Sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac ini, Mingguan Wanita Talkshow tengah hari tadi telah membincangkan topik ‘Aspirasi Wanita Unggul’. Maklum sahaja, sekarang ini rami wanita di luar sana yang hebat dalam bidang tertentu dan peranan masing-masing . Bukan sahaja dari segi kerjaya tetapi dalam urusan rumah tangga.

Kali ini MW Talkshow turut mengundang wanita hebat ‘Warden Tembok Besi’ yang berkongsi cerita tentang tugasnya berdepan dengan pesalah dan masa yang sama menguruskan keluarga.

Menurut Koperal Noorhasnah Mohd Sobri, Pegawai Penjara Wanita Kajang:

“Orang ingat bekerja dalam bandan uniform terutamanya pegawai penjara adalah seorang yang memang garang dan tegas. Sebenarnya, ketegasan itu kena ada bila kita ceburkan dalam bidang nie. Kita kena letakkan diri kita tegas, tetapi bila di rumah sudah tentu karakter akan bertukar.

Katanya, bukan sahaja kena tegas tapi bersisiko tinggi dengan pelbagai penyakit dan masalah ketika berada dalam penjara.

“Satu lagi, apabila bekerja kami terpisah dan terputus dengan dunia luar dan keluarga sepanjang bertugas. Ini kerana telefon tidak dibenarkan masuk.

IKLAN

Pengalaman yang sukar dilupakan oleh Koperal Noorhasnah apabila dia dikenakan untuk membawa pesakit ke ‘hentian terakhir’.

“Bayangkan sebelum hari terakhirnya, suasana pilu apabila ahli keluarga datang bertemu buat kali terakhir. Kita turut sama timbul rasa sedih kerana tidak dapat bayangkan hari ini berjumpa keluarga, esok dia sudah berada di dunia lain dan tidak mungkin dapat berjumpa lagi.

IKLAN

Bagi PKK Zulia Khamis, Timbalan Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Penjara Malaysia pula mengatakan banyak cabaran bila terlibat dalam bidang ini.

“Cabaran dalam menguruskan kakitangan, disiplin dan pengurusan harian. Begitu juga dalam cabaran menguruskan keperluan harian banduan, pengurusan keselamatan, program pemulihan dan sebagaianya.

“Jadi, kita sebagai wanita dan ketua, jangan letakkan diri sebagai bos tetapi letakkan diri sebagai orang yang memimpin satu kumpulan untuk mencapai satu objektif. Idak dinafikan, lelaki ada ego yang tersendiri, jadi kita kena bekerja dalam satu kumpulan, bekerjasama, saling menghormati untuk mencapai matlamat dan objektif yang sama.

Tambahnya lagi, tanggungjawab itu adalah di tempat kerja. Apabila di rumah, peranannya juga penting sebagai pengurus keluarga untuk mencapai misi dan visi menjadi satu keluarga yang boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara.

IKLAN

Bagi mengikuti lebih lanjut tentang topik ini, saksikan siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada jam 8.00 malam bersama pengacara, Nurul Syuhada dan Nuafal Hatta.