Nak suntik semangat berani lagi positif dengan diri anak, sebenarnya kena bermula dari usia mereka masih kecil lagi.
Sebab itu, mak ayah tak digalakkan suntik dalam jiwa, minda anak-anak dengan rasa takut. Saranan pelakon, pengacara dan pengarah wanita, Yana Samsudin ini banyak benarnya.
Dalam memberikan inspirasi berani dalam diri anak lelakinya, Aisy Mateen, 2 Yana akui dia tak sebut perkataan TAKUT dekat anak.
Dan ini yang sebenarnya mak ayah malah mak ayah orang lain kena faham. Dengar perkataan itu lah nanti halang anak untuk berani mencuba sesuatu yang sebenarnya menjadi minat mereka.
Kata Yana, anak lelakinya, Mateen menunjukkan minat yang tinggi terhadap alam semula jadi.
“Haiwan, air, gunung, awan.. nampak air je dari jauh dah jerit, ‘Water! Air! Fish!”
“Tapi bila suruh berendam sorang-sorang dia takut. Kalau swimming pool baru-baru ini dia berani sikit. Mungkin sebab air tu jernih.”
“Adalah dia berangan nak terapung kat pool dalam.”
Ads
Jangan Kenalkan Perkataan TAKUT Dekat Budak Budak
Sebab itu Yana sentiasa semat tip penting ini bila nak suntik keberanian dalam diri Mateen. “Satu je nak pesan, budak-budak ini sebenarnya jangan kenalkan dia dengan perkataan ‘takut’.”
“Kadang-kadang mak ayah tak nak sebut langsung depan anak. Sanggup eja, tapi orang sekeliling kita suka sebut perkataan TAKUT.”
“Suka takutkan budak, takut hantu lah, takut lemas lah, takut itu takut ini. Apa sahaja perkataan negatif lah. Lama-lama budak-budak jadi takut tapi tak tahu takur apebendaaa.. hadoii.”
Ads
Tip Yana Buat Mateen Jadi Anak Yang Berani
Ini cara Yana ajar Mateen beranikan diri. Waktu dia masuk hutan bersama anak kecilnya, untuk menemankan makciknya memetik rebung, ibu anak ini melalui anak sungai yang jernih airnya.
Memandangkan minat Mateen terhadap alam semula jadi, Yana kongsi cara macam mana nak tukar rasa takut tu, jadi seronok cecah air sungai.
“So berbalik dengan Mateen, nak biasakan diri dia, kenalah warm up dulu.”
Ads
Dan ini caranya :
Basahkan muka dia dulu.
2. Bagi dia pegang air dan celup sikit.
3. Lepas itu, lama-lama dia ok.
4. Dia pun dah mula tengok orang terjun lama-lama, dia pun seronok. Lupa dah perasaan takut.
“Tapi perasan takut itu masih ada.. hahaha.. normal lah tu.”
MW: Dapatkan tipnya, makna kata kalau nak anak berani jangan sebut perkataan TAKUT yang boleh melunturkan jiwa berani dalam diri anak kita itu.
Tahun 2020 adalah tahun yang cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Semua sedia maklum tentang pandemik covid 19 yang menjejaskan semua golongan. Keadaan ini termasuklah dalam kesusahan untuk mendapatkan bantuan makanan. Namun, Hidup mesti diteruskan walau apa jua cara dan mungkin ada yang tidak bernasib baik kerana masalah ini.
Dek kerana ini jugalah ada yang tidak bernasib baik dan menempuh ujian dengan tiada pendapatan seperti sedia kala. Asbab itulah ada yang terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarga.
Sehubungan dengan itu, dalam membantu mengurangkan beban mereka, banyak badan kebajikan yang sudi menganjurkan aktivti CSR demi membantu golongan yang terjejas khususnya.
Antara salah satu inisiatif yang diambil oleh beberapa badan kebajikan bersama Community Transformation Initiative Berhad (CTI) telah berjaya membantu golongan yang memerlukan bekalan makanan.
Bantuan Makanan, Cari Peluang Penuhi Keperluan Pemakanan
CTI adalah NGO yang menerajui perlaksanaan utama projek ini yang berkolaborasi dengan beberapa pihak. Ia mencari peluang untuk memenuhi keperluan pemakanan ibu mengandung dan bayi untuk 1000 hari pertama terutamanya semasa pandemik covid 19.
Secara umumnya, bantuan makanan dihulurkan kepada NGO kepada komuniti yang memerlukan adalah barangan makanan tetapi tidaklah mengandungi buah-buahan segar, sayuran dan sumber protein seperti daging, ikan dan telur. Malah, kebanyakan makanan yang disumbangkan adalah makanan kering seperti kentang dan bawang yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
Sehubungan dengan itu, Puan Clara Wan, pengasas Graze Market, sebuah syarikat keusahawanan sosial yang berusaha untuk menyelamatkan sayuran daripada pembaziran telah memberi cadangan kepada CTI yang merupakan pengedar PRUkasih (sebuah rancangan Perlindungan Pendapatan CSR oleh Prudence Foundation) untuk memohon dana ini.
Dari situlah, Pejabat perhubungan Komuniti International Dietetik dan Pemakanan IMU untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka. Seramai 2 pensyarah dan 5 pelajar tahun akhir dari Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pemakanan telah terlibat dalam penyampaian bengkel pemakanan (atas talian) dan bengkel pemakanan dan cara masakan sihat di facebook Live baru-baru ini.
Bengkel Nutrisi, peserta membuat perbincangan berkumpulan.
Kriteria Kawasan Terpilih
Peranan CTI di sini adalah sebagai pelaksana projek utama dan bertanggungjawab untuk mengambil masuk keluarga yang memerlukan dan memenuhi kriteria, mendapatkan statistik kesihatan pra dan post program melalui ukuran dan mendirikan komuniti Whatsapp dan facebook dalam menyediakan ekosistem sokongan untuk pembelajaran dan sokongan antara satu sama lain.
Kami membuka permohonan kepada penduduk PPR Kota Damansara yang pernah mengikuti program kami sebelum ini.
Malah, penduduk berpendapatan rendah di komuniti PPR Kota Damansara menghadapi cabaran disebabkan kehilangan kerja dan pendapatan. Wang simpanan tidak banyak dan sudah digunakan semasa PKP.Semasa melawat mereka, di rumah untuk menilai keadaan keluarga itu, kami turut bertanyakan mereka siapa lagi yang mereka kenal untuk memenuhi kriteria kami (cara ‘snowballing’).Kami menyenarai pendek berdasarkan kriteria berikut:
Mengandung
Bayi bawah 1 tahun
Bayi bawah 2 tahun
Status ekonpmi (pemohon dengan pendapatan sekeluarga yang rendah akan dipertimbangkan dahulu).
Tindakbalas kepada aktiviti kami (kami keluarkan nama jika mereka tidak menjawab telefon/whatsapp/ tiada di rumah setiap kali kami melawati mereka).
Sumbangan Yang Diberikan
Makanan basah diberi setiap minggu selama 12 minggu. Nilai makanan basah adalah antara RM65 hingga RM75 setiap minggu. Sementara itu, makanan kering dibekalkan sekali setiap bulan untuk 3 bulan yang bernilai RM120 setiap bulan.
Makanan kering yang dibekalkan pada bulan September 2020.
Bekalan makanan basah pada bulan Disember 2020.
Malahan, sekiranya terdapat sumbangan daripada pihak lain seperti tepung susu tumbesaran dan pelitup muka juga akan diberi kepada peserta.
Selain daripada sumbangan itu, bengkel pemakanan oleh IMU dan pengwujudan ekosistem sokongan untuk memastikan setiap peserta memahami kepentingan pemakanan yang diperlukan dalam tempoh 1000 hari pertama kehidupan seorang bayi serta cara penyediaan makanan yang sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan kanak-kanak.
Sukarelawan Terlibat
Dari bulan Ogos hingga November 2020, seramai 65 sukarelawan dari International Medical University (IMU), Eastspring Investments Berhad, Graze Market dan gereja setempat telah terlibat dalam program ini.
Sukarelawan dari IMUSukarelawan dari Eastspring Investments Berhad, Graze Market, CTI dan gereja tempatan semasa penghantaran makanan kering bulan September 2020.Aktiviti kutipan makanan basah bersama Graze Market
Harapan Penganjur
Melalui projek ini, kami berharap dapat memulihkan 50 keluarga terpilih kepada tahap kesihatan yang lebih baik, membantu mereka mendapat akses untuk pemakanan yang diperlukan dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan pemakanan supaya dapat membuat pilihan yang lebih baik mengenai pemakanan pada masa hadapan.
Kami juga berharap peserta dan keluarga mendapat manfaat daripada program ini dengan apa yang siberi termasuk bekalan makanan, pengetahuan pemakanan, kumpulan sokongan, ibu-ibu dan perkongsian pengalaman, pengetahuan dan resipi dari ahli kumpulan ini.
Peserta juga diharap dapat belajar ilmu pemakanan ibu mengandung dan bayi, cara makan dan masak yang sihat serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Dengan cara ini, kesihatan ibu dan bayi meningkat serta tabiat yang terbentuk akan memberi impak dalam jangka masa panjang untuk kehidupan mereka dan keluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berita baik buat semua peminat KRU — tiket Konsert GENKRU Hari Keempat bakal mula dijual pada 8 Mei 2025 jam 1 petang! Kalau sebelum ini anda kecewa sebab tak sempat mendapatkan tiket, inilah peluang keemasan untuk jadi sebahagian daripada sejarah yang bakal dikenang lama dalam dunia hiburan tanah air.
Siapa sangka, dalam tempoh kurang satu jam, tiket konsert hari pertama dan kedua dah sold out. Hari ketiga? Sama laju, tak sempat berkelip mata, terus habis! ujar Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, sendiri pun tak mampu berkata-kata.
Icon Entertainment ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiket konsert GENKRU hari pertama dan kedua habis dijual dalam durasi tidak sampai satu jam! Manakala tiket hari ketga juga secara rasmi sudah sold out!
“Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’, ujar Iman Tang, pengasas ICON ENTERTAINMENT.
Sebagai ‘hadiah’ dari Icon Entertainment dan KRU sendiri, mereka telah sepakat untuk
menambah sehari lagi menjadikan konsert ini berlangsung secara empat malam!
Peminat Desak Tambah Malam, KRU Dengar Suara Hati Mereka
Bila peminat mula banjirkan DM, Icon Entertainment dan KRU tak tunggu lama. Mereka sepakat tambah satu malam lagi, 11 Mei 2025, kebetulan jatuh pada malam Ahad, sehari sebelum cuti umum Hari Wesak. Bagi Dato’ Norman, ini bukan sekadar soal jual tiket, tapi soal memenuhi impian peminat.
Konsert Empat Malam, Sejarah Baru Dalam Industri Hiburan
Apa yang terjadi sekarang bukan sekadar konsert. Ia adalah bukti betapa karya dan usaha anak seni tempatan dihargai rakyat Malaysia. Ini bukan sekadar nostalgia, tapi satu perayaan muzik yang bakal mencipta sejarah. Icon Entertainment sendiri melihat ini sebagai tanda istimewa dalam perjalanan seni mereka — dan peminat, anda adalah sebahagian daripada sejarah itu.
Masanya untuk menambah momen manis bersama KRU dan menjadi sebahagian dari sejarah yang bakal tercipta bukan sahaja buat KRU dan Icon Entertainment malah buat industri seni hiburan sendiri. Sebuah tanda bahawa karya dan usaha anak seni tempatan mendapat tempat yang paling istimewa di hati para peminat mereka dan rakyat Malaysia umumnya.
Jualan tiket untuk Konsert KRU Day 4 bakal dibuka jam 1 petang, 8 Mei 2025 di www.ticket2u.com.my/kruDay4, dengan pelbagai kategori harga untuk peminat setia! Nikmati pengalaman maksimum dengan kategori Impak Maksima (RM588), atau pilih mengikut gaya anda seperti Geren2 Beres (RM548), Balada Ha2 (RM508), Wanita (RM478), Cherrina (RM358) dan Malam Kita (RM258).
Pastikan anda jadi antara yang terawal, sebab seat cun confirm cepat habis!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ketika diuji pandemik Covid-19, tiba masanya untuk seluruh umat Islam di Malaysia berganding bahu, sama-sama bergabung membaca surah Ar Rahman di rumah sendiri. Ini antara salah satu solidariti Malaysia #QURANTIME @QUARANTINE.
Datuk Hussamuddin Hj, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas menyeru orang ramai bersama-sama. Untuk menjayakan sessi Satu Jam bersama Al-Quran, di rumah masing-masing.
Katanya, “Menjelang waktu Jumaat/ Zuhur, 20 Mac 2020, Insyaallah JAKIM, TV AlHijrah, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas & Sinar Harian bergabung tenaga.
Untuk membawakan sessi Satu Jam bersama Al-Quran yang akan dipancarkan secara langsung melalui TV AlHijrah kepada seluruh rakyat Malaysia.”
Gemakan Surah Ar Rahman Di Manapun Anda Berada
“Di dalam suasana takut, sedih, bimbang dan lemah yang menyelubungi rakyat saat ini, kita berharap Al-Quran lah yang memberikan kekuatan, penyejuk, petunjuk, panduan dan penyembuh kepada kita semua.”
“Mohon bantuan untuk kita sebarkan sessi 1 jam bersama Surah Ar Rahman pada 20 Mac 2020, siapkan Al-Quran bersama-sama kita dan Insya-Allah kita akan gemakan Surah Ar-Rahman dari manapun kita berada, memahami apa mesej Allah kepada kita dan mengamalkannya dalam kehidupan kita dengan tekun.”
Tambah beliau lagi, “Kepada Allah kita hadapkan wajah kita. Dan kepada Allah jua kita memohon pertolongan untuk memberikan kita kekuatan bagi menghadapi cabaran saat ini.”
“Mohon bantuan sebarkan seluas-luasnya sessi 1 jam, antara jam 12 hingga 1 petang.”
MW :Ambil peluang untuk baca bersama-sama dengan famili yang ketika ini jalani kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan di rumah. Jom mak ayah!
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...