Mingguan Wanita Talkshow bersiaran hari ini dengan topik kesihatan yang begitu sinonim dalam masyarakat kita. Bahaya Sakit Kepala, tajuk ini nampak ringkas namun sebenarnya ramai yang mengalami sakit kepala atau lebih sinonim dengan perkataan migrain.

Bagi mereka yang sering mengalami masalah ini pada kebiasaanya akan mengambil ubat tahan sakit atau beli ubat dengan farmasi. Tapi sebenarnya sebelum mendapatkan sebarang ubatan anda seharusnya mendapatkan nasihat doktor untuk memastikan preskripsi ubat yang diambil adalah yang bersesuaian.

Salah seorang panel jemputan yang pernah mengalami sakit kepala yang teruk turut hadir berkongsi pengalamannya yang kini sudah sembuh dari penyakit itu. Puan Nur Amalina Abd Rahim meneranhkan dia mengalami kesakitan hingga merakatkan kepala berdenyut-denyut.

“Kepala saya sangat berdenyut-dengut bila makan ubat tak OK. Jadi saya berjumpa dengan doktor dan doktor meminta saya untuk membuat pemeriksaan CT Scan dan ENT. Pada awalnya saya di diagnosis dengan migrain dahulu. Kemudian barulah doktor dapat tahu punca saya sakit kepala disebabkan oleh resdung.

“Selepas rawatan dilakukan barulah saya boleh rasa bau makananan. Dan kini Alhamdulillah saya beransur pulih,” jelas Nur Amalina.

Selain itu menerusi perkongsianya di akaun Facebook miliknya, Nur Amalina turut berkongsi pengalaman sewaktu menerima rawatan;

Thanks for the doa everyone 🙏
Sorry x dpt nk reply semua

Untuk yang bertanya,sis selamat menjalani minor operation (Functional endoscopic sinus surgery);ataupun bahasa yang senang nak faham is pembedahan resdung.
Masalah sis ni dah lama,bertahun-tahun,bukan tak p berubat tapi dh xlarat nk p brubat merata dah.So 3months back,jadi makin teruk,bila sis hilang deria BAU & RASA.
Lepas buat ct scan memang belah kiri muka sis dah blocked habis.
Pada sapa2 yang duk selalu bersin pagi2,pening2 kpala,duk slalu berhingus tu bawak2 la p check na sbb kuman sinusitis ni boleh merebak ke mata dan otak.

Ok dah habis beletiaq
Doakan sis cepat sembuh na” – 7 July 2019

“4/7/2019
Ni gambaq lepas operate,bru sedaq dr bius.
Doc kata mmg akn bleeding sbb kt dlm rongga2 hidung n muka byk urat darah.seram gak la sbb sis is penakut
.
Tapi jgn risau depa akn bg ubat stop darah n lain2
So lepas Operate doc akan masuk kan kapas dlm rongga hidung so nk bernafas kena guna mulut.” – 8 July 2019

Bagi menyaksikan lebih lanjut tentang penerangan mengenai Sakit Kepala bolehlah ikuti siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 8 malam ini di Astro Prima dan Astro Prima HD.

Deritanya Sakit Kepala, Akhirnya Nur Amalina Terpaksa Jalani Pembedahan Akibat Resdung
Bersama keluarga sewaktu menghadiri MW Talkshow tengahari tadi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI