Tindakan selebriti chef, Datuk Fazley Yaakob,40 membersihkan muntah anaknya sendiri di lantai salah sebuah kedai serbaneka sebab tak nak orang lain terpijak wajar menjadi contoh buat mak ayah yang lain. Ia juga boleh menjadi salah satu cara didikan dan memupuk rasa bertanggungjawab pada anak-anak, apabila melihat perlakukan dan tindakan yang mak ayah lakukan.
Menerusi video yang dikongsikan Fazely Yaakob di akaun Instagram (IG) peribadinya menunjukkan dia sedang mengemop lantai sambil diperhatikan anaknya, Ahmad Firudz yang difahamkan baru sahaja termuntah.
Video tersebut mendapat perhatian pengikut IG yang rata-rata memuji cara Fazley yang dikatakan sebagai contoh terbaik.
Ads
Fazley dalam entri tersebut memberitahu ketika bawa anaknya ke kedai serbaneka tersebut, anaknya tiba-tiba termuntah.
Bimbang muntah itu dipijak oleh orang lain, Fazley terus bertindak mengemop serta membersihkannya sendiri.
Ads
“Saya ayahnya, jadi biarlah saya yang bersihkan, saya tak nak orang lain buat,” jelas chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob mengenai tindakannya yang membersihkan sendiri muntah anaknya di sebuah pasar raya mini.
Katanya, perlakuan itu hadir secara spontan kerana anak ketiganya, Ahmad Firudz Shah (Piyush) muntah sebaik sahaja tiba di pasar raya mini tersebut.
“Ia memang spontan. Piyush termuntah sebaik sampai di kedai. Jadi, saya terus ke stor cari mop serta baldi dan mencucinya.
“Saya rasa orang kedai tu pun tak perasan anak saya muntah. Lagipun, mereka terlalu sibuk dan pelanggan pun ramai.
“Biarlah saya saja yang pastikan pelanggan lain tak terpijak,” katanya.
Jelasnya, ia merupakan satu perkara semula jadi bahkan merupakan salah satu tanggungjawab mak ayah.
Ads
“Saya rasa benda ini secara natural, kalau anak-anak kita yang buat kotor jangan harap orang lain bersihkan.
“Cuba sedaya upaya untuk pegang tanggungjawab itu, walaupun kita dah pakai elok-elok untuk ke acara penting.
“Anak-anak ini macam kain putih, biar mereka sedar kita sebagai ibu bapa adalah contoh terbaik,” katanya.
Tidak menduga, perkongsian itu berjaya mencuri perhatian peminat dan pengikutnya di IG yang rata-ratanya kagum dengan tindakan Fazley.
Kesimpulannya, tindakan ini memang wajar & mak ayah memang kena biasakan diri menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak, agar menjadi ikutan mereka.Perkara yang sama juga boleh dilakukan sewaktu keluar makan di kedai atau restoran. Apa salahnya, memudahkan kerja pelayan dengan kumpul sisa-sisa makanan anak yang berterabur dalam satu pinggan berbanding membiarkan ia bersepah-sepah diatas meja.
Anak-anak ini perlu dibentuk dari rebung lagi. Seawal usia 6 tahun pertama, mereka dah perlu didedahkan dengan ayat-ayat Allah. Ibu ini, Nurkhomsiah Bakrim berkongsi cara didik anak-anaknya hafal surah Al-Ikhlas dengan kaedah potongan ayat.
“Jangan LAMBAT perkenalkan Allah dalam kehidupan awal seorang anak.”
“Jangan BIARKAN orang lain mengambil alih amanah ini.”
Kata-kata ini selalu buat saya tersentap.
Kadang-kadang terasa anak masih kecil.
Kadang-kadang terasa ustaz/ustazah di sekolah lebih layak.
Hakikatnya.. IBU BAPA ialah individu yang paling layak memperkenalkan Allah kepada anaknya sendiri. 6 TAHUN PERTAMA ialah masa terbaik untuk mind programming seorang anak.
Atas dasar inilah Nurkhomsiah perkenalkan Quranic Playtime pada anak-anak kecilnya. Untuk aktiviti ini, beliau memilih surah Al-Ikhlas.
“Walaupun ini bukan kali pertama buat aktiviti berdasarkan surah ini, revision and repetition adalah satu keperluan buat semua insan biasa yang sifatnya selalu terlupa dan berdosa.”
Mak-mak boleh terangkan kisah sebegini pada anak-anak:
Pada suatu hari, sekumpulan orang Yahudi datang kepada Nabi Muhammad S.A.W. Antara rombongan tersebut ialah Ka’ab bin Asyraf dan Huyay bin al-Khattab.
Salah seorang daripada mereka bertanya, “Wahai Muhammad, gambarkanlah kepada kami bagaimanakah ciri-ciri Tuhan yang kamu sembah?
Kemudian, Allah S.W.T menjawab persoalan mereka dengan memerintahkan Malaikat Jibril menurunkan surah al-Ikhlas sebanyak 4 ayat.
Mak-mak jangan lupa untuk mantapkan dan perbaharui iman anak dengan checklist soalan-soalan berkaitan:
Objektif akativiti ini adalah untuk melakukan:
√ Pengulangan bacaan ayat demi ayat dan maksudnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
√ Memperkenalkan dan menyusun Al-Quran per kata untuk menghasilkan satu surah lengkap.
√ Menghias surah yang sudah lengkap untuk merangsang kreativiti dan mewujudkan perasaan lebih menghargai ayat-ayat Allah. (Hasil kerja mereka di laminate dan disimpan di dalam sebuah fail khas)
Mak-mak boleh lihat kembali di sebalik aktiviti yang diperkenalkan pada anak-anak ini, mereka akan mendapat hasil luar biasa yang berikut:
Surah al-Ikhlas sangat pendek tetapi mengandungi makna setanding dengan sepertiga al-Quran. Jika kita mahu berkenalan dengan Allah dan memperkenalkan Allah kepada anak-anak, fahamilah surah ini.
Semakin anak membesar, kita berusaha dan berdoa anak dapat keyakinan:
– Ibu bapa tidak sentiasa melihat mereka, tetapi Allah Maha Melihat.
– Sungguh Ibu bapa tidak mengetahui segala yang mereka sembunyikan, tetapi Allah Maha Mengetahui.
– Dan ibu bapa tidak mampu menolong mereka setiap masa, tetapi Allah Maha Menolong.
Anak perlu dididik Allah S.W.T tidak mempunyai ibu bapa dan anak seperti manusia. Allah tidak mempunyai keturunan serta tidak bertambah atau berkurang. Allah tidak berubah kerana zat-Nya Maha Sempurna. Dia wujud dan kekal abadi. Tiada sesuatu pun di dunia ini yang setara atau menyamai sifat dan zat Allah S.W.T.
Aktiviti menyusun per kata surah Al-Ikhlas membantu anak-anak belajar sambil bermain. Otak mereka sangat cepat pick up perkataan jawi yang banyak diulang-ulang dalam al Quran. Contohnya, “Allah”.. “Qul”.. “Lam”
Mungkin masih ramai yang tak kenal bunga cica. Jangan tak tahu ya, ini salah satu bahan membuat lepat yang amat enak dimakan pada musim-musim tertentu sahaja.
Apa yang menarik, rupanya bunga cica ini akan dikutip untuk dibuat lepat. Semoga makanan tradisi ini terus kekal diwarisi generasi akan datang. Nak tahu macam mana nak buat Lepat Bunga Cica, godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Nor Imah Shahabudin…
Sekarang musim bunga cica luruh, bangun pagi-pagi kutip dengan anak-anak dan kakak.
Saya buat ikut resepi arwah mak. Bunga cica ni ikut la kalau nak buat yang kering, kena jemur bagi kering dulu. Lepas itu blend guna yang kering sampai jadi halus. Saya buat yang bunga basah punya, basuh-basuh bagi bersih lepas tu bagi kering air jap. Lepas tu blend dengan santan.
Blend bunga cica dengan santan, masuk gula ikut nak rasa manis macam mana, masuk garam sikit.
Masuk bahan blend tadi dalam bekas, masuk tepung pulut sikit-sikit kacau bagi sebati. Saya guna tepung pulut yang 500gram, masuk tepung gandum kacau sampai sebati. Jangan terlalu pekat atau cair.
Dah siap potong daun pisang ikut citarasa nak besar atau kecik.
Setengah orang akan buat inti kelapa letak dalam lepat tapi saya tak letak.
Masa nak bungkus tu sapu minyak masak sikit kat daun pisang sbb nnti tak mau bg lepat lekat kat daun pisang.
Bahan-bahan kat atas saya tak ikut sukatan, kena agak-agak bahan yang guna.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mempunyai anak ramai, jarak rapat-rapat dan masih kecil memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Ramai yang menganggap ‘leceh’ menguruskan anak ramai, lebih-lebih lagi untuk memastikan mereka berkelakuan baik dan menjaga tingkah laku, terutamanya ditempat awam. Nak bawa mereka keluar makan ke kedai makan contohnya, perlu fikir dua tiga kali. Anak bergaduh, air atau makanan tumpah perkara biasa yang mungkin berlaku.
Namun sebaliknya, menurut perkongsian oleh Puan Siti Maisarah Saifuddin yang merupakan ibu kepada 5 orang anak lelaki, perkara ini tidak berlaku. Bagi beliau, menguruskan anak ramai lebih mudah berbanding anak anak yang sikit.
Berikut antara perkongsian tip yang diamalkan oleh wanita beranak 5 ini yang boleh dijadikan panduan buat mak ayah yang lain, agar anak-anak yang ramai boleh berkelakuan baik di tempat awam.
“Lumrah seorang ibu surirumah.Bila punya anak yang ramai, hampir sebahagian tugasan terpaksa diambil alih sepenuhnya. Kerapkali saya ditanya,macamana saya urus anak-anak hero 5 orang ni di tempat awam, kemana-mana sahaja.Percaya tak kalau saya katakan,Anak ramai sebenarnya lebih mudah diurus berbanding 2 ke 3 orang?”
Eh biar betul?
Ye, betul.
Ini situasi ketika saya membawa mereka keluar.
Habib 9 tahun.
Hanif 7 tahun.
Hafiz 6 tahun
Hasyri 4tahun.
Hakim 1 tahun.
Sebelum keluar, mulakan dari rumah.
Sebelum keluar rumah, saya pastikan semua settle dahulu.Kalau ada anak yang jenis pakai pampers waktu malam je, so pakaikan siap-siap pampers. Walaupun nak keluar kejap je. Sebab time dia nak kencing ke apa, dia tak mengganggu waktu kita diluar atau tempat awam.
Kalau tak, macamana nak berlari cari tandas lagi?Nak-nak kalau tengah drive.
Tetiba, umi nak kencing! Ala padan..
Selalunya Hasyri memang saya pakaikan pampers siap-siap. Kemudian, pesan siap-siap pada abang-abang yang lain. “Pergi toilet siap, kalau nak kencing lepas ni masa umi drive, umi tinggal tepi jalan je”.
Selalu saya guna ayat ni, diorang dah takut. Haha.. so cepat-cepat ke toilet belaka.
Saya akan beri pesanan siap-siap pada abang.”Habib yang paling besar mesti jaga Hasyri yang kecik.Hanif mesti jaga Hafiz.Always pimpin tangan adik, jangan berlari.Kalau sesiapa berlari, tak dengar umi cakap, tak ingat apa yang umi pesan, umi uturn balik.Siapa good boy, umi belanja ABC.
ABC adalah kegemaran anak-anak. Dan saya tahu, itu reward paling baik untuk beri pada anak-anak.
Dalam kereta, pesan siap-siap mohon behave.Taknak bergaduh. Taknak bertengkar. Anak lelaki kan. Sekali bergaduh bertumbuk, dengan mak sekali jadi ninja!
Pernah tetiba hampir sampai ditempat dituju, diorang tetiba bergaduh.
Apa saya buat? Saya pegang pada janji. Saya UTURN balik on the spot.
Haru kan? Mana tak haru nak-nak kalau time tu nak pergi makan dan perut kita pun tengah lapar. Memang kesian dekat anak. But, kena jadi parent yang pegang pada janji. Once you cakap uturn kalau bergaduh, so please make it uturn.
Sebab apa? Meh saya cerita.
Peristiwa ni hampir berkali-kali terjadi.Memang nak bagi mereka behave tempat awam bukan senang. Ada time order makan, dia bergaduh. Pun saya uturn balik.
Bukan tak kesian dekat anak.Tapi memberi pengajaran.Dan anak tahu, kita betul-betul tegas.So next time, anak-anak dengan sendirinya berjaga-jaga.
Selalunya saya pilih meja makan yang luas, tepi sekali.Anak-anak saya jenis berebut nak makan tepi umi dan adik baby (hakim).Mereka berempat akan berebut kerusi dahulu.So masa tu, ibu main peranan paling penting.Ibu dihujung sini. Abang paling besar dihujung sana.Make sure adik yang diorang kena jaga duduk sebelah masing-masing. So diorang tahu tanggungjawab diorang belum habis.
Oh ya! Make sure masa nak keluar makan ni, anak-anak memang betul-betul lapar!
Kalau ada yang tak nak makan, better beli tapau je.
Selalunya kalau pergi makan, mesti order air dulu kan? Kali ni tukar. Order makanan sahaja dulu.Air order bila dah habis semua makan. Sebab bila anak minum air dulu, dia takkan habiskan makanan diorang.
Dan selalunya bila dah habis makanan, semua behave, saya akan bagi reward pada diorang. Ok, order abc. So diorang tahu, sape behave masa makan, umi bagi hadiah.
But ingat! Kalau order abc, order untuk 2 orang je. Contoh kalau berempat. Then mintak mangkuk lebih. Ibu, masa order sampai, rasa dulu makanan tu. Baru bagi anak makan. Even sesudu sahaja. Then bagi kanlah makanan tu. Diorang still berkongsi. Kalau ada yang merajuk, saya pesan siap-siap.
Ok. Jangan makan. No more datang makan lagi. Nanti duduk rumah je. Dah tak boleh have fun dengan umi. Automatik yang merajuk tadi nak makan. Hoho..Sebab dia tahu umi tegas. Kalau umi sanggup uturn, umi mesti sanggup tinggal dia kat rumah jugak.haha
Oh ya! Tahu tak kenapa ibu kena merasa dulu makanan anak-anak? Nanti saya sharing.
Seronok story bab ni!❤
Pernah kan anak tengah makan, comot-comot. Ibu, belajar beri arahan pada anak yang sulung.“Abang, lap mulut adik tu. Kesian adik comot. Hahaha”
Kenapa hahaha? Sebab nak ambik hati abang yang tengah mood makan tadi kot spoil mood sebab kena tengok adik tetiba.
Ibu, wujudkan situasi lucu dan kelakar. Rajin tanya anak, sedap tak? Suap umi sikit.
Jangan pelik kalau tetiba 4 orang sekaligus berebut nak suap. Masa tu pandai-pandai la ibu bagi giliran.
Selalunya di kedai makan, saya akan order 3 nasi sahaja. Yang dua orang lagi akan berkongsi. Saya orderkan pinggan lebih. Kalau ada yang tak cukup, baru menambah.Kenapa? Sebab sayang tengok nasi yang tak habis.Nanti saya nak habiskan macammana?
Bila keluar makan, saya make sure pakaian saya bebas bergerak.Tak semestinya seluar. Tapi kain yang bebas untuk bergerak lebih laju. Bila berjalan, Hasyri akan pimpin tangan saya sementara saya dukung Hakim.Habib, Hanif dan Hafiz akan berjalan berpimpin tangan. Kalau menghalang jalan, maka saya bagi arahan jalan berdua.
Begitu juga dengan niqab. Saya lebih selesa memilih niqab yang senang dibuka ketika makan. Dan niqab ElHuda pilihan saya sebab lebih mudah.
Kenalpasti minat anak-anak. Sedari kecil, saya biasakan anak dengan buku sebagai reward. Sampai di kedai buku ibarat heaven buat mereka.Saya biarkan mereka memilih buku kesukaan. Pilihlah buku apa. Umi akan cuba setuju.Ada jugak pilih buku komik ke apa. Selalunya saya bertolak ansur.
Pernah saya tengok situasi anak tantrum kerana nak mainan yang mahal. Ibubapa menahan pilu yang amat dihadapan orang.Saya ingat pesan bonda, jangan ditahan kemahuan anak.Kalau tak setuju, nasihat yang baik.Kalau tak makan saman, tukarlah. Beli barang lain.
Itu yang saya buat.Tipulah kalau anak saya tak pernah mintak mainan. Itu dunia anak-anak kecil tanpa batasan. Selalunya saya bawa mereka ke kedai mainan.Saya bagi peluang mereka melihat.Tapi bila tengok harga, saya rasa macam telan bom.Saya bagitahu siap-siap. Umi tak cukup duit.
Pernah sekali diorang merengek nak jugak mainan.Saya belikan dalam sendu. Naik jereta, diorang mintak beli air.Saya pura-pura menangis, duit dah habis.Macamana nak beli air. Saya keluarkan dompet.Memang duit dah habis.
Anak kedua saya tetiba menangis dan meminta maaf berkali.Mungkin serba salah duit dah beli mainan. Sejak haritu dia belajar sesuatu.Habib dan hanif faham setiap kali saya katakan umi tak cukup duit. Saya belajar mohon maaf dgn anak jika tak dapat memenuhi permintaan.Selalunya kalau ke tempat mainan, saya bagi dia pegang dan tengok sepuasnya.Biar hilang rasa bosan dan keinginan.
Lama-lama diorang tahu, Heavennya dikedai buku berbanding kedai mainan!
Selalunya bila naik kereta, on the way balik, saya tanya perasaan anak-anak setiap seorang.Bila gembira, apa yang perlu buat?
Saya pastikan mereka berterima kasih dengan saya.Agak lama nak ajar mereka berterima kasih sekalipun untuk happy-happy time.Alhamdulillah sekarang tak lagi.
Awal-awal beli atau dapat sesuatu, diorang tak lupa ucap, Terima kasih umi! Terima kasih ayah!
Percayalah!Masa tu ibu mesti rasa mcm nak lompat sampai ke bintang bila anak happy!
When you make a promise, so please! Make it true. Anak-anak sebenarnya belajar behave dari sebuah janji. Rewardlah bila mereka behave. Walau sekecil-kecil reward, mereka akan lebih menghargai.
Cukup dulu 10 tips. Jom sharing kat komen kalau ada tips lain.
Boleh rujuk gambar dibawah untuk situasi saya.
**PLEASE!
Make sure handphone simpan siap-siap .
Wasap silent dahulu. Check handphone bila keadaan terkawal. This is your family time.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, kongsikan juga sebagai panduan buat ibu bapa yang lain.