Dato’ Seri Vida nasihat suami yang bercerai jangan seret anak ke media sosial, “dia pernah jadi bini kau. Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida menasihati pasangan yang mahu bercerai tidak mengheret anak sekali ke media sosial kerana ia memberikan kesan buruk terhadap perkembangan anak.
Jelasnya, ia juga tidak baik dari segi hubungan mak dan anak kerana akan dilihat anak tidak menghormati ibu yang melahirkannya di dunia.
DS Vida Nasihat Suami Isteri Yang Nak Bercerai Jangan Seret Anak Ke Media Sosial
“Ini tak betul, bila anak dilihat memburuk-burukkan ibunya. Tak bagus sama sekali bila mana anak yang tidak tahu apa-apa diheret ke media sosial untuk memburukkan emaknya,” katanya sambil menambah, bagi pasangan suami isteri yang sudah tiada persefahaman agar bercerai saja.
“Kalau tak tahan dengan perkahwinan tu, jangan ada rasa malu untuk bercerai. Kalau dah tak bersefahaman, berpisah sajalah walau pun masih baru dalam perkahwinan seperti yang pernah saya lalui dahulu.
“Tapi bila seret anak ke media sosial untuk berkata yang buruk tentang ibu, ia perbuatan yang tak boleh dimaafkan. Tambah-tambah lagi, bil bercerita keburukan mak sendiri, itu lagi tak betul. Harus-harus sedar jangan buat begitu.
Ads
“Dia Pernah Jadi Bini Kau…
“Lebih baik jangan bercakap. Anaknya, bapaknya walau berdendam apa pun. Fikir, itu pernah jadi bini kau. Pernah jadi bini kau, membahagiakan kau. Jangan sesekali bawa anak dalam isu pertelingkahan suami isteri.
“Dari mulut lelaki tak apa, tapi jangan sampaikan melalui anak semata untuk meraih simpati. Itu tak betul sama sekali,” katanya yang memberi pandangan anak dibawa ke media sosial demi “meraih simpati” masyarakat.
Dalam pada itu, Dato’ Seri Vida turut memberi pandangan berkaitan isu pukul melibatkan pereka fesyen tempatan duo, Razman Razmi sesuatu yang sangat mengejutkan.
Ads
“Saya memang trauma tengok darah. Pada hari kejadian, insiden ini berlaku ketika saya ingin memasuki dewan kerana saya tiba juga agak terlewat sebelum insiden ini terjadi.
“Saya tak sangka mereka dipukul dan akui agak terperanjat. Nasihat saya agar kita berhati-hati kerana tak tahu siapa musuh di sekeliling kita,” katanya yang tampil anggun di majlis Nona Superewoman Award 2024 bertemakan “Diamond Are Forever di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Dato Seri Vida juga merupakan penerima anugerah di majlis berprestij ini dan menerima Nona Entrepreneur Award kejayaannya dalam dunia perniagaan.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri tabah jaga suami lumpuh, meski derita sakit saraf tunjang kronik. Ketabahan dan pengorbanan seorang isteri, Norzalina Zakaria, 43 menjaga suaminya lumpuh separuh badan sangat menyentuh perasaan.
Biarpun dirinya sendiri tidak sihat kerana mengidap saraf tunjang kronik selepas terlibat kemalangan jalan raya pada tahun 2007, dengan rasa cinta sepenuhnya, dia setia menjaga suami, Mohd Nazri Mohd Zain, 40 yang lumpuh separuh badan selepas terjatuh dari bangunan pada ketinggian lima meter ketika melakukan kerja memasang penghawa dingin 10 tahun lalu.
Berkongsi kisahnya bersama Mingguan Wanita, mesra disapa Lin, meski diuji saraf tunjang kronik hingga perlu minum susu menggunakan tiub, dia akui pertolongan Allah sentiasa bersamanya dalam menguruskan semua keperluan suami.
“Saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya kekuatan tenaga untuk mengangkat suami setiap hari baik ketika mahu memandikannya atau ketika suami perlu ke hospital untuk rawatan kesihatannya. Alhamdulillah, saya mampu menguruskan keperluan suami setiap hari.
“Tubuh suami sudah agak melengkung sebenarnya. Jadi saya memang kena angkat dirinya sekitar berat hampir 50kg kerana suami tak mampu berdiri lagi, tidak seperti pesakit lumpuh lain.
Kisah cintanya dan suami umpama fairy tales. Dia jatuh cinta ketika pandang pertama dan nekad melamar suami sebagai teman hidup biar pun ketika itu sudah ada lelaki yang mengajaknya berkahwin.
Bagai takdir yang tertulis buat mereka berdua, Lin melamar Nazri yang ketika itu sudah pun lumpuh separuh badan dan hanya mengharapkan duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Ketika bekerja sebagai Pengerusi Pasukan Sokongan Rehabilitasi Hospital Sungai Buloh, saya bertemu Nazri. Saya lamar dirinya asbab mahu menghalalkan ketika menguruskan dirinya yang terlantar. Dia sendiri terkejut.
“Asbab perkahwinan kami ini juga, lelaki yang ajak saya berkahwin banyak membantu menguruskan perkahwinan kami termasuk tolong belikan cincin, urusan nikah dan sebagainya. Dan dengan izin Allah juga, kami suami isteri jadi kawan baik kepada sahabat ini tadi.
Mengimbas kisah lalu itu, kata Lin, selepas terlibat kemalangan jalan raya pada 2007, dirinya disahkan separa lumpuh selama tujuh tahun.
“Keluarga sukar menerima keadaan saya selepas kemalangan hingga ada kisah sedih di dalamnya. Ini termasuklah tidak dizinkan membuat pembedahan tulang belakang kerana takut cacat selama-lamanya. Tapi kesakitan yang saya lalui akibat tulang asyik tercucuk buat saya nekad. Alhamdulillah pertolongan Allah itu mampu pulih semula dan mampu berjalan seperti hari ini.
Selepas pulih dari titik gelap kehidupannya itulah, dirinya memberi khidmat fisioterapi dan motivasi di hospital kepada pesakit senasib yang diuji, tempat dia bertemu cinta hatinya.
“Asbab perkahwinan kami, hubungan saya dan keluarga yang sebelum ini tidak rapat kembali baik semula di mana emak amat menyayangi Nazri.
Tidak hanya diuji suami lumpuh tetapi di Rumah Harapan Nur Aafiyah yang ditubuhkan mereka untuk pesakit lumpuh, Norzalina turut menjaga neneknya yang berusia 92 tahun dan perlu dibantu sepenuhnya.
“Tinggal bersama kami makcik berusia 63 tahun yang disahkan autism. Tidak mudah melalui semua itu dengan masalah saraf tunjang kronik yang saya hidapinya tapi selagi ada nafas, selagi di bumi Allah hidup perlu diteruskan juga.
“Ada masa saya akan menangis sendiri. Melepaskan lelah dan kepenatan menguruskan semua ini tapi saya percaya ganjaran di akhirat adalah segala-galanya.
Norazlina akui dirinya sendiri tak terlepas dari ujian termasuk soal kesihatan mentalnya. Ini termasuklah anxiety tapi dia berjaya keluar darinya kerana masih ada iman di dada.
Bersuamikan Nazri, ia tidaklah sesusah menguruskan keperluan lelaki dicintainya itu kecuali keterbatasan kewangan sahaja tidak boleh bergerak keluar bekerja seperti orang lain di luar. Bahkan kata Norzalina, suaminya bukan terbaring sepenuhnya tapi juga bekerja.
“Hasil fisioterapi setiap hari, suami yang dahulunya tak mampu pegang sebiji cawan kini sudah mampu mengasingkan cooper timah dari barangan rosak diberikan orang kepada kami.
“Alhamdulillah, itulah rezeki kami sehari-hari hasil jualan barang terpakai. Kesihatan suami juga ada kala merosot dan bukan setiap hari sihat. Tapi jika dulu tiada sebarang rasa akibat lumpuh tapi kini Allah hadirkan rasa sakit itu kepadanya ketika kulitnya tersiat saat dia mengasingkan cooper timah.
“Suami juga amat memahami dan sentiasa memudahkan saya. Katanya tak perlu masak untuknya dan kami hanya membeli untuk makan minum nenek dan ibu saudara. Biasanya beli sedikit dan kemudian disejuk bekukan.
Bahkan saat ini, suaminya yang pernah membuang ketumbuhan di saraf tunjangnya pada 2023, kembali menderitai masalah sama kerana tumor kembali tumbuh dan menghimpit saraf di bahagian C4, C5 dan C6nya.
Doakanlah saya kuat untuk kami bersama-sama mengharungi ujian ini,”katanya yang dihubungi.
Saksikan vodcast Mingguan Wanita bersama Norzalina dan suami dalam masa terdekat nanti. Ada banyak yang dikongsikan wanita hebat ini sebagai panduan wanita di luar sana.
Ibu hilang ingatan akibat komplikasi bersalin anak ke-18, “semua benda tak ingat kecuali Qurannya…”. Insiden seorang lelaki kurang upaya dibelasah di Terengganu cukup mendatangkan amarah dari orang ramai.
Dalam video yang tular menyaksikan lelaki berkenaan dibelasah selepas terlanggar peniaga mee di tapak pasar malam hingga semua jualannya berterabur. Akibat insiden ini, seorang anak yang miliki ibu kurang upaya berkongsi kisah ibunya yang mengalami masalah hilang ingatan selepas bersalin anak ke -18.
Berkongsi kisah ibunya di Tik Tok@ciqaaaaaa atau Fiqah Suha berkata, ibunya mula mengalami masalah hilang ingatan selepas melahirkan anak ke-18.
“Ibuku OKU juga, hilang ingatan kerana alami komplikasi ketika bersalin anak ke-18.
Dirinya turut memaklumkan jantung ibunya pernah terhenti selama 10 minit akibat komplikasi semasa bersalin di mana otak ibunya sedikit terjejas yang membawa kepada masalah dialami hingga ke hari ini.
Di sebalik kisah ibunya itu, Fiqah bagaimana pun memaklumkan walau ibunya pernah lupa sudah berkahwin dan segalanya dalam hidupnya namun satu-satu yang masih diingati Uminya ialah hafalan Al-Quran. Ini kerana semasa sihat ibunya merupakan guru agama mengajar mengaji.
“Semua tak ingat tapi Quran tak lupa. Banyak ayat masih boleh sambung, kekadang baca sendiri. Dulu Umi guru Quran, mengajar anak-anak dan anak-anak- jiran,”katanya.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat mayat anak, menantu dan tiga cucunya yang sudah terbaring kaku di tempat kejadian.
Itulah dugaan yang dilalui oleh Semek Muda, 62 tahun, ibu kepada Rahimah Awang Muda, 38, yang maut bersama suami dan tiga anak dalam nahas dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi di sini pada Sabtu.
“Awalnya saya hanya diberitahu mereka terlibat kemalangan namun bila datang ke lokasi, luluh hati bila dapat tahu semua terkorban, kata Semek Muda, 62, ibu kepada Rahimah Awang Muda, 38, yang maut bersama suami dan tiga anak dalam nahas dua kenderaan di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi.
Tambah Semek lagi, lemah seluruh tubuhnya apabila melihat mayat anak, menantu dan tiga cucunya yang sudah terbaring kaku di tempat kejadian.
Lima beranak yang maut dalam nahas ngeri di Rompin dikatakan begitu rapat dan tidak berenggang ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi salah seorang ahli keluarga mereka di Kampung Sepauk di sini sebelum kejadian.
Mereka yang maut ialah Hamzah Zahari, 52; isteri, Rahimah Awang Muda, 38, dan tiga anak Ainul Mardhiyah, 10, Muhammad Luqman Nur Hakim, 8, dan Muhammad Lutfi, 4.
“Saya suka lihat mereka ketika makan kerana baik sungguh, duduk rapat-rapat bersama. Saya terkejut dengan kejadian itu kerana mereka tidak menunjukkan apa-apa perubahan langsung”- Azlina Alias
“Kami rapat kerana sering berjumpa kerana rumah saya berdekatan dengan kediaman ibu Rahimah. Dia selalu singgah di situ selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah,” katanya yang menyifatkan arwah sangat baik.
Ibu Rahimah, Semek Muda, 62, berkata, dia tidak menyangka majlis sambutan hari jadi cucunya di rumahnya menjadi pertemuan terakhir mereka.
“Sehari sebelum kejadian, kami berkumpul untuk sambut hari jadi anak saudara Rahimah. Arwah baik dan ceria serta sering berhubung dengan saya. Tak sangka mereka pergi dahulu tetapi saya reda,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Nenasi Pantai.
Abang Rahimah, Mohd. Yusof, 41, berkata, kehilangan adiknya begitu dirasai kerana dia rapat dengan anak-anak Allahyarham.
“Semalam (kelmarin), saya sempat menggosok-gosok kepala dua anak lelaki dan mereka sepatutnya tidur di rumah saya malam tadi (semalam),” katanya.