buah negara.
Single’s Day Di China
Salah satunya, tanggal 11 November merupakan tarikh khas untuk meraikan mereka yang single dan tidak mempunyai pasangan di China.
Dikenali juga dengan nama Guanggun Jie, Single Day pada awalnya diraikan di negara China untuk menghiburkan hati anak-anak muda di China yang tidak mempunyai kekasih. Tarikh 11/11 dipilih kerana angka ‘1’ diibaratkan sebagai individu yang bersendirian.
Pada awalnya juga, Single Day hanya diraikan oleh kaum lelaki di China tetapi kini ia juga disambut oleh kaum wanita. Malah, beberapa universiti di negara China juga mempunyai sambutan khas untuk meraikan 11/11 ini dan ia telah disambut meriah dikebanyakkan negara seluruh dunia.
Papero Day Di Korea
Namun, berbeza dengan negara Korea, tarikh 11/11 dikenali sebagai Pepero Day, dimana mereka akan bertukar stik Pepero yang dihias dengan teddy bear atau bunga, dengan harapan agar mereka akan tinggi dan kurus, sama seperti angka 1.
Di Belgium, 11/11 adalah hari untuk memperingati Perang Dunia I, dan di Indonesia pula adalah Hari Belanja Online Nasional.
MW: Di kebanyakan negara, 11/11 lebih kepada hari berbelanja secara online yang menawarkan produk pada diskaun tinggi dengan harga yang rendah.
Kemeriahan raya semakin terasa, ramai mak-mak dah mula cari resipi yang mudah-mudah untuk buat biskut atau kuih raya. Apa yang penting mak-mak perlu kreatif dalam buat kuih raya ni.Guna bahan yang paling minimum, paling jimat masa dan bajet.
Jika ada lebihan roti, yang tak habis dekat rumah tu, jangan lah dibuang bolehlah manfaatkan dengan mencuba resipi Biskut Roti Coklat Nestum yang dikongsikan oleh Lia Marsom ini. Hanya guna 3 bahan je, cuma perlu potong, bakar dan celup-celup je dah boleh dapat sejenis biskut raya yang sedap!
Berikut perkongsiannya;
“Biskut roti coklat nestum paling meletop, setakat sebalang 10 minit dah licin, tak sempat hidang pada tetamu”.
Bahan-Bahan:
2 buku roti gardenia
1 kilo coklat Beryl’s
1 kilo instant cereal nestum
Cara Membuat:
1.Potong roti kepada 3 bahagian kemudian belah 2 bahagian.(1 keping roti boleh dapat 6 keping).
2.Bakar roti yang dah dipotong sehingga rangup selama 15-20 minit suhu 190 ikut oven masing-masing boleh rasa dulu kalau belum ranggup bakar lagi.
3.Cairkan coklat ikut kaedah double boiler tambah 2 sudu butter supaya senang nak celup roti.
4.Gaul roti dalam coklat, angkat dengan penyepit satu-satu salutkan dalam nestum.
5.Gaulkan dan salut roti dengan nestum sampai tertutup semua, angkat dan susun dalam tray.
6.Masukkan dalam peti ais dalam 15 minit,coklat dah keras terus masuk balang.
Tip Ekstra!
Kalau nak lagi cepat, potong-potong roti tu biarkan dekat luar tutup dengan tudung saji.Dah agak-agak keras tu boleh bakar dalam 15 minit dah ranggup.
Roti yang dah dibakar simpan dalam Tupperware kedap udara, nak buat tinggal celup-celup je.
Untuk nestum elok beli yang dekat bakery sebab kasar-kasar sikit.
Siap! Selamat Mencuba!
Mudah kan, daripada biarkan roti terbuang, bolehlah mak-mak cuba buat resipi ini. Potong, bakar dan celup-celup je, boleh dapat sejenis biskut raya yang senang dan sedap!
Seorang wanita ditemukan maut tergantung di kipas siling di rumahnya di Kulim selepas dipercayai membunuh anak perempuannya berusia empat tahun akibat tekanan emosi. Kes tragis ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.