Sememangnya definisi bahagia adalah berbeza bagi setiap wanita, malahan ada wanita yang sanggup melepaskan segalanya kerana komitmen dan ujian yang tak pernah dijangka.
Oleh itu, bila ada insan sekeliling kita terutamanya orang yang rapat dengan kita memilih jalan bahagia mereka jangan disalahertikan. Kerana bahagia bagi dia tak mungkin sama dengan cara kita mencari bahagia dalam hidup.
Segelintir mak-mak mungkin bahagia dengan bekerja sambil uruskan rumah tangga, setengahnya pula selesa hidup membujang seterusnya berbakti kepada kedua ibu bapa.
Dan ada juga wanita yang berjaya dalam karier berpangkat tinggi tetapi akhirnya memilih untuk menguruskan keluarga dan anak-anak.
Ikuti perkongsian Siti Suryani Yaakop ini dan fahami mesej yang cuba dia sampaikan :
Dulu masa sekolah menengah kan, aku pernah jadi Ketua Pengawas. Lepas tu segala jenis benda aku nak masuk. Aktiflah sangat konon-kononnya.
Kawan aku pernah cakap, “Kau satu hari nanti, mesti jadi orang hebat. Orang besar”.
Ya. Betul.
Makbul doa kawan aku.
Memang aku jadi orang besar. Tapi yang besar tu cuma badan aku. Aku rasa dia tak habis cakap. Atau aku memang salah faham.
Tu bab besar.
Bab hebat pulak.
Hebatkah?
Apa hidup hebat bagi aku?
Bebas, tenang, gembira.
Bebas memilih jalan hidup aku tanpa perlu bersandar pada definisi kejayaan mengikut hala mata orang lain.
Definisi Bahagia Berbeza
Aku ada kawan. Bujang. Hidupnya sibuk dengan kerja amal. Dia tak kisah cerita nak kahwin. Hendak sedih belum kahwin. Nak kalut bergetar rusuk. Tidak. Dia mencari bahagia dengan mencipta jalan dan tujuan hidupnya sendiri. Buat kebajikan.
Aku juga ada lagi satu kawan. Masa tengah sambung belajar, dia diuji dengan masalah ibu yang sakit. Komitmennya bertambah. Masa, tenaga, duit. Dia memilih ibu.
Akhirnya dia berhenti belajar. Duit bulanan dia tambah bayar pada jururawat khas untuk jaga ibu dia waktu dia bekerja.
Juga punya kawan yang jadi pelajar terbaik masa di universiti dulu. Bijak. Cantik. Kemas. Disiplin. Tapi, dia tidak memilih ke mana-mana dengan kehebatan dia. Dia tekad memilih menjadi ibu sepenuh masa.
Pilih Jalan Bahagia Kerana Ujian, Komitmen
Aku melihat orang yang mampu untuk berada di puncak tapi meninggalkan semuanya kerana punya komitmen dan ujian tanpa disangka.
Dan aku lihat juga orang yang mampu berjaya sebenarnya kalau dia usaha. Tapi dia sendiri tak mahu.
Bukan kerana malas usaha, tapi kerana hala tujunya telah berbeza. Haluan hidupnya beralih fasa. Dia memandang hidup dan berjaya dari definisi berbeza dari pandangan kita.
Sebab itu kadang-kadang bila nak bagi motivasi pada orang lain, sedarlah.
Jangan sampai nasihat jadi hinaan. Dan jangan sampai dorongan jadi kutukan.
Tak ketinggalan jangan sampai suruhan jadi desakan.
Setiap Orang Berhak Bahagia
Kita tak tahu apa masalah orang lain yang menghalang dia berjaya dengan definisi sempit kejayaan di mata kita.
Atau memangnya apa pandangan dia mengenai hidup yang tak meletakkan dia di tempat yang sama seperti kita.
Jangan sombong bila Allah menguji kita di tempat kita.
Tidaklah menjadi lebih tingginya kedudukan kita dengan memandang rendah pada orang lain yang tidak berdiri serupa.
Kebiasaannya kesalahan orang lain kita nampak tetapi kelemahan sendiri di depan mata tak pernah nak perbaiki. Di mata kita, nampak sahaja kesalahan orang, tak kena di situ, tak kena di sana.
Tetapi bila melibatkan kelemahan diri, terus tak nampak. Hati-hati iya dalam menghakimi hidup orang, apatah lagi orang yang tidak kita kenali sepenuhnya. Bimbang jatuh fitnah pula.
Ikuti perkongsian Nur Ain Hassan ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
Pagi tadi saya mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Prof Muhaya… Kisah sepasang suami isteri, ceritanya berbunyi begini…
Kesalahan Orang Lain Kita Nampak
Pada suatu hari si isteri melihat ke luar tingkap rumahnya. Dia melihat jirannya sedang menjemur pakaian. Lalu si isteri itu berkata kepada suaminya.
"Abang, cuba tengok jiran kita itu, kasihannya dia tak pandai cuci baju. Tengok pakaian yang dicucinya itu, semua tak bersih dan kotor. Saya rasa nak pergi bagi dia sabun dan hendak ajar cara cuci baju!"
Suaminya cuma berdiam diri.
Esok si isteri mengadu lagi perkara yang sama kepada si suami. Dan si suami tiada apa-apa reaksi.
Nampak Salah Orang, Kelemahan Sendiri Buat Tak Nampak
Hari ketiga dia cuba memerhati lagi. Dan kali ini dia melihat jirannya sudah pandai mencuci baju. Lantas dia berkata kepada suaminya.
"Bang, cuba tengok jiran kita tu! Dia dah pandai cuci bajulah. Saya nampak pakaian yang dicucinya sudah bersih. Adakah abang pergi bagi tahu suaminya?" tanya si isteri.
Maka jawab suaminya.
"Taklah, pagi tadi abang lap tingkap rumah kita. Selama ini jiran kita memang sudah pandai cuci baju dan pakaian yang dibasuhnya semua bersih, tapi disebabkan tingkap rumah kita yang kotor, kita nampak pakaian mereka pula tidak dicuci dengan bersih."
Salah Tanggapan Nampak Salah Orang Saja
Si isteri tergamam. Betapa selama ini dia sudah salah tanggapan. Dan dia terasa malu pada diri sendiri.
Moralnya di sini, betapa mudah kita melihat kesalahan orang lain dan kita selalunya akan senang nampak kelemahan orang lain, sedangkan kelemahan kita di depan mata tak pernah kita nak perbaiki.
Alhamdulillah, bingkisan Prof Muhaya pagi tadi sungguh terkesan buat diriku ini. Semoga jalan cerita itu dapat menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita bersama dalam menusuri kehidupan yang sementara ini.
MW: Lain kali sebelum sibuk-sibuk tengok kekurangan dan kelemahan orang lain, belek dulu diri sendiri. Risau salah orang lain nampak, salah dan kelemahan sendiri tak terjaga. Bukankah lebih mengaibkan.
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa pada setiap 13 Ogos merupakan Hari Kidal Sedunia. Tak ramai yang dilahirkan kidal, istimewanya hanya 10 hingga 15 peratus sahaja daripada populasi dunia.
Antara selebriti dunia dan tempatan terkenal yang kidal seperti Justin Bieber, Angelina Jolie, Julia Roberts, Keanu Reeves, Lady Gaga, Nicole Kidman, Sarah Jessica Parker,Oprah Winfrey, Brad Pitt, Hugh Jackman, Scarlett Johannson, Tom Cruise,Gordon Ramsay, Yusry KRU, Lisa Surihani, Man Kidal, Rozita Che Wan, Azza Elite dan ramai lagi.
Banyak kelebihan yang dimiliki oleh orang yang bertangan kidal ni. Antaranya dianggap unik dan kreatif, dikatakan memiliki IQ yang tinggi dan lebih bijak.
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibu bapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendifinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenal pasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
5. Perlu tahu lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
6. Orang kidal kebiasaannya mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah disebelah kanan.
7. Orang Kidal lebih cepat marah.Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, ini salah satu punca mereka sering bad mood.
8. Untungnya orang kidal terbukti jauh lebih cerdas dan bijak daripada yang bertangan kanan.Menurut kajian dari St.Lawrence University,kebanyakkan orang kidal memiliki IQ lebih dari 140.Buktinya, Da Vinci, Michelangelo, Einstein, dan Newton adalah orang-orang kidal.
9. Dari segi kesihatan, orang kidal lebih cenderung mempunyai alahan, mudah mendapat migrain serta lebih cenderung menjadi penderita insomnia.
10. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan dan mahir bidang komputer, memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. Juara dunia tenis Rafael Nadal merupakan seorang pemain bertangan kidal manakala 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan kidal.
11. Antara personaliti terkenal yang kidal adalah Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Barack Obama, Bill Clinton , Ronald Reagan ,Jimi Hendrix, Angelina Jolie, Tom Cruise, Park Shin Hye, Kim So Hyun, Justin Bieber dan ramai lagi.
Baru 10 hari lalu bernikah, namun apakan daya ajal, maut di tangan Tuhan. Guru yang maut dalam kemalangan jatuh gaung di Kampung Kijang berhampiran Jambatan Merotai, Tawau, awal pagi tadi baru saja melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu.
Dayana Damsah, 27, yang maut di lokasi kejadian selepas kereta dinaiki bersama tiga rakan sekerjanya terbabas sebelum terjunam ke gaung.
“Ketika itu kami cuma dimaklumkan ada mangsa yang terkorban, namun identiti belum dapat dikenal pasti sehinggalah pengecaman dibuat ahli keluarga,” katanya.
Tambah Pujiah, Dayana dan anaknya melangsungkan pernikahan pada 27 Julai lalu dan majlis kenduri dibuat di kediaman sebelah pihak perempuan di Kampung Pasir Putih pada hari yang sama.
“Pihak kami pula baru sahaja selesai mengadakan kenduri pada Sabtu iaitu 1 Ogos lalu di Kampung Muhibbah, sebelum Nurhan pulang bertugas di Kemaman, Terengganu petang semalam,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa menantunya itu.
Selain Dayana, kemalangan ini mengorbankan seorang lagi rakan mangsa, Nurizyani Kafli@Masri, 24, yang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tawau sementara dua lagi rakannya Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin cedera parah serta mendapat rawatan di hospital yang sama.
Semua mangsa mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dan dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah ketika kejadian berlaku.
Sementara itu, suami mangsa yang bekerja sebagai jurutera dengan syarikat minyak dijangka tiba dari Terengganu jam 7 malam ini. Menurut perkongsian sahabat baiknya, Haniff Istiqamah di akaun facebooknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!