Kemas, cantik serta harmoni sekali kombinasi rona pastel dan putih yang melatari segenap ruang kediaman indah ini. Ditambah pula dengan ilham dekorasinya yang moden serta mengikut trend semasa menjadikan dekorasi hunian jenis apartmen ini tidak jemu dipandang. Ternyata, pemiliknya bijak menata gaya setiap ruang bersama idea segar yang menyerlahkan kreativiti.

Dekorasi Idaman, Rona Putih & Pastel Mendamaikan Jiwa

Adunan rona sejuk dan pastel cukup mendamaikan jiwa. Tanpa menggunakan sentuhan daripada pereka interior profesional salah satu kolum di dalam ruangan Majalah Mingguan Wanita Edisi Ogos menampilkan kediaman Tengku Syamimi binti Tuan Abdul Rahman dan suami yang menggarap sendiri ilham untuk kediaman mereka ini. 

“Saya bermula sebagai seorang personal shopper barangan interior di Instagram secara separuh masa. Ia dilakukan secara suka-suka dan memenuhi minat sahaja. Namun, lama kelamaan ramai pula yang memesan serta memberikan kepercayaan kepada saya untuk membelikan barangan dekor yang diinginkan. Setelah berhenti kerja sebagai jurutera, saya mengambil keputusan untuk menjadi personal shopper secara sepenuh masa ketika itu pada tahun 2015. Kini sudah tiga tahun saya  bergelar personal shopper,” kongsi ibu kepada tiga cahaya mata ini yang berasal dari Terengganu.

Dekorasi Idaman, Rona Putih & Pastel Mendamaikan Jiwa

IKLAN

 

 Kena Rajin Jika Pilih Tema Putih 

Mungkin ramai yang kurang menggemari mahupun yakin dengan penggunaan warna putih sebagai tema utama untuk menghias kediaman. Ini kerana kotoran akan mudah kelihatan hingga menyukarkan untuk menjaganya. Namun sebaliknya bagi Tengku Syamimi kerana putih merupakan warna pilihan untuk dijadikan tema dekorasi rumah. Walaupun memiliki anak kecil tetap tidak menghalang dia dan suami untuk memilih warna putih sebagai tema.

Kediaman yang memiliki tiga bilik tidur termasuk bilik tidur utama, sebuah bilik kerja serta dua bilik air ini dihias kemas dan menarik mengikut cita rasa Tengku Syamimi dan suami. Sementara ruang dapur basah menggunakan kombinasi warna putih dan pink untuk mencipta sebuah suasana yang selesa khususnya ketika memasak.

IKLAN

Ruang makan yang dilengkapi dengan set meja makan rona putih untuk enam orang ditempatkan bersebelahan dapur basah yang hanya dipisahkan dengan dinding. Tengku Syamimi mengaplikasikan warna-warna pastel untuk kelengkapan di meja makan seperti napkin, pinggan, mangkuk, cawan serta sudu.

Dekorasi Idaman, Rona Putih & Pastel Mendamaikan Jiwa

IKLAN

Harga Bukan Penentu

Untuk pemilihan perabot, saya memilih berdasarkan konsep yang telah ditetapkan iaitu moden. Tengku Syamimi juga, agak teliti dalam hal ini.

“Sekurang-kurangnya 30 peratus daripada perabot kami dibeli dari luar negara. Bagi saya mahal atau murah sesuatu produk itu bukanlah menjadi keutamaan kerana apa yang penting ialah kreativiti bagi menjadikan ruang kediaman lebih menarik dan selesa. Itulah faktor yang saya utamakan setiap kali menghias kediaman,” jelas Tengku Syamimi.

Dekorasi Idaman, Rona Putih & Pastel Mendamaikan Jiwa

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI