Ilmu jahitan ini bukan mudah nak dapat kat mana-mana. Jadi bila designer Amy AB (Joomiah Abu Bakar) ni kongsi tutorial bergambar cantum ropol kain yang glamour ini silalah simpan siap-siap dalam phone masing-masing.
“Ini Amy just tunjuk cars cantum saga. Cara jahit ikut keselesaan sendiri ya. Sorry, dummy hodoh. Jika bermanfaat boleh hit button share.”
Tutorial Bergambar Cantum Ropol Kain Glam
Kain depan dan belakang 4 pcs
Ads
Ruffle tu jarakkan ½ inci untuk kelim kaki skirt nanti. Cantum dari bawah, dapat extra atas.
Bahagian atas tu boleh jarakkan ½ inci juga untuk basi Ben pinggang.
Ads
Lebih kurang macam ni lah bentuknya. Buat yang sebenar tak mahu hodoh macam ni taw. *Psst.. lawa juga flow lycra erk!
Ads
Ni skirt bahagian dalam.
Haa.. yang dah biasa menjahit tu mesti dah nampak bayangan macam mana nak buatkan. Nak jahit design ni untuk anak pun boleh. Moga tutorial bergambar ini bermanfaat.
Ketika ini ramai wanita yang dah bergelar usahawan, malah hebat-hebat pula. Neelofa, Mawar Fareeda dan Vivy Yusof adalah antaranya yang berjaya mempunyai jenama sendiri.
Melihat kejayaan inilah ibu muda bernama Dhia Suraya terinspirasi untuk mengikut jejak mereka mengasaskan jenama tudung sendiri.
Pernah menyambung pengajian dalam bidang fesyen, Suraya juga punya kelebihan dalam mengilhamkan rekaan shawl sendiri yang tak dinafikan cantik-cantik belaka. Sebab itulah juga bila mempromosikannya di laman sosial pantas saja tudung yang menggunakan nama penuhnya itu mendapat sambutan.
Berkat usahanya perniagaan tudung yang diusahakan semakin menyerlah walaupun medium pemasaran hanya dalam talian saja. Memang sampai tak menang tangan dibuatnya.
Tapi malangnya baru hendak merasa sedikit keuntungan hasil perniagaan tudungnya dia panik apabila melihat satu demi satu hasil rekaan tudungnya diciplak dan dijual oleh pihak lain. Dia berhempas pulas mencari ilham untuk tudung sendiri, senang-senang saja ditiru pihak lain.
Marah, kecewa, sedih semuanya ada. Dia mula mengesan pihak yang menciplak tudungnya. Whats App, PM tepi semuanya dibuat agar menghentikan perbuatan itu tapi malangnya tiada respon.
Apa yang berlaku itu memang mengecewakan Suraya tapi tiada apa yang mampu dilakukan selain menyuarakan rasa geramnya di laman-laman media sosial saja.
Dia cuba untuk mengambil tindakan undang-undang tapi tak berhasil kerana Suraya lupa melakukan satu perkara penting ketika memulakan bisnesnya iaitu mendaftarkan hasil ciptaannya itu sebagai harta intelek dengan MyIPO!
Sebenarnya inilah kesilapan yang selalu dibuat oleh usahawan baru bukan saja Suraya tapi juga usahawan lain yang melibatkan hasil ciptaan.
Mereka tidak mendaftarkan hasil ciptaannya atau dipanggil harta intelek dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
MyIPO ialah badan yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pendaftaran harta intelek seperti Cap Dagangan, Paten, Rekabentuk Perindustrian, Hakcipta, Petunjuk Geografi dan Rekabentuk Susun Atur Litar Bersepadu.
Paling utama adalah supaya kejadian yang berlaku kepada Suraya tidak terjadi kepada anda! Pendaftaran harta intelek adalah berdasarkan first to file.
Sekiranya tidak didaftarkan, pemilik asal tidak mempunyai kuasa dan bukti untuk dibawa ke peringkat perundangan apabila harta intelek mereka diciplak. Pemilik asal akan mengalami kerugian wang ringgit dan kehilangan pemilikan harta intelek.
Namun bagi usahawan yang telah mendaftar hasil ciptaan mereka termasuklah jenama dan reka bentuknya dengan MyIPO, adalah menjadi satu kesalahan bagi orang lain untuk meniru produk itu dan menjualnya dengan jenama yang sama.
Usahawan terbabit boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan tindakan undang-undang boleh diambil.
Tapi sekiranya usahawan tidak membuat pendaftaran di MyIPO, mereka tidak boleh mengambil tindakan untuk menyekat pihak lain dari menggunakannya.
Untuk pengetahuan reka bentuk dan corak tudung Fareeda, tudung bawal keluaran Aidijuma, telekung solat keluaran Siti Khadijah, dUCK Scarve antara yang telah mendaftar dengan MyIPO.
Harta intelek rekaan tudung ini dikategorikan dalam komponen reka bentuk perindustrian. Selain itu terdapat terdapat empat lagi komponen harta intelek yang dilindungi iaitu paten, cap dagangan, hakcipta, dan petunjuk geografi..
Paling banyak adalah melibatkan cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan hakcipta.
Keterangan lanjut tentang komponen harta intelek ini sila layari www.myipo.gov.my
Haa…paling utama sudah tentulah untuk memastikan usahawan-usahawan dapat memelihara hak ekslusifmereka supaya tidak diciplak atau ditiru oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Malah pendaftaran harta intelek seperti jenama atau logo ini juga membolehkan usahawan-usahawan membuat pengiklanan yang berkesan melalui media sosial bagi membolehkan produk mereka dikenali ramai.
Untuk keterangan lanjut mengenai MyIPO dan cara mendaftar layari www.myipo.gov.my
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Adik kenapa tak mandi ni. Busuk la anak Mama, bau masam!” Melihat dia masih mengeliat dan seakan tidak mahu bangun dari perbaringan, saya dukung dan bawa ke bilik air. Beratnya hanya Allah yang tahu.
Dulu ketika kecil tubuh inilah saya selalu dukung dan gendong. Sayang saya kepadanya tiada bandingan. Ketika mandi, saya sakat lagi dirinya, tak malulah adik ni, dah besar panjang pun nak Mama mandikan,” omel saya kepadanya dirinya
Sambil gosok-gosok seluruh tubuhnya saya tanya lagi dengan maksud bergurau.
“Kenapa sekarang adik pergi sekolah tak salam Mama. Adik tak sayang Mama ke?” Aju saya lagi dan pantas dijawab adik…
“Sayang la Mama, mana boleh tak sayang Mama!”
Hari ini, kalau boleh saya tak mahu memori itu terpadam. Ia jadi kenangan seumur hidup kerana seminggu selepas itu, saya mandikan adik lagi. Tidak ada lagi liuk lentok tubuhnya, tak ada lagi balasan cakap sayang dia kepada saya kerana hari itu, matanya terpejam rapat. Terlalu rapat dengan bibir yang memucat.
Allahurabbi… adik, minggu lalu Mama mandikan adik dengan penuh kasih keibuan. Hari ini, Mama mandikan adik penuh dengan tangisan.Ya, adik pergi. Adik tinggalkan Mama yang akan terus mengisi hari-hari sepi Mama untuk bertahun-tahun lamanya sebelum Mama dijemput Illahi, sama seperti adik terbaring hari ini.
Inilah antara kenangan termahal menghiasi memori dalam hidup Siti Mariam Mohd Suffian. Anak bongsu dan lelaki tunggalnya, Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12 tahun antara yang terkorban dalam tragedi nahas kepala air di Bukit Beruntung kejadian 17 Mac lalu.
Selain dirinya, pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10 dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12 ditemui mati lemas sewaktu menangguk ikan di sungai berkenaan.
Kesemuanya adalah pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1. Cuma seorang yang terselamat iaitu Muhammad Shahir Azman, 12 selepas dia dia sempat berpaut pada batang paip di tepi Sungai SKC iaitu 1.5 kilometer dari lokasi kawan-kawannya dihanyutkan.
Beberapa hari sebelum kejadian tiada lagi pergaduhan manja antara Aiman dan kakaknya, Ayu Suliana, 15. Biasa suara-suara ini menghiasi ruang rumah tetapi Aiman bagaikan sudah memberi isyarat, tiga empat hari ini suasana sepi, sesepi untuk hari-hari seterusnya. Tiada lagi canda dan gurauan mesra, tinggallah kakak seorang diri menjaga ayah dan Mama selepas ini.
Kongsi Siti Mariam lagi, ketika hari kejadian dia sepatutnya bercuti tetapi tetiba ada seorang kawan yang memintanya bertukar hari cuti. Sekitar jam 7 lebih, anak sulungnya mesej memaklumkan yang adik belum balik lagi.
Bia ditanya adik ke mana, si kakak tidak tahu. Adik ada latihan bola dan dia rasa risau kerana hari sudah Maghrib namun adik belum lagi sampai-sampai di rumah.
Ternyata, ketika semua orang tertanya-tanya dan mencari susuk kelibatnya, waktu itu jugalah Aiman sudah kaku. Tubuhnya sedang dihanyutkan air deras. Tubuh kecilnya langsung tak mampu melawan deruan ganas air. Dalam dia tertanya-tanya, jantung Siti Mariam seakan terhenti.
Whatsapp dari kumpulan penduduk memaklumkan, anaknya salah seorang dari tujuh kanak-kanak lemas di anak sungai SKC, Kampung Timah, Bukit Beruntung, Selangor. Hari ini dia hanya mampu membacakan ayat-ayat suci al-Quran di tanah perkuburan yang masih merah warnanya.
Anaknya itu sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Guchil Kuala Krai, Kelantan sehari selepas kejadian selepas dijumpai sekitar jam 9 lebih malam pada hari kejadian.
Hatinya masih terkenang-kenang. Sedihnya bukan kepalang. Impian anaknya mahu membeli kasut bola baru tidak kesampaian, hanya pingat-pingat yang sering dimenangi Aiman menghiasi almari di rumah mereka.
Al-Fatihah buat arwah Muhammad Aiman Fitri serta rakan-rakannya yang turut terkorban dalam nahas yang sangat menyayat hati ini. Semoga syurga tempat untuk anak-anak kecil ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penemuan terbaru oleh seorang Ahli Geologi menyatakan cara mudah cari berlian ialah di bawah Pokok Pandan. Ramai yang sedia maklum, berlian merupakan batu perhiasan yang punyai nilai yang sangat tinggi. Tidak semua orang mampu untuk memiliki berlian kerana harganya yang terlampau mahal.
Menerusi seorang ahli geologi, Stephen Haggertu daripada Universiti Antarabangsa Florida dalam penemuan terbaru memberitahu bahawa, kemungkinan terdapat berlian asli di sekitar kawasan yang ditanam pokok pandan.
Menurutnya, berlian biasanya tersembunyi dibawah tanaman ini, kerana berlian pada mulanya terbentuk jauh didalam dasar tanah dan akan naik ke permukaan oleh kesan volcanic. Seterusnya berlian akan terkumpul di kawasan batu yang disebut sebagai kimberlite.
Menariknya, pokok pandan biasanya tumbuh dikawasan yang ada banyak batu kimberlite ini. Dan tak hairan kalau ramai orang cari pokok pandan demi berlian!
Namun hati-hati iya, dalam ‘misi’ mencari berlian, pokok pandan juga sering menjadi sarang bagi haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking menumpang teduh!
Video dibawah berkongsikan cerita ringkas tentang penemuan baru ini: