Konflik antara pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz dan pempengaruh media sosial Sharina Richie kembali menjadi perhatian selepas isu berkaitan Gaza, Palestin mencetuskan salah faham besar dalam kalangan netizen.
Segalanya bermula apabila tular sebuah video yang mendakwa Datuk Aaron Aziz berkongsi pendapat tentang isu Palestin dalam kalangan selebriti. Video tersebut kemudiannya disalah tafsir, menyebabkan Sharina mengecam pelakon itu tanpa mengetahui bahawa video tersebut hanyalah potongan daripada rakaman lain.
Susulan kecaman yang diterimanya, Sharina Richie tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Aaron Aziz dan mendakwa dirinya turut menjadi mangsa kecaman warganet meskipun sudah memadam video berkenaan. Dalam masa sama, dia turut membuat laporan polis selepas menerima pelbagai bentuk ancaman serta mempertimbangkan tindakan undang-undang.
Datuk Aaron Aziz Terkejut & Kecewa Dengan Tindakan Saman
Terbaru, pelakon itu mendedahkan dirinya terkejut apabila menerima surat tuntutan (LOD) daripada pihak Sharina Richie yang didakwa bakal memfailkan saman berjumlah RM2 juta terhadap anak perempuannya, Dwi Ariana.
Menurut laporan media, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa anaknya tidak sepatutnya terlibat secara langsung dalam pertikaian tersebut.
“Semalam saya terima satu LOD yang mengejutkan iaitu pihak Sharina mahu menyaman anak saya sebanyak RM2 juta.
“Apa salah anak saya? Sebelum ini dia hanya minta penjelasan mengapa video dimuat naik pihak sana tentang saya masih belum dipadam. Itu sahaja dan bukan satu jenayah, bahkan anak saya tidak maki atau kutuk sesiapa,” jelasnya.
Ads
Kesan Emosi & Sokongan Keluarga
Datuk Aaron Aziz turut menjelaskan bahawa beliau dan isterinya, Datin Diyana Halik, pada awalnya tidak mahu memaklumkan perkara tersebut kepada anak mereka kerana bimbang akan mengganggu emosinya yang kini sedang menghadapi musim peperiksaan.
“Namun apabila pihak sana memuat naik video dan menyebut nama anak saya secara terbuka, kami tiada pilihan selain tampil mempertahankan dia,” ujarnya lagi.
Ruang Berbaik Sudah Tiada
Tambahnya, peluang untuk berdamai kini sudah tertutup selepas tindakan saman tersebut. “Kalau Sharina tak failkan saman pada anak saya, mungkin boleh maafkan tetapi sekarang dia pilih jalan ini dan ruang untuk berbaik itu sudah tiada,” katanya.
Menurut Datuk Aaron Aziz, isu berkenaan bukan sahaja menjejaskan kerjaya seninya tetapi turut memberi tekanan kepada dua lagi anaknya yang sedang menuntut di luar negara. “Jika berlaku sesuatu pada mereka, siapa yang akan bertanggungjawab?” luahnya dengan nada kecewa.
Ads
Reaksi Netizen & Sokongan Peminat
Di media sosial, ramai peminat tampil memberikan sokongan kepada Datuk Aaron Aziz dan keluarganya. Ada yang menggesa agar isu ini diselesaikan secara baik tanpa perlu ke mahkamah, manakala ada juga yang menasihatkan supaya kedua-dua pihak mengambil jalan damai demi menjaga reputasi masing-masing.
Walau apa pun, kes ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen yang terus mengikuti perkembangan antara Datuk Aaron Aziz dan Sharina Richie dari semasa ke semasa.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pengacara dan pelawak Jihan Muse dan suami Ungku Hariz Faizal rasa lega bila anak kesayangan mereka menunjukkan riak wajah ‘selamba’ semasa melakukan ujian calitan Covid-19 di kediaman mereka baru-baru ini.
Pada awalnya Jihan dan suami cukup risau memikirkan tentang hero mereka, Ungku Arsalan Haq. Namun masing-masing menarik nafas lega bila Ungku Arsalan tidak menangis.
Wajah ‘Selamba’ Ungku Arsalan ‘Steady Saja’
Ungku Arsalan
Difahamkan Jihan sekeluarga melakukan ujian calitan tersebut di rumah mereka. Memandangkan usia anaknya baru saja tiga tahun sudah pasti dia dan suami berasa gundah memikirkan tentang reaksi anak lelakinya itu.
“Isnin lepas kami sekeluarga buat ujian calitan Covid-19 di rumah dengan @medi.safetest.
“Punya kami risau Arsalan tak tahan rupanya terbalik. Arsalannya steady saja. Dan semalam kami terima keputusan dan kesemuanya negatif. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT,” tulis Jihan menerusi entri akaun Instagramnya.
Malah Jihan juga berasa cukup lega bila Ungku Arsalan memberi riak wajah biasa seolah tidak berasa sakit.
Dunia pendidikan sekali lagi dikejutkan dengan khabar duka. Seorang guru besar wanita, berusia 44 tahun, meninggal dunia secara mengejut di pejabatnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Gedok, Tampin, pagi Ahad lalu.
Difahamkan, mendiang hadir ke sekolah bagi meraikan sambutan Hari Keusahawanan. Namun, sebelum acara bermula, beliau mengadu kurang sihat kepada rakan guru dan memilih untuk berehat seketika di pejabatnya. Tidak lama kemudian, mendiang ditemui tidak sedarkan diri.
Guru-guru segera membawanya ke Klinik Kesihatan Gemencheh, namun mendiang disahkan meninggal dunia.
Mengejutkan Semua Pihak
Menurut Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa, yang dijadualkan hadir merasmikan program itu pada jam 11 pagi, mengakui terkejut menerima perkhabaran berkenaan.
“Saya diberitahu mendiang mengadu kurang selesa sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bilik pejabat. Baru minggu lalu saya berjumpa dengannya di pejabat. Berita ini sungguh mengejutkan,” katanya.
Menurutnya lagi, suami mendiang memaklumkan isterinya tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan sebelum ini.
Baru Lapan Bulan Berkhidmat
Lebih memilukan, mendiang baru sahaja lapan bulan berkhidmat di sekolah berkenaan setelah bertugas di SJKC Air Kuning sebelum ini. Dalam tempoh singkat itu, beliau dikenali sebagai seorang guru besar yang mesra, berdedikasi dan amat disenangi rakan sekerja serta murid-muridnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superitenden Amiruddien Sariman berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan selepas hasil laporan bedah siasat diperoleh.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Waktu anak sakit demam, gigihlah kaum mak-mak cari antibiotik semula jadi yang paling simple nak buat kat rumah. Bukan langsung tak bagi ubat hospital tetapi sekurang-kurangnya mak-mak boleh kuatkan antibiotik anak-anak dengan petua khusus seperti yang dikongsikan oleh Puan Ara Sykin Rahad…
Buat Antibiotik Semula Jadi
Korang WAJIB selalu buat sup ANTIBIOTIK SEMULAJADI ni kalo anak asik demam tak sihat on off on off macam lampu jalan rosak tue.
Ubat antibiotik tak elok dimakan selalu. Baik makan sup ni selalu.
Kalau nak wat stok boleh. Korang wat bebanyak pastu simpan dalam fridge. Bila nak masak apa apa. Tak yah letak perasa atau garam.
Letak jer stok semulajadi ni. Menda ni omputih panggil sebagai BONE BROTH.
Rujuk Bahan-bahan Yang Perlu
Ini Cara Buat:
Bahan bahan dalam tu lah bahan antibiotik semulajadi yang leh tolong naikkan sistem imunisasi anak.
Helooooo. Mak pak pun boleh join makan sekali. Biar semua sihat. Leh sambung holiday lagi. Kan kan.
Anak sihat baru sonok pi jalan.
Haaa… inilah hasilnya, in shaa Allah anak-anak akan lebih sihat lepas ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.